AL-QURAN

وَإِذَا قُرِئَ الْقُرْآنُ فَاسْتَمِعُوا لَهُ وَأَنْصِتُوا لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ

“Dan apabila Al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat”

[Surah Al-Araf 204]

#Imam at-Tabari dlm tafsirnya menjelaskan, ayat ini menyuruh kita agar bukan hanya mendengar ayat2 suci al-Quran, malah kita perlu memahami dan mengambil pengajaran daripada ayat2 suci yang didengari itu.

#Kita boleh mendapat pahala bukan sahaja dengan membaca al-Quran, malah dengan mendengarnya juga kita blh mdpt ganjaran

#Ganjaran ini akan diperolehi dengan lumayan lebih2 lagi jika kita mendengarnya dalam solat

#Selain itu, ganjaran akan bertambah lumayan jika mendengar dan memahami tuntutannya serta tadabbur dengan sepenuh jiwa

#Mari kita renungi perkataan Imam Ibnu Jarir ath-Thabari:::

“Aku betul-betul merasa aneh terhadap orang yang membaca al-Quran, akan tetapi dia tidak mengetahui tafsirnya, bagaimana dia dpt menikmati bacaan al-Qur’an?”

#Dari ‘Abdullah bin Syaddad bin Had mengatakan: “Aku pernah mendengar Umar membaca surah Yusuf dalam solat Subuh dan aku mendengar isakan tangisnya. Aku berada di akhir saf. Tangisannya saat beliau sedang membaca surah Yusuf 12:86: “Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihankanku”

♡Indahnya kalam Allah bila difahami dan dihayati serta diamalkan dalam kehidupan♡

C&P

Add Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.