Antara Puasa & Aurat. Dipetik dari perkongsian Ustaz Felix Siuaw
1. Berpuasa menahan diri dari lapar dan haus seharian | tapi di saat sama tersebab dosa membuka aurat terus dikumpulkan.
2. Dia jaga puasanya bahkan sampai hal yang terkecil dan sunnah | namun tak perhatian pada yang wajib, bahawa berhijab itu perintah Allah.
3. Berpuasa namun enggan menutup aurat | bagai mencampur antara Taat dan Maksiat.
4. Bila bukan kerana sayang, nasihat ini takkan disampaikan | bila bukan kerana cinta lisan ini pun takkan tega berkata.
5. Dia berpuasa kerana Allah yang meminta dalam Al-Qur’an | pun tertulis dalam kitab yang sama berhijab itu kewajiban.
6. Sebenarnya dia tahu bahwa ini bukan urusan siapa ataukah tidak | tapi berhijab ini tentang kemahuan, ini urusan mahu atau tidak.
7. Benar, puasanya tetap sah, benar pahala atau tidak urusan Allah | dan Allah juga sudah menentukan, membuka aurat itu bahagian maksiat.
8. Kita berpuasa punya tujuan, takwa, ertinya taat pada aturan Allah | bagaimana takwa? sejak awalnya kita menganggap enteng perintah Allah?
9. Allah janjikan kasih, keampunan, bebas dari Neraka di Ramadhan | sementara menutup aurat saja, masih banyak sekali karangan alasan.
10. Bila taarwih yang sunnah semangat, harusnya yang wajib lebih lagi | bila saat solat dapat menutup aurat, mengapa dibuka lagi?
11. Tidak ada yang berat bila sudah diniatkan “Kerana Allah” | bukankah kita sudah buktikan di bulan puasa, taat walau susah?
12. Jangan-jangan kita bagai mengisi belanga berlubang | banyak mengisi tak tersisa kecuali kosong, sayang.
13.Bukankah dahaga yang menyeksa, lapar yang menghantui | semua jadi nikmat saat berkata “Ini kerana Allah” walau dalam hati?
14. Maka apapun yang orang bilang tentang berhijab itu susah | semua akan jadi kenikmatan, begitu kita fahami “Semua kerana Allah”.
15. Ramadhan saat yang tepat untuk belajar lebih taat | semata-mata untuk taat lalu berhijab menutup aurat.
16. Cubalah meyakini janji Allah, bahawa Allah pasti tahu yang terbaik | bahawa segala yang ditinggalkan kerana Allah akan diganti lebih baik.
17. Jangan biarkan sia-sia pahala terserak kerana aurat yang diumbar | berhijablah kerana Allah, kerana hanya dari Allah segala yang benar.
18. Berpuasalah dan berhijablah | latih dirimu taat pada Allah.