Apabila Allah tidak menghendaki kita lagi…

Allah akan sibukkan kita dengan urusan dunia.

Allah akan sibukkan kita dengan urusan anak-anak.

Allah akan sibukkan kita dengan urusan menjalankan perniagaan.

Allah akan sibukkan kita dengan urusan menambah harta.

Allah akan sibukkan kita dengan urusan mencari pengaruh, pangkat dan kuasa.

Alangkah ruginya kerana kesemuanya itu akan kita tinggalkan.

Sekiranya kita mampu bertanya pada orang-orang yang telah pergi terlebih dulu menemui Allah SWT dan jika mereka diberi peluang untuk hidup sekali lagi, sudah semestinya mereka memilih tidak lagi akan bertarung mati-matian untuk merebut dunia.

Kerana tujuan kita diciptakan adalah untuk menyembah Allah dan beribadah kepada Allah.

Tidak akan Allah ciptakan manusia sekiranya tujuan hidup untuk merebut imbalan dunia.

Sebenarnya apa yang kita dapat dari imbalan dunia ini telah pun ditentukan oleh Allah SWT.

Kita mungkin cemburu apabila melihat orang lain lebih dari kita, dari segi gaji, pangkat, harta, rumah besar, kereta mewah.

Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat ilmu orang lain lebih dari kita.

Kita tidak pernah cemburu melihat orang lain lebih banyak amalan dari kita.

Kita tidak pernah cemburu apabila melihat orang lain bangun di sepertiga malam, solat tahajud dan bermunajat.

Kita cemburu apabila melihat orang lain ganti kereta dengan yang lebih mewah…

Tetapi jarang kita cemburu apabila melihat orang lain yang boleh khatam Al’Quran sebulan dua kali…

Kesemua tanda-tanda ini menunjukkan dunia akhir zaman, apabila duit, harta dan pangkat mengatasi segala-galanya..

Setiap kali menyambut hari ulang tahun, kita sibuk mau merayakan sebaik mungkin, tetapi kita telah lupa dengan bertambahnya umur kita…maka panggilan Illahi bertambah dekat…

Kita patut bermuhasabah mengenai persiapan ke satu perjalanan yang jauh, yang tidak akan kembali untuk selama-lamanya.

Sesungguhnya mati itu benar.

Alam kubur itu benar, hisab itu benar….neraka itu benar…syurga itu benar….

Penyesalan itu selalu terlambat…
Menunda Taubat menunggu usia Tua…
Itupun kalau masih sempat…
Sebab syarat MATI tidak semestinya harus tua, atau sakit …

Penyelesaian masalah hidup adalah melalui iman dan amal.
Iman sebesar zarah pun, Allah muliakan dengan syurga 100x dunia”
Lalu mengapa kita tak mau menambah bekal hidup kita dengan Iman, Ibadah dan Amalan baik…???

Mudah-mudahan hidup kita selamat di dunia dan Akhirat dan selalu bermanfaat untuk Umat dan kita termasuk orang-orang yang Allah redhai, untuk masuk ke syurgaNya.

آمـــــين يا ربّ العالمــين

✒ Ditulis oleh Ustadz Maududi Abdullah, Lc, hafizhahullah

c&p

Add Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.