Home / Artikel Cahaya Islam / Bagaimana Kalau Dah Terlanjur?

Bagaimana Kalau Dah Terlanjur?

Terlanjur…

“Assalamualaikum wan, saya dah baca banyak artikel serta motivasi yang dilengkapkan dalam blog wan. saya mendapatkan blog ini daripada kenalan saya. Berbalik pada tujuan sebenar saya. Begini, saya sebenarnya gadis berumur 21 tahun. dan telah kehilangan dara masa saya berumur 19 tahun…sampai sekarang saya masih lagi dgn pakwa saya. Kami memang merancang untuk bernikah. Tapi ada sedikit halangan daripada parents saya. Saya betul-betul sedih sekarang ni. macam-macam yang saya fikirkan. Fikirkan keadaan saya yang dah kehilangan dara ni.

Saya ingin mendapatkan nasihat dan pandangan wan.  Jika saya ditakdirkan berjumpa dengan lelaki lain,adakah patut saya maklumkan pada dia yang saya sudah tiada dara lagi? atau adakah saya patut diamkan saja? jika saya diam, adakah lelaki(suami) akan tahu saya sudah hilang dara pada malam pertama kitorang? Saya buntu sangat. walaupun saya sering berdoa pada tuhan namun saya masih ingin mendapatkan pertolongan daripada orang lain yang dapat membantu. Saya rasa tuhan ketemukan saya dengan awak untuk saya mendapatkan pandangan dan nasihat. Saya harap awk sudi bantu saya. Terima Kasih”

Pandangan saya:

Adalah mustahil bagi kita untuk terlepas dari dosa samada yang disengajakan ataupun tidak, samada besar atau kecil…namun, syukur kepada Allah kerana kita masih hidup sehingga hari ini. Selagi kita hidup… pintu taubat dari Allah sentiasa terbuka luas… Alhamdulillah…

Sahabat… Kita digalakkan menangis ketika mendengar kalimah suci Allah, ketika terdetik sedikit rasa syukur, terdetik rasa bersalah dan insaf, mengagumi kebesaran Allah dan ketika hati kita tersentuh kerana mengenangkan dosa-dosa sebagai seorang hamba yang daif…

Cubalah menangis walaupun terpaksa… Kita bukanlah orang yang sempurna untuk menangis sebagaimana para nabi dan kekasih Allah… Adakala kita hanya mampu menangis dalam lakonan dan kepura-puraan, namun begitu… Teruslah menangis kerana Allah lebih tahu perasaan kita berbanding diri kita sendiri.. Allah sayangkan hamba_Nya yang selalu menangis mengharapkan keredhaan dari_Nya…

“RAHSIAKAN….ITU URUSAN DIA DENGAN ALLAH…. “ISLAM ITU MUDAH…”

Saudari…itulah jawapan yang diberikan oleh Ustaz saya…itu sahaja jawapan yang diberikan dan  tiada penerangan lanjut lagi…saya tersentak sedikit ketika Ustaz menjawap..saya menantikan penerangan lanjut dari beliau, namun beliau dah menukar tajuk perbualan kami..Alhamdulillah…saya bersyukur Ustaz tak memberikan sebarang penerangan panjang, saya juga bersyukur kerana kenyataan Ustaz itu amat jelas…sudah lama saya tak mendengar kenyataan ini: Islam itu mudah…

Kenapa Ustaz tak memberikan penerangan panjang? Sebenarnya Ustaz ada berpesan sedikit perkara lagi, “Suruh Dia Beristighfar..” Habis…

Ada sebabnya Ustaz tidak memberikan penerangan yang panjang. Kita sebenarnya tidak perlu berbincang perkara yang dah lepas dan menjadikan ia satu titik hitam yang tiada kesudahan. Perkara yang telah berlalu biarkan ia berlalu…insaf dan bertaubat…mulakan hidup baru yang lebih suci. Segala perkara buruk yang kita lakukan selama ini adalah urusan kita dengan Allah…tidak perlu menceritakannya kepada sesiapa pun. Malah kita diharuskan menipu untuk menutup aib kita.  Allah maha penyayang…Islam diutuskan untuk mendidik kita ke jalan yang benar, bukan memaksa kita dengan perkara yang membebankan kita. Islam itu mudah… Namun, ilmu diperlukan untuk memahami kemudahan yang diberikan dalam ajaran Islam.

Saudari… Tukarkan kasih sayang saudari kepada Allah.. Saya tahu amat sukar untuk melupakan kekasih saudari, tetapi dengan berhubung dan memikirnya, saudari akan sentiasa berada dalam kegelisahan.. Saudari mungkin akan terjerumus ke dalam zina pendengaran, zina mata dan zina hati… Sudahlah dengan kesalahan lama yang dah berlalu…usahlah dikenang dan diulang lagi…berzina itu HARAM dan saudari telah meninggalkannya, Alhamdulillah…. Namun BERCOUPLE ITU JUGA HARAM. Kerana bercouplelah ramai muda-mudi masa kini terjebak ke alam zina. Nauzubillah… Berkasih itu tiada salahnya, tetapi biarlah melalui aliran yang betul. Jika saudari dan dia masih saling menyanyangi dan bertekad untuk kembali ke jalan Allah, teruskanlah hubungan saudari dengannya dengan cara yang betul iaitu berkahwin. Mintalah dia melakukan ta’aruf, jumpa dengan ibu bapa saudari dengan cara yang elok dan minta secara Islam. Jika benar ibu bapa saudari tidak dapat menerimanya, suruhlah dia berubah dan jadi orang lebih sempurna di mata ibu bapa saudari. Saya yakin dengan kasih sayangnya kepada saudari, dia akan berubah…

Saudari… Jika saudari dan dia masih belum bersedia untuk berkahwin, berhenti saja berhubung. Jauhkan diri daripada segala maksiat. Biarlah Allah tentukan siapa jodoh saudari suatu masa nanti… Allah sayangkan saudari…Allah uji saudari dengan perasaan sayang kepada manusia, Allah uji saudari dengan mengadaikan dara dan kesucian saudari, Allah tanamkan rasa bersalah dan keinsafan dalam diri saudari, Allah temukan saudari dengan rakan-rakan online yang berjiwa ketuhanan…Allah tidak menyesatkan saudari dengan bergaul bersama orang-orang yang malang, yang tiada keinsafan dalam diri mereka. “Tidak beriman seorang anak Adam melainkan dia diuji oleh Allah…”Tidak ramai orang yang bertuah seperti saudari, namun tuah itu bukan berada dibelakang perkara yang sudah berlalu sebaliknya tuah itu terletak pada masa depan yang perlu saudari pilih pada hari ini. Islam itu mudah…apa yang sukar ialah membuat pilihan..nasihat saya,

PILIHLAH ALLAH

InsyaAllah… Kita semua akan selamat di dunia dan akhirat Wallahualam…

httpv://youtu.be/yhKcb0W2K88

About wanwma

Check Also

Halal, Haram dan Syubhah

Halal Haram dan Syubhat   عَنْ أَبِي عَبْدِ اللَّهِ النُّعْمَانِ بْنِ بَشِيرٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا …

13 comments

  1. Jangan dinanti pada kepiluan,kepiluan hanya akan berputar-putar membelitkan rindumu pada kedamaian,Alangkah sukarnya memadam bayangan masa silam, Aku tahu jika dalam keberanian perasaan mu masih terusik,dan aku juga yakin kau selalu memanjatkan doa, agar diri kau terus tabah.Dan aku juga mengerti jika kau berasa yang saat indah itu hanya sementara,yang ada sekarang cuma duka dan nestapa.Tetapi adakah benar kau sanggup menurut kata hati, sedang kau tahu Allah masih memerhatikanmu dengan penuh kasih sayang.SENYUMLAH… wahai kekasih Allah,sekurangnya kau masih mampu untuk merasai apa itu perasaan berdosa dan malu diatas perbuatanmu,sedang diluar sana masih ramai yang hanyut dengan noda, hanya allah yang mampu membuat dirimu tenang,kerna dia yang menciptakan mu,dia yang mengasihi dan menemanimu disepanjang perjuangan hidupmu.Tutuplah aibmu dimata manusia, kerna manusia itu tidak mampu menjadi maha pengasih dan penyayang.Keseorangan memaksa dirimu tabah tanpa rasa mengalah,kesepian mengajar erti kasih tanpa mengharap pergobanan, disitulah kau tuai kekuatanmu,Lupakan caci nista manusia,mulakan yang baru,kerna cukuplah jika kau tahu Allah betul-betul menyayangimu.

  2. dan barang siapa diantara orang2 yang menghinamu, maka sesungguhnya mereka sekiranya pada Tuhan Yang Maha Mengetahui adalah lebih berdosa darimu, maka tiada hak ke atas mereka menghukummu. padahal pada sisi Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihi, masih terbuka buatmu pintu keampunan dan rahmat sebelum terbitnya matahari yang berpaksi dari sebelumnya. Bertakwalah maka engkau adalah dari orang2 yang untung, dan ketahuilah sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik menerima taubat. Lalu katakanlah kepada orang yang engkau ingin katakan, sesungguhnya aku ini seorang hamba Allah. Aku diberikan al-Quran namun dahulunya aku tidak mengamalkannya. Dan demi kemulian Allah, maka sesungguhnya aku adalah dari orang2 yang merugi sebelumnya, yang meniadakan hukum dan berbuat maksiat lalu sesungguhnya nafsu itu lebih bahaya dari mati dan kini pada Zu al-Jalal wa al-Ikram lah aku memohon keampunan. Maka sekiranya engkau mengampunkan aku, dan menerimaku, maka ketahuilah sesungguhnya tiada lain melainkan rahmat Allah disisimu. Maha Suci Allah dengan membersihkan aku kembali, Maha Suci Allah yang memberikan petunjuk buatku, dan Maha Suci Allah kerana tidak menghilangkan al-Quran sebagai nurku. Dan apabila engkau meninggalkan aku (yakni dengan memutuskan tali pernikahan), maka ingatlah, sesungguhnya Allahlah pendampingku. Dia mengajarkan aku dengan pena dan Maha Besarlah Dia dari makhluk-Nya. Dialah Allah Yang Maha Memberi Petunjuk lagi Maha Menyesatkan. Maka kepada-Nya lah aku bersujud dan memohon keampunan….

  3. sempena bulan ramadhan yang mulia ini…

    eloklah sama2 memohon kemapunan kepada ALLAH diatas segala kesilapan yang telah dilakukan… 🙂

  4. memang best arikel yang dikeluarkan WMA…

    perkara terlanjur ini sememangnya berleluasa diluar sana terutama dibandar2 besar…

    ambilah iktibar dan bertaubatlah segera…. 🙂

  5. Salam ustaz,sy sebelum ni ada hubungan dgn seorang perempuan sehinggakan kami pernah terlanjur..kami sangat menyesal atas perbuatan dan ingin bertaubat dari melakukannya,tetapi sekarang hubungan kami dilanda masalah yg tidak boleh diselamatkan lagi..sy memilih jalan untuk berpisah dgnnya,masalahnya di sini dia berkeras mahu membuka aib sy dan menceritakan peristiwa itu kepada keluarga,rakan saya dan semua yg mengenali sy..sy sangat bingung dan tahap kesihatan sy semakin teruk kerana memikirkan masalah ni..
    sy harap sangat ustaz dapat memberikan jawapan kepada masalah sy ni,buat masa sekarang sy tak mampu melakukan apa-apa pun untuk menghalangnya berbuat begitu..sy sangat2 menyesal dan ingin bertaubat tidak melakukan perkara terkutuk itu lagi..

    Read more: http://ustazlove.com/blog/2011/04/hukum-jadi-pak-sanggup/#ixzz1V5UDJUZi

  6. salam…

    saya ingin bertanya mengenai komen berkenaan pertanyaan permasalahan ini… org kata “sepandai pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua”…

    soalan saya: bagaimana sekiranya kita merahsiakan perkara yg telah terjadi itu drpd pasangan kita (andai tiada jodoh kita dgn teman lelaki itu) dan tiba2 dia mendapat tahu dari orang ketiga ataupun dari sumber lain contohnya diari… apa yg patut saya lakukan dan bagaimana sekiranya pasangan saya itu tidak dapat menerima perkara itu dan mungkin dia melakukan sesuatu yg diluar jangkaan seperti berdendam dengan saya, atau menceraikan saya atau dia menceritakan pperkara ini kepada orang lain dan lain2… apa tindakan rasional yang patut saya ambil??

    dan juga saya sedikit bingung dan buntu memikirkan hal ini.. adakah berterus terang itu lagi baik (kerana ada setengah pendapat bahawa labih baik berterus terang kerana kadang kala rahsia itu akan memakan diri sendiri dan ada juga yg kata kebenaran tidak boleh dirahsiakan kerana akan terbongkar juga akhirnya… tetapi saya bimbang jika pasangan itu tidak boleh menerima hakikat ataupon sekiranya mereka terima tetapi di dalam hati tersimpan rasa dendam dan bila sekiranya bergaduh atau kami ditimpa musibah si dia mengungkit hal itu) atau merahsiakannya sahaja seperti pandangn anda di atas….

    diharapkan anda atau sesiapa dapat membantu saya….

    terima kasih,

    salam

  7. salam..
    mohon tanya..
    adakah penzina akan mendapat jodoh atau suami/isteri penzina juga walaupun telah bertaubat dan kembali ke jalan Allah?

  8. hello,

    Nama saya kegembiraan michael, tinggal di UK dengan keluarga saya, saya ingin memberi keterangan mengenai apa yang dr. Ijebu Ayo lakukan dalam hidup saya. kerana saya berkahwin dengan MICHAEL (suami saya) perkara-perkara di mana berlaku

    Setakat yang saya mendapat anak pertama saya, kita hidup bahagia tidak mengetahui bahawa kawan baik saya merancang untuk mengambil kebahagiaan saya dengan distroying rumah saya, dia terpesona suami saya ke

    suka dia, suami saya aboundon saya dan anak saya. i fikir i telah kehilangan seluruh hidup saya dan tidak berharap Setakat i mendengar tentang Dr. IJEBU Ayo mengeja kastor kuil, kemudian saya menghubunginya dan

    beritahu dia semua tahun saya sedih, saya tidak tahu bagaimana dia melakukannya, suami saya datang cari saya selepas 5 tahun. kesedihan saya menjadi kegembiraan sekarang, kita kini hidup dengan dua kanak-kanak lelaki dan perempuan. hidup saya

    kini kembali dan saya jatuh amat gembira dan berterima kasih kepada Dr. IJEBU Ayo. jadi untuk anda di luar sana yang mempunyai apa-apa jenis masalah menghubunginya melalui E-mel dengan ijebuayo@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *