BAGHAL PUN TAK NAK MAKAN..

Disebutkan dalam Mausu’ah Sidi Abdullah al-Ghumari (jilid 17, halaman 270-271) bahawa al-Hafiz al-Suyuti menceritakan dalam kitabnya Husnul Muhadharah:

Bahawa suatu hari Syeikh al-Qabbari (seorang yang zuhud lagi warak) telah menjual baghalnya kepada seseorang. Selepas dua hari, si pembeli memulangkan semula baghal tersebut dan berkata:

“Baghal ni sakit. Dah dua hari ia tak makan”.

Lalu Syeikh al-Qabbari bertanya kepada si pembeli tersebut: “Apakah pekerjaanmu?”.

Si pembeli menjawab: “Saya bekerja sebagai penari”.

Syeikh al-Qabbari lantas berkata: “Pulangkan semula baghalku. Sesungguhnya ia tidak makan sesuatu yang haram!”

Subhanallah.. sampai baghal pun dilatih tidak makan sumber yang haram..

Kita bagaimana???? Selamat bermuhasabah

Add Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.