BELI SYURGA DENGAN HARTA

♡Tadabbur Kalamullah♡

فَإِذَا قُضِيَتِ الصَّلَاةُ فَانْتَشِرُوا فِي الْأَرْضِ وَابْتَغُوا مِنْ فَضْلِ اللَّهِ وَاذْكُرُوا اللَّهَ كَثِيرًا لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

“Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat)”

[Surah Al-Jumuah 10]

#Ayat ini seolah2 mengingatkan bahawa dalam kesibukan kita beribadah, usaha mencari rezeki usah dilupakan.

#Allah menyebut harta sebagai ‘limpah kurnia Allah’.

#Ayat ini sekaligus membantah sangkaan bahawa ibadah dan harta tidak boleh bersatu. Sebenarnya harta dan agama saling melengkapi. Kedua-duanya sangat penting dalam hidup seorang muslim.

#Memiliki harta tanpa agama akan menjerumuskan ke neraka. Kerana orang tersebut akan hanyut dalam aktiviti yang membinasakan diri dan imannya.

#Sebaliknya, agama tanpa harta akan menutup banyak peluang ibadah. Tanpa harta, seseorang tidak akan dapat pahala wakaf yang terus mengalir. Tanpa harta, seseorang tidak dapat melaksanakan haji dan umrah. Menuntut ilmu juga memerlukan kos yang tidak sedikit.

#Amru b. al-As bercerita: “Suatu hari Rasulullah SAW memanggilku kepadnya. Apabila aku datang, Baginda memerintahkanku untuk berpakaian dan bersenjata. Lalu aku pun menurut perintah tersebut. Aku datang kepada Baginda yang sedang berwudhuk. Baginda memandangku lalu menundukkan kepalanya. Baginda bersabda: Aku ingin mengutusmu dalam satu pasukan. Allah akan memberimu harta rampasan dan keselamatan. Engkau akan mendapatkan harta yang berpatutan. Amru bkata: Wahai Rasulullah, aku masuk Islam bukan kerana inginkan harta. Aku masuk Islam kerana cintakan Islam dan ingin bersama Rasulullah. Rasulullah bsabda: “Wahai Amru, SUNGGUH INDAH HARTA YANG BAIK APABILA BERADA DI TANGAN ORANG YANG BAIK” (Riwayat Ahmad)

#Kisah harta di tangan orang baik:

-Ibnu Mubarak seorang ulama’ Tabiin yg alim, zuhud dan kaya raya. Beliau juga seorang usahawan yang berjaya lagi dermawan apabila dirakamkan dalam sejarah bahawa setiap tahun beliau membelanjakan 100 ribu dirham kepada fakir miskin serta membiayai para ulama pada waktu itu seperti Sufyan at-Thauri, Sufyan bin Uyainah, Fudhail b Iyadh, Ibnu Sammak dan Ibn Ulayyah

#Ilmu agama mesti menjadi panduan dalam pengurusan harta, dengan begitu harta tersebut akan membawa kita ke syurga

♡Yang halal akan dihisab, yang haram akan diazab♡

~JOM BELI SYURGA DENGAN HARTA~

🐊Ust naim
https://m.facebook.com/ustazmuhamadnaim

Add Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.