BENARKAH SIA-SIA BACA YAASIN MALAM JUMAAT?

Soal :

Ada seorang yang berkata amalan membaca surah Yaasin pada malam jumaat sebagaimana yang dilakukan olih orang-orang kampung itu adalah sia-sia tidak dapat pahala. Benarkah perkataan orang ini?

Jawab :

Rasulullah saw bersabda :

مَن قرأَ حرفًا من كتابِ اللهِ فلَهُ بِهِ حسنةٌ والحسنةُ بعشرِ أمثالِها لا أقول الم حرفٌ ولَكن ألفٌ حرفٌ ولامٌ حرفٌ وميمٌ حرفٌ

Artinya : “Siapa yang membaca satu huruf dari kitab Allah maka dapat baginya satu pahala dan satu pahala itu menyamai sepuluh kali ganda pahala. Aku tidak berkata Alif Lam Mim itu satu huruf tetapi Alif satu huruf dan Lam satu huruf dan Mim satu huruf.”

Hadith ini diriwayatkan dalam kitab Misykat Al-Masobih daripada Abdullah bin Mas’ud r.a. bertaraf hadith sahih.

Kesimpulannya siapa yang membaca surah Yaasin pada malam jumaat atau pada waktu mana sekalipun tidak akan sia-sia dan akan mendapat pahala yang sangat banyak.

Perkataan orang yang berkata sebagai sia-sia itulah yang sia-sia tidak bolih diikut akan dia.

Wallahua’lam

c&p – fbustazazharidrus

Add Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.