Home / Artikel Cahaya Islam / Bertudung Tetapi Memikul Dosa

Bertudung Tetapi Memikul Dosa

Saya pernah membaca petikan seorang artis yang menjawab soalan tentang pandangannya berkaitan pemakaian tudung. Soalan itu ditanya kepada beliau kerana beliau berlakon menjadi seorang gadis alim yang memakai baju kurung sopan lengkap dengan tudung. Ulasan beliau lebih kurang begini:

“Saya perlu berfikir panjang untuk memakai tudung. Biarlah saya betul-betul bersedia sebelum saya membuat keputusan untuk memakai tudung. Mamakai tudung memerlukan komitmen yang besar. Apabila kita memakai tudung kita perlu menjaga batasan pergaulan kita, dengan siapa kita berkawan, tak boleh pergi tempat yang teruk, perlu memahami agama dan sebagainya.”

Agak terkilan apabila membaca kenyataan beliau. Jika diulaskan secara kasar kenyataan beliau bermaksud begini:

“Jika saya memakai tudung saya tidak boleh lagi melakukan maksiat. Saya belum bersedia untuk tinggalkan semua maksiat itu!”

Bukankah begitu maksud beliau? Saya tidak mahu mengulas panjang tentang niat di hatinya, cuma sekadar memberi pencerahan buat pedoman bersama.

Kita tidak lagi hairan dengan hadirnya golongan-golongan yang tidak menutup aurat ini, tetapi kita kecewa dengan wanita-wanita bertudung tetapi sebenarnya menanggung dosa. Kini tudung dijadikan alat hiasan yang cantik dan punyai pelbagai bentuk yang digubah untuk menarik perhatian sesiapa sahaja yang melihatnya.

Sebenarnya tujuan Islam menganjurkan pemakaian tudung adalah supaya kaum wanita menutup aurat. Namun apa yang terjadi sekarang agak berbeza. Masyarakat moden suka mencampur-adukkan hukum dengan kemodenan. Tudung kini menjadi satu trend fesyen yang diterima masyarakat dan merupakan satu cabang perniagaan yang menguntungkan. Tetapi ia seolah-olah sejenis produk 2 dalam 1. Menutup aurat sambil bergaya!

Di bawah ini saya senaraikan trend tudung yang dipakai oleh kebanyakkan wanita di Malaysia hari ini. Senarai ini saya perolehi dari internet. Tidak tahu siapa penulis asalnya. Bagaimanapun marilah kita mengambil manfaat dari penerangannya:

••? Tudung ‘Mickey Mouse’
Pemakaian tudung yang hanya menutup bahagian rambut dan kepala tanpa menutup kedua-dua telinga. Barangkali untuk menunjukkan subang atau apa-apa perhiasan. Pemakaian yang lebih teruk ialah apabila tudung tersebut dililit sehingga menampakkan leher.

••? Tudung Lilit
Jenis tudung ini jika dilihat telah menutup keseluruhan kepala termasuk telinga tetapi tidak dilabuhkan menutup dada dan hanya dililitkan di leher sahaja. Kriteria menutup dada tidak dipenuhi seolah-olah ingin menayangkan kurniaan yang tidak diberikan kepada kaum lelaki.

••? Tudung ‘See Through’
Salah satu jenis tudung yang popular ini banyak dilihat di merata tempat,kain tudung yang nipis menampakkan leher dan telinga walaupun telah menutup lengkap. Lebih teruk jika tidak memakai anak tudung kerana ianya seperti tiada beza dengan mereka yang tidak bertudung.

••? Tudung Jambul
Pemakaian jenis ini banyak dipromosikan dalam drama-drama Melayu yakni menutup separuh rambut di bahagian belakang dengan membiarkan yang depannya tersembul keluar seperti jambul unta.

••? Tudung ‘Singlet’
Tudung yang sempurna tetapi dengan hanya memakai lengan pendek menyebabkan aurat dan lain-lain perhiasan yang sepatutnya ditutup daripada menjadi tatapan umum.Tiada kelongaran hukum tentang penutupan aurat di kawasan awam hatta hanya untuk bersukan.

••? Tudung Saji
Sekejap pakai,sekejap tidak.Tudung atau lebih tepat dikatakan selendang yang hanya menjadi perhiasan leher.Boleh dilihat di kenduri-kenduri kematian yang mana selendang tersebut akan turun dan naik diangkat si pemakai seolah-olah menjadikannya seperti tudung mengikut keperluan situasi.

Semak balik gaya tudung yang kita, adik-beradik, saudara-mara dan kawan-kawan pakai. Berubahlah jika terlibat dan tegurlah mereka-mereka yang terjebak. Semoga kita semua tidak lagi menanggung dosa.

About wanwma

Check Also

“bestnya dia, takde masalah ke dia?”

Manusia Sering Lupa Bila merenung diri, sekeliling dan masyarakat, kita tertanya-tanya “bestnya dia, takde masalah …

No comments

  1. ilmu yang sangat bermanfaat!

  2. Err. Takde pun tudung saya dalam list tuu. 😐

    Heheh. Dulu saya pun jahil. Alhamdulillah, Allah tu saaangat baik. Dia ajar saya. Dia temukan saya dengan insan yang boleh mendidik.

    Kebanyakan umat Islam tak faham. Pada mereka, yang bertudung labuh, dan berjubah tu saja yang perlu berdakwah, yang perlu menutup aurat sepenuhnya. Tapi mereka lupa bahawa itu adalah kewajipan SEMUA orang yang bernama muslim. Allah. Semoga mereka dan kita diberikan hidayahNya. Selalu.

  3. satu lagi jenis tudung bonggol unda, bertudung selalunya pendek dan sengaja meninggikan sanggol rambut di dalam biar nampak jelas dari bentuk tudung bila di pandang…

  4. tudung rosmah mansyur… berjambul..

  5. trm ksh atas perkongsian maklumat…alhamdulillah dapatlah saya berkongsi dgn teman2 y lain utk diri sendiri ,teman2 n klrga…

  6. pelik dan kelakar juga nama2 tudung ni…selalunya dengar tudung nama artis…skrg ni tudung saji pun tersenarai yer…hehehehe..mohon share kat blog saya…tq

  7. Mohon share….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *