Seorang pelajar mengadu kepada ustaznya,
“Ustaz, betapa banyak kita berdosa kepada Allah dan tidak menunaikan hak-Nya tapi saya tidak melihat Allah menghukum kita.”
Guru menjawab dengan tenang,
“Betapa sering Allah menghukum kamu tapi engkau tidak terasa.”
“Sesungguhnya salah satu hukuman Allah yang terbesar yang menimpa mu wahai anak ku, ialah, sedikitnya taufiq yang Allah beri untuk mengamalkan ketaatan dan amal-amal kebaikan.”
Tidaklah seseorang diuji dengan musibah yang lebih besar dari “kekerasan hati dan kematian hati.”
Sebagai contoh,
Sedarkah engkau, bahawa Allah telah mencabut dari mu rasa bahagia dan senang dengan munajat kepada-Nya, merendah diri kepada-Nya, sujud di hadapan-Nya.
Sedarkah engkau tidak diberikan rasa khusyuk dalam solat?
Sedarkah engkau, bahawa beberapa hari-hari mu telah berlalu dari hidup mu, tanpa membaca Al-Qur’an?
Sedarkah engkau sudah tidak tersentuh dengan ayat-ayat Al-Qur’an, seakan engkau tidak mendengarnya?
Sedarkah engkau bahawa telah berlalu berapa banyak malam yang panjang sedang engkau tidak melakukan qiamullail, walaupun terkadang engkau tidak tidur malam?
Sedarkah engkau bahawa telah berlalu atas mu musim kebaikan seperti,
Ramadan. 6 hari di bulan Syawal,
Puasa hari putih,
10 hari pertama bulan Zulhijjah dan
lain-lain tapi engkau belum diberi taufiq untuk memanfaatkannya?
Hukuman apa lagi yang lebih berat dari itu?
Engkau merasakan beratnya mengamalkan banyak ketaatan (amal ibadah)?
Tidakkah Allah menahan lidah mu untuk berzikir, beristighfar dan berdoa kepadanya?
Tidakkah terkadang engkau merasakan bahawa engkau mengalah di hadapan nafsu?
Hukuman apa lagi yang lebih berat dari semua ini?
Sedarkah engkau, amat mudah bagi mu mengumpat, mengadu domba, berdusta, memandang rendah pada orang lain, memandang kepada yang haram?
Sedarkah engkau, bahawa Allah membuat mu lupa kepada akhirat, lalu Allah menjadikan dunia sebagai perhatian terbesar mu?
Ini semua hanya lah beberapa bentuk hukuman Allah kepada mu, sedang engkau tidak menyedarinya.
Waspadalah wahai anak ku, kerana hukuman yang paling ringan dari Allah terhadap hamba-Nya ialah,
Hukuman yang terasa pada harta, anak atau kesihatan.
Sesungguhnya hukuman terberat adalah,
“Hukuman yang tidak terasa” iaitu pada kematian hati, lalu ia tidak merasakan nikmatnya ketaatan dan tidak merasakan sakitnya dosa.
Wahai anak ku, perbanyaklah di siang dan malam mu, amalan taubat dan istighfar, semoga Allah menghidupkan hati mu.
(Terjemahan dari tausiyah Syaikh Abdullah Al-‘Aidan).
Ya Allah, ingatkan diri ini yang sering lupa, alpa dan lalai.
“Apabila kita merasa tiada dosa, sebenarnya, kita lah orang yang paling berdosa.”
“Apabila kita merasa diri kita orang yang ikhlas bermakna kita belum lagi menjadi orang yang benar-benar ikhlas.”
“Apabila kita merasa diri kita sudah tawadhuk bermakna kita masih takabbur.”
kredit: penulis asal.