Home / Motivasi / Ciri-ciri Organisasi Cemerlang

Ciri-ciri Organisasi Cemerlang

Saya menerima satu soalan dari seorang pembaca blog ini yang bertanyakan tentang kretiria sebuah organisasi cemerlang. Terima kasih kepada yang bertanya.

Sesebuah organisasi pada kebiasaannya berkait rapat dengan pengurusan syarikat. Manakala syarikat pula pada kebiasaannya berkait rapat dengan perniagaan. Bila menyentuh soal perniagaan, banyak perkara yang boleh dianggap sebagai kritikal dan perlu dititik beratkan. Bermula dari Misi dan Visi, strategi, pelan pemasaran, produk, khidmat pelanggan sehinggalah pengurusan pekerja.

organization-alignment

Dan semua aspek di atas perlu diuruskan oleh organisasi yang cemerlang! Apa yang diperlukan untuk menjadikan sesebuah organisasi cemerlang ialah ‘Orang’! Ya, Orang! Orang atau kakitangan yang bagus akan menyelamatkan sebuah organisasi samada dari sudut pengurusan, pelan perancangan, kawalan kualiti, khidmat pelanggan dan sebagainya. Mereka dapat mengatasi pelbagai masalah yang dihadapi dengan kreativiti mereka.

Bagaimana Untuk mendapatkan Orang Yang Bagus Dalam Organisasi? Apa Yang Syarikat Perlu Buat?

Terdapat 5 kunci utama dalam menguruskan perkara ini:

1. Upah orang yang betul

Sering berlaku dalam masyarakat kita di mana syarikat lebih suka mengambil pekerja dengan ‘kabel’ atau ‘bantuan orang dalam’. Mereka tidak betul-betul meneliti kemampuan pekerja tersebut. Sebenarnya mengambil pekerja dari jolokan ‘orang dalam’ tidak salah, asalkan pekerja tersebut benar-benar memiliki status yang layak untuk memenuhi jawatan tersebut.

Mengambil pekerja yang tidak berkelayakan ibarat menghancurkan organisasi sendiri.

2. Beri Mereka Kelengkapan Yang Baik Untuk Melakukan Kerja

Letakkan diri anda di tempat mereka dan fikirkan apakah yang mereka perlukan untuk menghasilkan kerja yang lebih baik! Tanya diri anda:

  • Adakah mereka diberikan komputer yang pantas?
  • Adakah disediakan kabinet atau rak untuk penyusunan dokumen-dokumen penting?
  • Printer/ mesin fotostat yang mudah dicapai?
  • Program untuk mengumpul database pelanggan?
  • Sistem kerja yang efektif?
  • Peralatan pejabat yang lengkap?

3. Berikan Mereka Maklum Balas Positif

Banyak organisasi terlepas pandang akan perkara ini. Memberikan maklum balas yang baik terhadap tugas  yang dilakukan oleh para pekerja merupakan satu perkara yang amat penting dalam meningkatkan produktiviti mereka. Mereka sentiasa ingin tahu:

  • Adakah mereka lakukan kerja dengan baik.
  • Memahami apa dan bagaimana mereka perlu meningkatkan prestasi.
  • Memahami kepentingan mereka dalam kejayaan syarikat.
  • Mengetahui bagaimana mereka boleh naik pangkat dan gaji.
  • Mengetahui bagainama mereka boleh mengendalikan syarikat.
  • Syarikat menghargai usaha mereka.
  • Mahu berkomunikasi secara terbuka dengan pengarah.
  • Mempunyai matlamat dan impian untuk menjayakan syarikat.

4. Bangunkan Mereka

Sentiasa ingat! Organisasi atau syarikat tidak berkembang, ia bukan sesuatu entiti yang boleh berkembang secara sendirinya. Mungkin ia kelihatan berkembang apabila ia menunjukkan peningkatan produktiviti, peningkatan tahap efisen, menggunakan pendekatan kreatif, peningkatan keuntungan dan sebagainya. Namun faktor utama sesebuah organisasi atau syarikat itu mencapai tahap tersebut adalah kerana ‘orang di dalamnya’.

Oleh itu sentiasa bangunkan para pekerja dengan pelbagai pendekatan seperti motivasi diri, sentiasa memberi peluang kepada mereka untuk belajar dan mencuba perkara baru, betulkan kesilapan mereka dengan baik, berikan mereka ilmu yang berkaitan dan sebagainya.

5. Hargai Mereka.

Sebab utama kenapa pekerja meletakkan jawatan adalah kerana pengurusan yang tidak efektif dan kerana bos yang tidak baik. Mereka akan terus setia bekerja jika berada di bawah pengurusan dan kepimpinan yang cemerlang.

Fahami keperluan mereka, iktiraf dan berikan mereka anugerah atas kejayaan mereka. Tunjukkan bahawa mereka begitu penting dalam syarikat atau organisasi tersebut. Jangan biarkan mereka terasa seolah-olah dipergunakan semata-mata. Rendahkan diri untuk berterima kasih!

Satu tip penting yang perlu disemat di dalam diri, tanamkan rasa bahawa kita saling memerlukan! Bukan rasa  seolah-olah mereka bergantung kepada kita atau kitalah yang menyara mereka! Hargai mereka sebagai satu organisasi bukan kuli!

Inilah antara faktor bagaimana memastikan sesebuah organisasi itu cemerlang. Walau bagaimanapun, antara faktor penting lain yang perlu di titik beratkan dalam sesebuah organisasi ialah kredibiliti pemimpinnya. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang soal kepimpinan cemerlang anda boleh rujuk di sini.

About wanwma

Check Also

Adab tetamu, tetamu yang tak diundang

Adab tetamu, tetamu yang tak diundang. Ni pengalaman ummi Zayd sendiri. Masa tu umur Zayd …

13 comments

  1. Salan tengahari..
    yeah..jadilah pekerja dengan sebaiknya dan bukan jenis yang menyusahkan..membuat huru-biru..huhuh

  2. jagalah kebajikan pekerja. Insyallah para pekerja akan sentiasa berusaha untuk memajukan syarikat..

  3. Hargai mereka… setuju.. kalau bos tak menghargai jasa pekerja.. apa lagi cabut.. cari company lain..
    .-= zik menulis diblognya tentang.. Industri Animation di Negara kita =-.

  4. bgmn plak kalu dpt bos yg tau jaga periok nasi dia je..x penah cuba memahami mslh pekerja di bawahnya..kalu mengadu pun xda apa2 action..cuba melakukan sst yg pd pndgn dia adalah utk kebaikan semua ttp yg sebenarnya adalah utk kepentingan dia je..hipokrit ke camtu..he2..
    .-= Sis Lina menulis diblognya tentang.. Patchwork Blanket ~ NEW ARRIVAL..!! =-.

    • Kalau bos macam ni pekerja kena ambil peranan untuk menyedarkan dia akan kesilapan diri. Perlu ada orang yang berani untuk berhadapan dan menegur bos. Masalah pekerja sekarang ramai yang suka cakap belakang dan tak kurang juga yang kaki bodek. Huhu..

      • He2..ckp blkg mmg la ckp blkg sb ckp depan dia x mau nak follow..dia je yg betol..kalu kaki bodek dah lama dah dpt promotion 😀 cam org dok ckp tu la “dok p mai p mai tang tu ja”…kalu senang dpt keja zaman skrg ni dah lm dah cabut..tp apakan dayaku..hu3..xpa la..keja selagi mampu n selagi blh brtahan..kan wan…thx..
        .-= Sis Lina menulis diblognya tentang.. Patchwork Blanket ~ NEW ARRIVAL..!! =-.

  5. sejauh mana duit boleh memberi peningkatan kepada prestasi keje

  6. emm..mcm mana pulak majikan yg baik??
    sehingga terasa dipijak2 kepala & tindak tanduk pekerja sering mencabar kewibawaan majikan?
    kadang2 majikan x mampu nak memenuhi kehendak semua pekerja dibawahnya… belajarlah memberi & menerima..
    sekadar pandangan..

  7. sy ingin berkongsi n nak tnya pendapat smua..
    bos yang tidak mempunyai gaya pengurusan yang berkualiti??? dan dengan hanya kekuatan tahu teknikal sahaja…??adakah boleh mengurus dengan baik atau mcm ne???

    • Tidak mempunyai gaya pengurusan berkuali itu masih boleh dipertimbangkan jika bos itu mahu belajar, mahu berubah dan memohon kerjasama para pekerja untuk sama-sama berjaya meningkatkan kualiti dan produktiviti. Namun jika bos itu bodoh sombong maka ia tidak layak menjadi bos.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *