DERITA DI PADANG MAHSYAR

يَوْمَ تُبَدَّلُ الْأَرْضُ غَيْرَ الْأَرْضِ وَالسَّمَاوَاتُ ۖ وَبَرَزُوا لِلَّهِ الْوَاحِدِ الْقَهَّارِ

“(Ingatlah) masa hari bumi ini diganti dengan yang lain, demikian juga langit; dan manusia semuanya keluar berhimpun mengadap Allah, Yang Maha Esa, lagi Maha Kuasa”

[Surah Ibrahim 48]

#Dijelaskan dalam Tafsir Ibnu Abbas:

“Iaitu hari perubahan bumi dengan bumi yang lain dengan keadaan yang berbeza. Pergantiannya iaitu ditambah dan dikurangi misalnya diratakan gunung dan lembahnya”

#Daripada Sahl bin Sa’id as-Sa’idiy r.a drp Nabi saw:

“Tuhan akan himpunkan semua manusia pada hari kiamat di atas satu bumi yang putih kemerah-merahan seperti sebiji roti gandum putih yang baharu dibakar. Bumi yang suci bersih tidak ada padanya gunung ganang@ bukit bakau dan tidak pula ada padanya sebarang tanda@ kesan yang menunjukkan bahawa bumi itu pernah didudiki@ dimiliki orang” [al-Bukhari&Muslim]

#Imam at-Tabrani meriwayatkan bahawa manusia akan berdiri di Padang Mahsyar selama 50 ribu tahun dalam keadaan tidak diberi makan dan minum. Tekak dan leher pecah akibat kehausan yang maha luar biasa. Perut terasa terbakar kerana kelaparan yang sudah tidak tertanggung

#Tempoh 50ribu tahun tersebut adalah mengikut jangka masa hari ini. Dalam surah as-Sajdah ayat 5 dikatakan bahawa sehari di akhirat seperti kadar 1000 tahun didunia

#Namun, mufassirin menyebut lebih daripada 50000 tahun sebagaimana dinyatakan dalam surah al-Maarij ayat 4 (Lihat Tafsir Ibn Kathir)

#Terdapat banyak penderitaan yang akan dilalui manusia di mahsyar:

1. Manusia berada dalam keadaan takut dan cemas (an-Naazi’at ayat 8-9)

2. Berdiri terjemur di bawah panas matahari yang panasnya hanya Allah yg mengetahui (rujuk HR Muslim&Tirmizi)

3. Berdiri dalam banjir peluh yang mencurah-curah (rujuk HR Bukhari dan Muslim)

4. Berdiri dalam keadaan telanjang tanpa seurat benang di tubuh (rujuk HR Bukhari dan Muslim)

#Apa yg patut kita lakukan untuk meringankan kesusahan di mahsyar?

Berkata Abdullah bin Abbas r.a: “Sesiapa yang ingin diringankan oleh Allah swt ketika berdiri di Mahsyar, maka tampillah di hadapan Allah pada malam hari dalam keadaan sujud dan berdiri kerana takutkan dahsyatnya akhirat” (Ibn Jarir, Tafsir ath-Thabari)

♡Beristiqamahlah dengan apa sahaja amalan soleh yang memungkinkan kita diberi kemudahan ketika berhimpun di Padang Mahsyar kelak♡

 

kredit : blogustaznaim

Add Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.