Saya terbaca kisah seorang pemuda yang memfitnah seorang ulama, lalu dia menyesal dan bertemu dengan ulama tersebut untuk memohon maaf.
Lalu ulama itu berkata, “Aku bisa memaafkanmu dengan syarat, nanti bila kamu datang ke masjid ku ini bawalah penyapu bulu ayam”.
Sambungnya lagi, “Dalam perjalanan, kamu cabutlah bulu-bulu ayam itu sampai habis”. Pemuda itu merasa pelik, “Untuk apa perbuatan itu..” getusnya di dalam hati. Tetapi dia tetap melakukannya kerana niat ingin memohon maaf. Kemudian dia melakukannya hingga sampai di masjid dan dia berjumpa dengan ulama tersebut.
“Wahai habib, telah aku membawa penyapu bulu ayam itu, dan aku telah lakukan sebagaimana suruhanmu. Ini hanya tinggal rotan saja, bulu-bulu ayam itu aku cabut dan buang sepanjang perjalanan ke masjid tadi. Apakah tuan telah memaafkanku?” soalnya.
Ulama itu berkata, “Baiklah, nanti apabila kamu berjalan pulang, maka kau kutiplah kembali bulu-bulu ayam yang kamu telah buang tadi dan bawalah ia pada ku esok hari”. Pemuda itu bertambah pelik. Tadi suruh buang, ini suruh ambil kembali. Tetapi kerana ingin memohon maaf, dia tetap melakukannya juga.
Keesokan harinya, dia kembali ke masjid itu untuk berjumpa dengan tuan habib. “Tuan, saya hanya mampu kutip 2,3 helai saja daripada bulu-bulu ayam yang telah dibuang. Semuanya telah diterbangkan angin entah ke mana”.
Lalu habib itu berkata, “Begitulah dengan FITNAH yang kamu lakukan pada ku. Orang yang mendengar akan menyebarkannya hingga ia entah kemana. Jika kamu ingin menarik kembali kamu tidak akan berdaya kerana ia telah tersebar dan terus tersebar…”
Lalu berkata ulamak itu, “Wahai orang muda, aku telah pun memaafkanmu. Bertaubatlah atas apa yang telah kamu lakukan. Semoga kamu juga mendapat keampunan dari Tuhanmu”.
Nah, itulah DOSA JARIAH…dosa fitnah terus berjalan disaat ia tersebar dan tersebar. Hingga tunggulah bala dunia atau azab akhirat yang akan menimpa.
Pada si pelaku, USAHALAH, temuilah orang-orang yang kau sebarkan fitnah untuk memohon kemaafan dan membetulkan kembali maruah orang yang difitnah.
Wallahua’lam…fikir2 kan lah!
Cnp