FAHAMI EJAAN إن شاء الله DALAM TULISAN RUMI

Masalah Menulis إن شاء الله Dalam Ejaan Rumi

Terjadi pertikaian tentang mengeja sebutan إن شاء الله dalam ejaan rumi mana satukah yang betul.

InysaAllah atau In Sya Allah atau Insya-Allah atau sebagainya?

Sebaiknya kita lihat ejaan yang tepat dalam huruf arab terlebih dulu.

Ejaan yang tepat ialah إن شاء الله kerana apabila dipisahkan satu-satu adalah seperti berikut :

إن artinya : Jika (haraf)

شاء artinya : Menghendaki (fe’il)

الله artinya : Allah (fa’il)

Jadilah pengertiannya tepat yaitu Jika Allah Menghendaki.

Ejaan yang tidak tepat pula ialah إنشاء الله kerana apabila dipisahkan satu-satu adalah seperti berikut :

إنشاء artinya : Penciptaan (mudhof)

الله artinya : Allah (mudfof ilaih)

Maka mungkin membawa pengertian yang tidak tepat yaitu Penciptaan Allah atau Allah yang dicipta.

Tetapi apabila dieja dalam ejaan rumi samada InsyaAllah atau Insya Allah atau Insya-Allah maka maknanya tidak salah kerana ketiga-tiganya membawa pengertian yang sama yaitu Jika Allah Menghendaki.

Dakwaan yang mengatakan jika dieja InsyaAllah dalam ejaan rumi akan membawa pengertian Allah yang dicipta adalah tidak tepat atas alasan kalimah Allah menjadi maf’ul dari masdar Insya’ kerana perkataan dalam ejaan selain arab tidak boleh dii’rab.

Kesimpulannya boleh menulis dalam ejaan jawi dengan Insya Allah atau InsyaAllah kerana artinya sama sahaja yang semua orang fahami yaitu Jika Menghendaki Allah.

Semoga sedikit keterangan dari hamba yang kurang arif ini memberi menfaat.

sumber: FB Ustaz Azhar Idrus

Add Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.