GOLONGAN MENOLAK HADITH(Bagaimana Mengurus Jenazah Mereka?)

Soal :

Terdapat satu golongan yang beriktikad bahawa hanya Quran yang wajib dipercayai dan dijadikan sumber hukum Islam. Mereka menolak hadith sebagai sumber hukum Islam dan tidak mempercayai hadith. Hadith juga mereka anggap sebagai bohong dan hanya rekaan manusia.

Apakah mereka masih dikira orang Islam dan jika salah seorang dari mereka ini mati maka bagaimanakah diurusukan jenazahnya?

Jawab :

Tidak dikatakan seorang itu sebagai Islam melainkan ia wajib meyakini kepada Al-Quran dan hadith. Meyakini kepada Al-Quran artinya dia percaya kepada Allah dan meyakini akan hadith berarti dia percaya kepada Rasulullah saw.

Mempercayai Allah dan Rasulnya adalah termasuk rukun iman. Jika menolak salah satunya maka tidak sah dikatakan seorang itu beriman.

Tidak bolih dikatakan percaya pada Rasul tapi tidak percaya kepada hadith kerana arti hadith ialah segala ucapan dan perbuatan yang terbit dari Rasulullah saw.

Setidak-tidaknya mereka yang berkata seperti ini adalah orang jahil yang sangat bodoh.

Syeikhul Azhar Syeikh Dr Muhammad Tanthowi berkata :
:
كل من ينادي بالإعتماد على القرآن الكريم فقط واغفال السنة النبوية جاهل لا يفقه الدين ولا يعرف أركانه والثوابت والأسس التي يقوم عليها لأن السنة النبوية الشريفة الثابتة عن النبي صلى الله عليه وسلم هي أيضاً من عند الله تعالى بمعناها أما ألفاظها فبإلهام من الله عز وجل لنبيه

Artinya : “Setiap orang yang berkata hanya berpegang atas Al-Quran sahaja dan meninggalkan sunnah Nabi adalah orang jahil tidak reti agama dan tidak kenal rukun-rukun agama dan asas-asas agama yang berdiri atasnya. Dari kerana sunnah yang mulia yang sabit dari Nabi saw ialah juga datang dari Allah Taala dengan maknanya. Hanya lafaznya dengan ilham daripada Allah kepada Nabi-Nya.”

Orang yang mendakwa hanya wajib taat pada Allah tidak wajib taat pada Rasulullah maka dia telah berdusta dengan dusta yang sangat nyata.

Firman Allah :

مَنْ يُطِعِ الرَّسُولَ فَقَدْ أَطَاعَ اللَّهَ

Artinya : “Siapa yang taat akan Rasul maka sungguhlah dia taat akan Allah.” (An-Nisak : 80)

Dan Allah sendiri mengingatkan dalam Al-Quran bahawa segala ucapa Rasulullah saw itu adalah wahyu dari-Nya.

Firman Allah :

ﻭَﻣَﺎ ﻳَﻨْﻄِﻖُ ﻋَﻦِ ﺍﻟْﻬَﻮَﻯ . ﺇِﻥْ ﻫُﻮَ ﺇِﻟَّﺎ ﻭَﺣْﻲٌ ﻳُﻮﺣَﻰ

Artinya :”Dan tiadalah Muhammad itu berkata-kata dari hawa nafsu. Tiadalah ia melainkan semuanya wahyu yang diwahyukan akan dia.” (An-Najm 3-4)

Allah Taala menyatakan siapa yang berpaling dari taat kepada Allah dan Rasul-Nya maka adalah golongan kafir.

Firman Allah :

قل أطيعوا الله والرسول فإن تولوا فإن الله لا يحب الكافرين

Artinya : “Katakanlah : Taatlah kamu semua kepada Allah dan Rasul-Nya. Maka jika berpaling tidak mahu taat maka sungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang kafir.” (Al-Imran : 32)

Ulama telah mengeluarkan hukum bahawa orang yang menolak hadith sebagai hukum Islam yang kedua selepas Al-quran adalah kafir kerana menolak perkara yang sabit dengan ijmak sekelian orang Islam.

Al-Imam As-Suyuthi berkata :

” اعلموا رحمكم الله أنَّ مَن أنكر كون حديث النبي صلى الله عليه وسلم – قولا كان أو فعلا بشرطه المعروف في الأصول – حجة كفر ، وخرج عن دائرة الإسلام ، وحشر مع اليهود والنصارى أو من شاء من فرق الكفرة ” انتهى.
“مفتاح الجنة في الاحتجاج بالسنة” (ص/14)

artinya : “Ketahui olihmu bahawa barangsiapa yang ingkarkan keadaan hadith Nabi saw – secara perkataan atau perbuatan dengan segala syaratnya yang maklum dalam kaidah usul – maka dia terkena hujjah kafir. Keluar orang itu dari sempadan agama Islam dan dihimpunkan akan dia bersama Yahudi dan Kristian atau siapa yang Dia kehendaki dari kalangan orang-orang kafir.” (Kitab Miftahul Jannah m.s. 14)

Berkata Al-Allamah Ibnu Wazir :

التكذيب لحديث رسول الله صلى الله عليه وسلم مع العلم أنه حديثه كفر صريح .

Artinya : “Mendustakan bagi hadith Rasulullah saw serta ia ketahui ia adalah hadith maka jadilah kafir yang nyata.” (Kitab Al-’Awasim Wal Qawaasim)

Bagaimana Menguruskan Jenazahnya?

Maka terjawab sudah hukum orang yang beriktikad atau meyakini bahawa hanya Quran yang wajib diikut manakala hadith tidak bolih diikuti atau hanya Quran yang benar manakala hadith tidak benar maka orang tersebut telah menjadi kafir terang-terangan. Keluar ia dari agama Islam dan tiada lagi bolih dipanggil sebagai orang Islam.

Maka segala hukum yang berkait dengan pengurusan jenazah adalah mengikut hukum mayat yang kafir bukan diuruskan sebagai mayat orang Islam.

Maka haram disembahyangkan mayatnya olih orang Islam dan haram ditanam pada perkuburan orang Islam.

Berkata Imam Nawawi :

“Sembahyang ke atas mayat yang kafir dan mendoakan keampunan baginya adalah haram dengan nas dan ijmak.” (Kitab Al-Majmu’)

Wallahu’lam

Add Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.