HALAL ATAU HARAM KALAU LETUPKAN KELAB MALAM?

Seorang Sheikh telah bertemu dan berbincang dengan seorang pemuda yang pemikirannya agak ekstrim lalu bertanya kepadanya:

Q : Halal atau haram sekiranya kamu letupkan kelab malam?
A : Sudah tentu halal dan dibolehkan.

Q : Kalau kamu letupkan kelab malam dan ketika itu ramai sedang melakukan maksiat, apakah yang akan terjadi kepada mereka? Mereka akan ke mana?
A : Sudah tentu masuk neraka.

Q : Ke mana syaitan ingin membawa mereka?
A : Sudah tentu ke neraka, sebab itu adalah matlamat syaitan.

Q : Kalau begitu, kamu dan syaitan bekerjasama dalam satu matlamat iaitu ingin membawa manusia ke neraka.”

Kemudian Sheikh pun mengingatkan pemuda itu satu hadis ketika mana lalu jenazah Yahudi di hadapan Baginda SAW. Baginda bangun dan menangis, lalu sahabat bertanya:

“Apa yang menyebabkan engkau menangis ya Rasulullah?”

Baginda berkata: “Satu jiwa telah terlepas dari ku dan menuju ke neraka!”

Itulah perbezaan kamu dan Rasulullah. Kamu inginkan hidayah untuk kamu sendiri tapi membiarkan orang lain ke neraka. Rasulullah mahu semua orang memperoleh hidayah dan menyelamatkan mereka dari neraka.

(Syeikh Muhammad Mutawalli asy-Sya’rawi 1911-1998 M)

Add Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.