HIKMAH DISEBALIK KESAKITAN

KITA APABILA SAKIT AKAN MENGELOH. TETAPI TAHUKAH ANDA HIKMAHNYA DISEBALIK SAKIT ITU?

Apabila Allah SWT memberi kita sakit, ia adalah sesuai dengan daya tahan kita sebagai hamba-Nya, dan banyak hikmahnya :

1) Sakit itu Zikrullah.

Mereka yang diuji dengan sakit lebih sering menyebut nama Allah berbanding di waktu sihatnya.

2) Sakit itu Istighfar.

Kita akan mudah teringat akan dosa kita ketika sakit sehingga mudah bibir untuk beristighfar memohon ampun.

3) Sakit itu Muhasabah.

Orang yang sakit akan lebih banyak waktu untuk merenung diri dalam sepi & menghitung bekal untuk dibawa apabila kembali ke rahmatullah.

4) Sakit itu Jihad.

Orang yang sakit tidak boleh menyerah kalah, diwajibkan untuk berikhtiar sedaya upaya agar cepat sembuh.

5) Sakit itu Ilmu.

Sakit akan membuat kita mencari ilmu seperti belajar tentang khasiat herba, menghafal ayat syifa’, ruqiyyah dll sebagai penawar & pendinding dari sakit. Pengalamannya pula lebih menyediakan kita untuk mencorak hidup yang boleh mengelakkan berulangnya penyakit itu. Dan, berkongsi pengalaman ini dengan orang lain.

6) Sakit itu Nasihat.

Mereka yang sakit selalu suka menasihati yang sihat agar menjaga diri. Yang sihat pula menasihati yang sakit agar bersabar.

7) Sakit itu Silaturrahim

Ahli keluarga, sahabat dan jamaah yang jarang berjumpa akan datang menziarahi, penuh senyum, rindu mesra dan dengan buah tangan lagi.

😎 Sakit itu gugur dosa.

Anggota badan yang sakit akan mendapat penyucian daripada dosa yang telah dilakukan.

9) Sakit itu Mustajab Doa.

Orang yang sakit mustajab doanya. Imam As-Suyuthi mengelilingi kota mencari orang yang sakit agar dapat mendoakannya.

10) Sakit itu menyusahkan Syaitan.

Orang yang sakit apabila diajak maksiat tak mahu dan tak mampu, malah disesalinya.

11) Sakit itu sedikit tertawa dan banyak menangis.

Satu sikap keinsafan yang di sukai oleh Anbiya’ & makhluk di langit.

12) Sakit meningkatkan kualiti ibadah.

Solat orang sakit lebih khusyuk terutama dalam rukuk dan sujudnya apabila ia banyak bertasbih dan beristghfar, berdoa dan meminta ampun agar sakitnya segera sembuh.

13) Sakit itu memperbaiki akhlak.

Kesombongan terkikis. Sifat tamak dipaksa tunduk. Peribadi akan mjadi santun, lembut dan tawadhu’.

14) Sakit mengingatkan kita akan Mati

Membuatkan kita sentiasa beringat untuk lebih ber’amal & beribadat.

Ayuh Zikir, Fikir, Syukur & Sabar. Semoga kita mendapat rahmat dan keampunan daripada Allah s.w.t.

Add Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.