Sebab Kena HIMPITAN KUBUR:
1. Tak bersih air kencing.
Cuai dalam menyuci air kencing.
Kencing sambil berdiri sehingga terpercik air kencing pada pakaian.
Pakaian yang terkena najis menyebabkan solat tidak sah. Jadi kita perlu faham, tegahan kencing berdiri (tanpa uzur) untuk memastikan ibadat solat kita tidak sia-sia.
Mesti ajar diri sendiri dan ajar anak-anak cara bersuci dengan betul . Berdehem selepas selesai buang air kecil dan bersihkan sebersih-bersihnya.
Menyucikan diri daripada najis pertengahan seperti air kencing perlulah dengan air mengalir dan yakin bersih serta suci, barulah kita boleh solat dengan sempurna.
Jangan kencing berdiri.
Kemudian pastikan pakaian yang dibawa untuk solat itu suci dan bersih daripada najis hatta hanya sedikit percikan najis.
Wanita yang selalu berhadapan masalah misalnya sentiasa merasa basah di kemaluan, perlu mengatasinya dengan memakai pelapik panty liner dan membasuh setiap kali ingin beribadat, sekali gus menukarkannya dengan yang baru.
2. Makan terlampau kenyang.
Elakkan makan sampai terlalu kenyang.
Berhenti makan sebelum kenyang.
3. Sengaja menangguhkan taubat.
Berlakunya himpitan kubur ialah akibat melakukan kesalahan lalu membiarkan kesalahan itu berpanjangan dan menangguhkan waktu untuk bertaubat.
Segeralah bertaubat apabila melakukan kesalahan.
4. Payah nak bersyukur.
Cukup payah nak bersyukur.
Ramai orang lebih suka sebut “Nasib Baik” dan “Mujur” berbanding menyebut “Alhamdulillah”.
Ajar diri kita banyakkan bersyukur.
Banyakkan sebut Alhamdulillah.
Celik mata bila bangun tidur sebut Alhamdulillah. Jangan benda pertama selepas bangun tidur kita cari adalah handphone sehingga lupa nak bersyukur.
Nota tambahan dari ustaz,
Bila kita sakit, bacalah Qulhuwallah (Surah Al-Ikhlas) banyak-banyak. Diringankan himpitan kubur.
Himpitan dialami berbeza antara satu sama lain berdasarkan amalan. Oleh itu, sesiapa yang taat kepada ALLAH SWT akan mengalami himpitan penuh kelembutan dan kasih sayang tetapi mereka yang hidup dalam kemaksiatan, akan dihimpit dengan himpitan keras kerana bencinya ALLAH SWT kepadanya.
Seseorang yang mati dalam Husnul Khotimah atau pengakhiran yang baik apabila kembali ke tanah akan ‘dihimpit’ oleh tanah seperti pelukan ibu kepada anaknya, penuh lembut seperti orang kerinduan, lalu menghimpitnya penuh kasih dan sayang.
Jika mati dalam Su’ul Khotimah atau pengakhiran buruk, tanah menghimpit si mati dengan kekerasan tegas yang dinamakan sebagai antara azab kubur. Himpitan itu menyebabkan tulang rusuk kiri dan kanan bertemu hingga patah riuk seluruh tulang-temulang dan anggota jasad. Sakitnya tidak terkata hingga berserakan akan segala tulang.
Kita boleh berusaha supaya himpitan kubur diringankan, jika pun tidak mampu dielakkan.
Ia boleh dibuat dengan cara bertaubat atas segala dosa dan meneruskan kehidupan dengan amalan kebaikan yang mampu menghapuskan kejahatan yang dilakukan sebelum ini.
Bersihkan hati dan fokus memburu redho juga kasih sayang ALLAH SWT. Di situlah lahirnya ikhlas dan hanya amalan sebenar-benar ikhlas diterima ALLAH SWT.
Semoga bermanfaat.
سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ ِللهِ وَ لآ إِلهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ
لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِٱللَّٰهِ ٱلْعَلِيِّ ٱلْعَظِيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
Kredit : yusnizayaziz
19 Muharam 1442H
6 September 2020