ISTERI NUSYUZ

Isteri yang nusyuz ialah isteri yang tidak taat akan suaminya pada barang yang wajib atasnya memberikan ketaatan. 

Contohnya ialah isteri yang keluar dari rumah tanpa izin dari suaminya bagi perkara yang bukan hajat. Dan isteri yang menghalang suaminya dari dirinya tanpa sebarang uzur dan seumpama yang demikian itu.

Nusyuz atau derhaka ini adalah diharamkan pada syarak dan ia mengakibatkan gugurnya hak isteri pada nafaqah dan tempat tinggal.

Dan harus suami mengajar isteri tersebut akan adab supaya berhenti isteri itu dari perbuatan nusyuz.

Firman Allah Taala :

وَاللَّاتِي تَخَافُونَ نُشُوزَهُنَّ فَعِظُوهُنَّ وَاهْجُرُوهُنَّ فِي الْمَضَاجِعِ وَاضْرِبُوهُنَّ فَإِنْ أَطَعْنَكُمْ فَلَا تَبْغُوا عَلَيْهِنَّ سَبِيلًا إِنَّ اللهَ كَانَ عَلِيًّا كَبِيرً

Artinya : “Dan para isteri yang kamu bimbangkan nusyuz mereka itu maka hendaklah kamu nasihat akan mereka dan tinggalkan ia pada tempat tidur mereka dan pukul akan mereka. Maka jika mereka kembali taatkan kamu maka jangan kamu sengaja mencari jalan menysuahkan mereka lagi. Sungguhnya Allah itu maha tinggi lagi maha besar.” An-Nisaak : 34

Wallahua’lam

C&P FBUSTAZAZHARIDRUS

Add Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.