JANGAN……

  1. Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.
    Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.
  2. Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita.
  3. Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti
    rezeki mahal(kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).
  4. Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.
  5. Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam
    perjalanan.
  6. Jangan biarkan mata liar di perjalanan.
    Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
  7. Jangan menangguh taubat bila berbuat
    dosa kerana mati boleh datang
    bila-bila masa.
  8. Jangan ego untuk meminta maaf pada
    ibu bapa dan sesama manusia
    kalau memang kita bersalah…
  9. Jangan mengumpat sesama rakan
    taulan. Nanti rosak persahabatan kita
    hilang bahagia.
  10. Jangan lupa bergantung kepada ALLAH
    dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.

  11. Jangan bakhil untuk bersedekah.
    Sedekah itu memanjangkan umur
    dan memurahkan rezeki kita.

  12. Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

  13. Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah
    ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.

  14. Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya
    cepat dimakbulkan ALLAH.

  15. Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.
    Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

  16. Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita. ALLAH lebih tahu apa yang terbaik
    untuk hamba ciptaanNya.

    c&p

Add Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.