JAUHI RIBA

PINJAMAN ADALAH HUTANG, TAPI HUTANG TAK SEMESTINYA PINJAMAN

Ahmad beli iPhone secara ansuran harga RM4,000 (harga cash RM3,000). Ahmad sign kontrak dengan Maxis dan bayar RM400 sebulan kepada Maxis selama 10 bulan. Ini adalah hutang, tapi bukan pinjaman. Tiada riba, cuma harga cash dan harga hutang berlainan.

Berbeza dengan…

Ahmad beli iPhone (harga cash RM3,000) dengan Courts, tapi tandatangan kontrak pinjaman dengan Aeon Credit sebanyak RM3,000 dan bayar kepada Aeon Credit berjumlah RM4,000 dengan ansuran RM400 sebulan selama 10 bulan. Ini adalah pinjaman (dan hutang) serta ada riba RM1,000 dari pinjaman Aeon Credit. Sebenarnya Ahmad meminjam dan berhutang wang dengan riba daripada Aeon Credit untuk beli iPhone dari Courts.

Jadi…

Pinjaman wang adalah hutang, tapi hutang tidak semestinya pinjman.

Jauhi riba. Jauhi daripada berperang dengan Allah SWT dan RasulNya, Insya Allah…

Add Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.