JUTAWAN DAN STOKIN BURUK

Ada seorang jutawan yang mempunyai harta berjuta-juta ringgit. Satu hari semasa di dalam keadaan sakit tenat, dia memanggil anak-anaknya dan meninggalkan satu pesanan.

“Wahai anakku, ketahuilah bahawa ayah akan meninggalkan kamu semua. Hari ini ayah ingin meninggalkan satu pesan. Di dalam laci meja ayah, ayah ada menyimpan satu “stokin” buruk yg sudah koyak dan tidak bernilai. Tetapi ia mempunyai “sentimental value” yg tggi kpd ayah. Jadi, ayah mahu apabila jenazah ayah dikafankan kelak, pakaikan lah “stokin” buruk itu di kaki ayah dan tanam lah ayah bersama “stokin” buruk itu.

Si anak mengangguk tanda faham dengan pesanan yang ditinggalkan ayahnya.

Selang beberapa hari, si ayah yg jutawan pun meninggal dunia. Sedang sibuk Tok Imam mengkafankan jenazah si ayah, anak sulung drpd adik-beradik td teringat akan pesan si ayah lantas memaklumkan kepada Tok Imam pesanan itu. Tok Imam tidak bersetuju dengan pesanan itu tadi kerana tidak pernah dalam sejarahnya jenazah dipakaikan “stokin”.

Lantas peguam si ayah dipanggil utk disoal jika ada apa-apa wasiat yang ditinggalkan si ayah mengenai “stokin” buruknya. Ternyata apabila disemak dokumen si ayah tadi, ada diselitkan wasiat mengenai perihal “stokin” itu tadi. Lalu peguam itu pun membaca kandungan yang terdapat di dalam wasiat tersebut.

” Assalamualaikum anak-anak ayah yang ayah kasihi, ayah mengerti ketika ini kamu sedang mempunyai masalah dengan Tok Imam disebabkan permintaan ayah. Pasti Tok Imam tidak bersetuju dengan permintaan “stokin” buruk ayah. Ketahuilah, sebenarnya bukan niat sebenar ayah ingin memakai “stokin” itu bersama kain kafan. Cuma apa yang ayah ingin kalian ketahui, di dalam keadaan ayah yang sudah menjadi jenazah, tidak ada apa yg mampu ayah bawa bersama. Jangankan rumah banglo, jangankan kereta mewah, jangankan duit berjuta-juta, jangankan harta melimpah ruah yang ayah tak boleh bawa bersama, malah “stokin” buruk yang tidak bernilai di sisi manusia pun ayah tidak boleh bawa bersama bertemu Tuhan yang maha esa.

Fikirlah wahai anak-anak yang ayah kasihi, hari ini ayah tinggalkan harta yang berjuta-juta untuk kamu semua. Dan hari ini, harta yang banyak itu tidak memberi sebarang manfaat pun kepada ayah. Bahkan “stokin” buruk yang tidak ada nilai kepada manusia pun ayah tidak boleh bawa ke sana. Ketahuilah, Ayah hanya pulang membawa amalan yang kalau ikhlas, maka ada nilainya di sisi Allah. Anak-anak semua, ingatlah apa sahaja yang Allah suruh kita kerjakan, lakukan lah dengan ikhlas. Dan apa yang Allah larang, tinggalkan lah biarpun terpaksa. Kerana hanya itu lah yang akan membantu kita di sana. 
Doakan Ayah ya….”

Cerita ni tak ada dalam hadis. Hanya sebagai pengajaran. Bukan sahaja wang atau harta yang bernilai, “stokin” buruk yg tidak mempunyai nilai di sisi manusia pun tidak boleh dibawa bersama ke alam sana.

Jangan kita hidup di dunia ini melupakan Allah. Kerana takut2 di hari yang kita mengharapkan pertolongan dan belas kasihan daripada Allah, masa itu Allah pula akan melupakan kita.

C&P

Add Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.