KEBAIKAN MUSIBAH

عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ وَعَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَا يُصِيبُ الْمُسْلِمَ مِنْ نَصَبٍ وَلا وَصَبٍ وَلا غَمٍّ حَتَّى الشَّوْكَةِ يُشَاكُهَا إِلا كَفَّرَ اللَّهُ بِهَا مِنْ خَطَايَاهُ وَلا هَمٍّ وَلا حُزْنٍ وَلا أَذًى 

,التخريج : صحيح البخاري , كتاب المرضى , باب ما جاء في كفارة المرض]

حديث رقم 5641 , عن أبي سعيد الخدري وعن أبي هريرة 

[ رضي الله عنهم

Daripada Abu Sa’id Al Khudri dan Abu Hurairah RA daripada Nabi SAW bersabda: “Tidaklah seorang Muslim yang ditimpa suatu penyakit dan keletihan, kegusaran dan kesedihan, gangguan dan kesusahan, bahkan duri yang melukainya melainkan Allah SWT akan menghapus kesalahan-kesalahannya.” (Hadith riwayat al-Bukhari, No : 5641, Muslim, No : 2573, at-Tirmizi, No : 966, Ahmad, No : 7684, 8070, 10714)

Musibah adalah sesuatu yang menimpa manusia, adakalanya ia datang sebagai hukuman Allah atas kesalahan dan kelalaian manusia dan adakalanya ia datang sebagai ujian atas keimanan hambaNya.

Antara cara sabar menghadapi musibah ialah dengan membetulkan cara pandangan terhadap musibah. musibah teteap berlaku walaupun sekuat mana kita menjerit. mengingkari musibah hanya akan menambah luka.

Maka tumpu pada kabaikan daripada musibah itu sendiri.

  1. Musibah menghapus dosa.
  2. Musibah meringankan hukuman di akhirat.
  3. Merasa insaf diri, mungkin akibat daripada menderhaka kepada Allah.
  4. Membuka pintu taubat.
  5. Memankin diri menjadi lebih baik.
  6. Mendekatkan diri semula kepada Allah.
  7. Melembutkan jiwa, kembali menjiwai keperitan orang lain.
  8. Menyedarkan bahawa hidup di dunia ini hanyalah sementara.
  9. Menguatkan iman, Allah maha berkuasa.
  10. Meninggikan darjat.
  11. Menambahkan pahala.
  12. Praktikal beriman dengan qada dan qadar.

C&P

Add Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.