Kelebihan Zulhijjah

وَيَذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ فِي أَيَّامٍ مَعْلُومَاتٍ

“…Hendaklah kamu menyebut nama Allah pada hari-hari yang ditentukan…” [Surah al-Hajj 28]

#Menurut Ibnu Rajab dalam Lathaif al-Maarif: “Hari-hari yang ditentukan itu ialah 10 hari terawal bulan Zulhijjah sebagaimana yang disebutkan oleh jumhur ulamak”.

وَالْفَجْرِ * وَلَيَالٍ عَشْرٍ

“Demi waktu fajar dan malam yang sepuluh” [Surah al-Fajr 1-2]

#1 hingga 10 Zulhijjah merupakan hari yang teristimewa kerana di dalamnya terhimpun pelbagai amal soleh, ibadah-ibadah yang utama dan dijanjikan ganjaran yang besar.  Antara ibadah yang terhimpun di dalamnya iaitu solat, puasa, korban, sedekah, zikir (tahlil, takbir, tahmid), doa munajat, umrah dan haji.

#Daripada Sayidina Abdullah bin Umar r.a, Nabi saw bersabda:

مَا مِنْ أَيَّامٍ أَعْظَمُ عِنْدَ اللهِ، وَلا أَحَبُّ إِلَيْهِ مِنْ الْعَمَلِ فِيهِنَّ مِنْ هَذِهِ الأَيَّامِ الْعَشْرِ، فَأَكْثِرُوا فِيهِنَّ مِنْ التَّهْلِيلِ وَالتَّكْبِيرِ وَالتَّحْمِيدِ

“Tidak ada hari yang lebih besar di sisi Allah swt dan beramal padanya lebih dikasihi oleh Allah dari hari-hari yang sepuluh ini. Maka perbanyakkanlah padanya bertahlil, bertakbir dan bertahmid” (HR Ahmad. Sahih)

#Daripada Sayidina Abdullah bin Abbas r.a, Rasulullah saw telah bersabda:

مَا مِنْ أَيَّامٍ، الْعَمَلُ الصَّالِحُ فِيهِنَّ أَحَبُّ إِلَى اللَّهِ مِنْ هَذِهِ الأَيَّامِ  -يَعْنِي أَيَّامَ الْعَشْرِ- قَالُوا: يَا رَسُولَ اللَّهِ وَلا الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ؟ قَالَ: وَلا الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ، إِلا رَجُلٌ خَرَجَ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ فَلَمْ يَرْجِعْ مِنْ ذَلِكَ بِشَيْءٍ.

“Tidak ada hari yang amal soleh padanya lebih dikasihi Allah selain dari hari-hari yang sepuluh ini.” Para sahabat bertanya: Walaupun berjihad di jalan Allah?. Rasulullah bersabda: “Walaupun berjihad di jalan Allah, kecuali lelaki yang keluar (berjihad) membawa diri serta hartanya dan tidak kembali lagi selepas itu (mati syahid)” [HR Ahmad dan at-Tirmizi].

♡Bersempena kedatangan bulan Zulhijjah yang ditawarkan dengan ganjaran yang besar dan istimewa, maka marilah sama-sama kita berlumba-lumba untuk melakukan ketaatan, kebaikan dan kebajikan sebanyak yang boleh agar kita tergolong dikalangan hamba Allah yang dikasihi dan diredhaiNya. Aamiiin♡

sumber: http://ustaznaim.blogspot.com/2018/08/kelebihan-zulhijjah.html

Add Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.