Home / Artikel Cahaya Islam / Kempen Aurat Saya Maruah Saya!

Kempen Aurat Saya Maruah Saya!

Sedih apabila kita melihat anak-anak muda begitu asyik memaparkan bentuk badan dan semua bahagian badan yang begitu menghairahkan. Dengan gejala minah rempit, kegilaan masyarakat untuk menjadi artis, pendedahan aurat dalam laman sosial seperti Facebook, Tagged, Friendster, Myspace dan sebagainya. Tiada lagi rasa malu, tiada lagi nilai aurat dalam diri wanita-wanita islam, tiada lagi maruah diri dan tiada langsung rasa bersalah!

Lebih parah lagi ramai di antara mereka tidak pernah tahupun bagaimanakah sebenarnya cara menutup aurat dengan betul! Sebagaimana masyarakat berpakaian, sebegitulah mereka berpakaian. Sebagaimana golongan kafir berfesyen, sebegitulah mereka berfesyen!

Ya..saya kesal dan rasa amat terpanggil untuk melakukan sesuatu. Bantulah saya untuk membanteras atau sekurang-kurangnya lahirkanlah rasa kesal terhadap gejala ini dengan menyebarkan tag kartun di bawah. Tag kartun di bawah diambil khas dari kartun-kartun islamik yang dihasilkan oleh Kediakreatif.com. Tag yang di sediakan itu adalah ‘butang’ link ke halaman ini, iaitu Kempen Aurat Saya Maruah Saya!

Klik Tag Kartun di bawah untuk mendapatkan Tag Kartun yang disediakan.

Aurat-07

Pada halaman ini saya sediakan beberapa perkara yang perlu dipelajari oleh masyarakat tentang cara menutup aurat bagi perempuan.

Cara Menutup Aurat Dengan Betul

Di bawah adalah cara menutup aurat yang dituntut dalam islam..

Tutup+Aurat+Yg+Betul_1Tutup+Aurat+Yg+Betul_2Tutup+Aurat+Yg+Betul_3Tutup+Aurat+Yg+Betul_4Tutup+Aurat+Yg+Betul_5

Sedutan Sebuah Perbincangan

In amal_maahad@yahoogroups.com, Ahmad siddiqi <diqi_ever@y…>
wrote: A Cool Conversation on Hijab!

[youtube]http://www.youtube.com/watch?v=CWsXlBUizTg[/youtube]

Terima kasih kerana sudi membaca dan mengikuti maklumat yang telah disampaikan. Pelbagai maklumat akan ditambah dari masa ke semasa untuk memantapkan lagi ilmu bermanfaat dalam entri ini. Diharap dapatlah kiranya anda berkongsi entri ini kepada masyarakat. Semoga dengan perkongsian anda dapatlah sekurang-kurangnya kita sama-sama menyampaikan maklumat berguna kepada masyarakat tentang cara-cara menutup aurat dengan betul di dalam islam. Sebarkan kempen ini dengan meletakkan Tag Kartun Kempen Aurat Saya Maruah Saya ke halaman anda!

Klik Tag Kartun di bawah untuk mendapatkan Tag Kartun yang disediakan.

Aurat-07

About wanwma

Check Also

“bestnya dia, takde masalah ke dia?”

Manusia Sering Lupa Bila merenung diri, sekeliling dan masyarakat, kita tertanya-tanya “bestnya dia, takde masalah …

No comments

  1. Saya menyokong kempen ini. 🙂
    .-= Eriyza menulis diblognya tentang.. Yes, I Love You 15 =-.

  2. saye juga menyokong! 🙂
    .-= mek menulis diblognya tentang.. Pergelutan kuasa-kuasa kecil. =-.

  3. salam..
    Amin. semoga keperihatinan kita ttg pakaian akan di sandang olah yang lain2 lagi..

    suri sokong 😉

  4. amat menyokong kempen ini 100%…

  5. bagus kempen ini… bro banner tuh bole copy tak???
    .-= zik menulis diblognya tentang.. Cara untuk mengatasi masalah kesesakan lalu lintas. =-.

  6. semoga kempen ni berjaya mencapai matlamat dan objektifnya
    .-= etomyam menulis diblognya tentang.. Wanita Cantik Membahayakan Kesihatan =-.

  7. sangat-sangat menyokong usaha ini. 🙂
    .-= amirulfaiz menulis diblognya tentang.. Coklat buatan rumah (homemade) diiklankan. =-.

  8. sokong 100% … suka sangat.. terjamin masa depan anak gadis.. InsyaAllah

  9. alhamdulillah. ada jugak kempen2 macam ni. harap2 masyarakat Islam di luar sana sedarlah kepentingan menjaga aurat ni..
    .-= Amir menulis diblognya tentang.. MillatFacebook: Facebook Islam Untuk Semua =-.

  10. insaff kanns.. uhuhu
    .-= en_me menulis diblognya tentang.. en_me feat nadri dot com =-.

  11. Salam Sejahtera. Alhamdulilah, tk bnyk kpd penulis Kempen ASMS. Makngah sangat menghargai pengisian blog ini. Semoga kandungannya dapat dimanfaatkan sebaik-baiknya utk diriku, keluarga dan khususnya saudara wanita Islam yg dikasihi semua, demi menjaga maruah agama Islam yg mulia, agama rasmi negara. Mudah-mudahan kehidupan kita lebih berkat dunia akhirat, I.Allah, Amin.

  12. saya suka apa dengan usaha awak ni. ada lagi blogger yang sudi promosi tentang kempen sebegini. syabas
    .-= zahida menulis diblognya tentang.. Saya akan bertukar hosting =-.

    • terima kasih zahida..sudah menjadi amanah kepada umat islam utk menyeru kepada kebaikan dan melarang perkara yg mungkar..sy harap sangat boleh berusaha dalam menyebarkan dakwah sebelum ajal menjelma..InsyaAllah

  13. satu cadangan yang baik. aku suka.
    .-= titan menulis diblognya tentang.. Komisen Pertama dari Innity =-.

  14. Salam,
    siapa bilang gadis melayu x menarik hati

  15. saya akan sampaikan risalah ini kpd ank2 didik

  16. saya sokong Kempen Menutup Aurat ini sepenuhnya!

  17. saya minta izin tuan punya blog untuk sebarkan kempen ini & tag kartunnya sekali ya.. (^_^)

  18. salam ziarah..saya sokong usaha murni ini..basically saya masih dalam proses memperbaiki diri ..thank 😉

  19. peringatan kepada saya tentang cara berpakaian yang betul..alhamdulilah dengan info ini..membantu..

  20. salam..sy dh follow n sokong kempen ni.. sy ambil satu tag kartun k 🙂

  21. Salam…alhamdulillah, bsyukur ada pihak yg sgt prihatin mwujudkn kempen sbegini…

    Saya sokong 100%
    etika bpakaian sememangnya dipandang remeh oleh sstgh golongn….khususnya d ipt…amat mnyedihkn mlihat fenomena ini bleluasa dlm kalangn tpelajar…huhu

    besar hrpn agar usaha ini dperluaskn…moga kesedaran dpt dihidupkn 🙂

    sy mohon izin utk dpanjangkn kempn ini kpd rkn2 sperjuangn….

    wassalam…

  22. saye sokong 1000% kempen ini,.!!!

  23. saya sokong kempen ni 🙂

  24. assalammualaikum…sy brharap kempen ni akn berterusan..syukur sgt2 dpt kongsi ilmu.auratku maruahku.mmg patut d jga.tp sejak akhir2 ni pemakaian seluar legging amat popular dgn wanita kita.apa la nk jadi.baik x yah pkai seluar.saudara wanwman x nk kempen apa2 ke?…dh la pkai seluar tu pkai tdung pulak..mmg memalukan…

    • W’salam..
      Terima kasih. Saya akan terus mengembangkan usaha dalam menjayakan kempen ini selagi masih bernyawa. InsyaAllah…kempen ini ialah usaha dakwah, dan dakwah tidak pernah berhenti sehingga akhir zaman..

  25. slm..sy amat meyokong kempen ini..tahniah kerana dpt menjalankannya..semoga akan trus maju pada masa hadapan..insyallah..slm ^_^

  26. whooaa…bgos2 ade kempem cam ny…at least boley mnarik teenage untuk pkai tudung….wlopon saye tak pakai …tapi tertarik jgk dgn blog ny…..

  27. blog suri ada juga cuma memasukkan gambar bertutup tudung..dg tag bertutup itu ttp indah heee

  28. assalamualaikum..
    suke kempen nie..
    skrg popular dgn style pakai shawl..
    sy pun salah seorang darinye..
    pendapat sy, style mcm tu kebanyakannya xtutup dada..
    shawl yg sepanjang2 alam tu bila dililit jadi sgt pendek..
    xsalah kan nk ber fesyen aslkan aurat kne tutup jgk kan..
    xsusah pun..wlupun sy pakai shawl,sy tetap tutup dada..
    fesyen2 juga..tp beringatlah..
    ~ pendapat sy..kalau ape yg sy ckp tu salah, tolong betulkan.. tQ

  29. assalamualaikum..
    sy bru “bertemu jodoh” dgn page ni..hehe..
    apa pon msih x terlambat kn??..
    sy sokong kempen n page ni…
    sbnrnya dlm proses utk perbaiki dri jugak…
    page ni byk membntu..
    sy dh tag kartun kt my blog…
    syukran..:)

  30. alhamdullilah…… sebenarnya sy ni dlm process memperbaiki diri menjadi muslimah yg betul2 diredhai allah.. alhamdullilah sekali lg saya menjumpai page ini, ia amat2 membantu. Terima Kasih… Aurat Saya Maruah Saya… cukup2 indah 🙂

  31. saya amat menyokong kempen ini . Semoga diberi perlindungan Allah swt kepada mereka yang menyokong kempen ini . Cuma , wajib juga dipanjangkan kempen ini kepada hospital-hospital tempat perubatan yang saya lihat amat kurang prihatin tentang aurat ini terutamanya di bahagian o&g . Aurat pesakit langsung tidak dijaga , semua pekerja perubatan terutamanya pelajar perubatan lelaki langsung tanpa segan silu melihat aurat -aurat wanita ini . Haram tetap haram .Sy pun kadang -kadang tak paham tentang istilah ‘ NEGARA ISLAM ‘ yang dilaungkan oleh pemerintah kita . Sekian . TK .

  32. Saya ingin meminta izin untuk menggunakan ayat tuan sebagai latar belakang projek saya bagi mendedahkan kepentingan menutup aurat. Terima kasih

  33. Ѵery rapidly this web page will be famouѕ among all blogging users,
    ɗue to it’s pleasaոt posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *