Kenapa Jin dan Syaitan Duduk Dalam Tandas?

Berkata ulamak :

إن موضع قضاء الحاجة تحضره الجن والشياطين، يترصدون فيه لبني آدم بالأذى والفساد؛ لأنه موضع تُكشف فيه العورة، ولا يُذكر اسم الله فيه، فإذا أتى المسلم إلى موضع قضاء الحاجة فليقل: «أعوذُ باللهِ مِنَ الخُبُثِ والخَبَائث» أي: أعتصم بالله وأحتمي به من شر ذكران الشياطين وإناثهم

Artinya : “Sungguhnya tempat buang air itu hadir padanya olih jin dan syaitan yang mahu menganggangu manusia dan membuat fasad kerana itulah tempat yang terbuka segala aurat dan tempat yang tidak disebut nama Allah. Maka apabila seorang Islam masuk ke dalamnya untuk membuang air maka hendaklah ia meminta perlindungan dengan Allah dari syaitan dan jin jantan dan betina. Maksudnya aku berlindung dan memohon selamat dengan Allah dari kejahatan syaitan jantan dan syaitan betina.”

Olih kerana itu maka sayugianya setiap orang Islam yang hendak masuk ke dalam tandas membaca doa ini supaya dilindungkan olih Allah dari syaitan dan gangguannya.

Berkata Syeikh Khatib Syarbini :

“ويقول ندباً عند إرادة دخوله ، أو عند وصوله إلى مكان قضاء حاجته بنحو صحراء …

Artinya : “Dan sunat berkata (doa ini) ketika hendak masuk ke dalam tandas dan ketika sampainya ke tempat buang air umpama di tengah padang.” (Mughni Muhtaj)

Membaca Bismillah Ketika Masuk Tandas

Disunatkan membaca Bismillah ketika mahu masuk ke dalam tandas agar aurat kita tidak dapat dilihat olih jin dan syaitan.

Diriwayatkan dari Ali bin Abi Talib r.a. katanya Rasulullah saw bersabda :

سَتْرُ مَا بَيْنَ أَعْيُنِ الجِنِّ وَعَوْرَاتِ بَنِي آدَمَ: إِذَا دَخَلَ أَحَدُهُمُ الخَلَاءَ، أَنْ يَقُولَ: بِسْمِ اللَّهِ

artinya : “Penghalang antara penglihatan mata jin kepada aurat manusia ketika masuk ia ke dalam tandas ialah membaca :Bismillah.” (Hadith Tirmizi)

Dan daripada Abu Said Al-Khudri r.a. Rasulullah saw bersabda :

سِتْرُ ما بَيْنَ أَعْيُنِ الْجِنِّ وَبَيْنَ عَوْرَاتِ بَنِي آدَمَ ، إِذَا خَلَعَ الرَّجُلُ ثَوْبَهُ أَنْ يَقُولَ 
بِسْمِ اللَّهِ

artinya : “Penutup antara penglihatan jin dan aurat manusia ketika seorang itu membuka pakaiannya ialah dengan berkata : Bismillah.” (Hadith At-Tabarani, Ibnu ‘Adi dan Al-Hafiz Ibnu Hajar)

Bacaan Bismillah sebelum masuk ke tandas ini hukumnya adalah sunat.

Tersebut pada kitab Mausu’atul Fiqhiyah :

اتفق الفقهاء على مشروعية التسمية على سبيل الندب , وذلك قبل دخول الخلاء لقضاء الحاجة” انتهى

Artinya : Telah sepakat para ulamak atas disyariatkan membaca Bismillah atas perintah sunat. Yang demikian itu ialah sebelum masuk ke dalam tandas untuk membuang air.”

Maksud membaca Bismillah ketika hendak masuk ke dalam tandas ialah :

بسم الله) ، يعني أتحصن وأتحفظ باسم ربي ليحصنني ويحفظني من كل سوء ومن كل شر)

Artinya : ‘Dengan nama Allah yakni aku berlindung dan aku memohon pemeliharaan dengan nama Tuhanku agar Dia menjaga aku dan memelihara aku dari segala yang buruk dan segala yang jahat.”

Jin Dapat Melihat Manusia

Firman Allah :

‘إِنَّهُ يَرَاكُمْ هُوَ وَقَبِيلُهُ مِنْ حَيْثُ لا تَرَوْنَهُمْ

Artinya : “Sungguhnya jin dan puaknya itu dapat melihat kamu manakala kamu tidak dapat melihat mereka.” (Al-A’raf : 27)

Jadi dengan membaca Bismillah maka jin tidak dapat melihat aurat manusia ketika terbuka ia waktu buang air di dalam tandas.

Kesimpulan

Kata ulamak :

1: أنَّ الأمكنة النجسة والقذرة هي أماكنُ الشياطين التي تأوي إليها وتُقِيمُ فيها.
2: الالتجاءُ إلى الله -تعالى- والاعتصامُ به من الشياطين وشرورِهِمْ، فهو المُنْجِي منهم، والعاصمُ من شرِّهم.
3: فضيلة هذا الدعاء والذكر, ومشروعية قوله عند دخول الخلاء.
4: إثباتُ وجود الجنِّ والشياطين، فإِنْكارُهُمْ ضلالٌ وكفرٌ؛ لأنَّه ردٌّ لصريح النصوص الصحيحة، وهو نقصٌ في العقل، وضيقٌ في التفكير؛ فإنَّ الإنسان لا يُنْكرُ ما لم يصلْ إليه علمه.
5: الأمكنة الطيبة كالمساجد يُشْرَعُ عندها أذكارٌ وأدعية، تناسب ما يرجى فيها من رحمة الله وفضله، والأمكنةُ الخبيثة كالحشوش يناسب دخولها أذكارٌ بالبعد عمَّا فيها من خبائثِ الجنِّ وَمَرَدَةِ الشياطين.
6: الشياطين نوعان ذكور وإناث.

1. Tempat najis dan kotoran adalah tempat tinggal jin dan syaitan.

2. Berlindung dan berserah dengan Allah dari syaitan dan kejahatannya bermakna menjaga dan memelihara diri dari syaitan dan kejahatannya.

3. Doa dan zikir ini disyariatkan ketika memasuki tandas.

4. Sabitnya tentang kewujudan makhluk jin dan syaitan dan menginkari wujudnya mereka adalah kesesatan dan kufur kerana menolak nas yang sahih dan tanda kurangnya aqal dan sempitnya fikiran kerana seorang manusia tidak akan menolak ilmu pengetahuan yang sampai kepadanya.

5. Tempat yang baik seperti masjid-masjid disyariatkan zikir-zikir dan doa. Munasabah dengan rahmat Allah dan kurnia-Nya yang kita harapkan di dalamnya.

6. Syaitan itu ada yang jantan dan ada yang betina.

c&p fb ustaz azhar idrus

Add Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.