KERANA UMUR MANUSIA SINGKAT

👉Allah kurniakan lailatulqadar untuk menambah pahala amal.

👉Allah seru jagalah silaturahim untuk memanjangkan umur.

👉Allah kurniakan puasa enam syawal dengan ganjaran berpuasa setahun.

👉Allah kurniakan surah al-ikhlas dengan bandingan seolah-olah membaca sepertiga al-quran.

👉Allah kurniakan solat di Masjidilharam dengan 100,000 kali pahala dan 1,000 kali pahala bagi mereka yang solat di Masjid Nabawi.

👉Allah kurniakan solat berjemaah dengan 27 kali ganda pahala.

👉Allah kurniakan solat fajar dengan ganjaranya yang lebih baik daripada dunia dan isinya.

👉Allah kurniakan solat sunat di rumah ( yang tidak diihat orang lain ) sebanding dengan 25 kali ganda solat sunat di hadapan orang lain.

👉Allah kurniakan satu huruf Al-Quran dengan 10 pahala.

👉Allah kurniakan sesiapa yang beramal soleh, bersedekah, meninggalkan ilmu bermanfaat dan anak soleh, pahalanya terus mengalir ke dalam kubur.

Add Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.