Saya adalah seorang yang suka bergurau senda dan sering ketawa berdekah-dekah. Namun kadang-kadang terasa malu dengan tuhan di kala saya sedang bergelak tawa saya juga masih menanggung banyak dosa. Kenapa tidak saya gunakan masa hidup dan masa terluang yang digunakan untuk bergelak tawa itu sebagai waktu untuk bertaubat?
Sebabnya kesedaran itu hilang apabila diri ini terlalu leka bergurau senda dan bergelak tawa seolah-olah tiada sebarang kekesalan dalam diri terhadap dosa-dosa yang dilakukan. Lantaran itu terlintas dihati ini untuk mengetahui cara bergelak tawa menurut ajaran Islam. Marilah sama-sama mendalami ilmu ini. Semoga Allah menempatkan kita dikalangan orang-orang yang beriman..InsyaAllah…
Dari : Riwayat Abu Daud
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Celakalah orang yang berbicara lalu mengarang cerita dusta agar orang lain tertawa. Celakalah!”
i) Kelakar adalah perbuatan, kata-kata dan sebagainya yang dapat menggembirakan atau yang dapat menggelikan hati orang lain. Sinonimnya adalah jenaka, lawak dan gurau senda.
ii) Membuatkan orang lain senang hati adalah termasuk dalam amal kebajikan dan Rasulullah s.a.w juga selalu berjenaka dengan ahli keluarga dan para sahabat baginda.
iii) Namun begitu bergurau mempunyai adab-adab tertentu yang telah digariskan oleh Islam seperti:
a) Tidak menjadikan aspek agama sebagai bahan jenaka seperti mempersendakan sunnah Rasulullah s.a..w .
b) Gurauan tersebut bukan merupakan cacian atau cemuhan seperti memperlekehkan orang lain dengan menyebut kekurangannya.
c) Gurauan itu bukan ghibah (mengumpat) seperti memburukkan seseorang individu dengan niat hendak merendah-rendahkannya.
d) Tidak menjadikan jenaka dan gurauan itu sebagai kebiasaan.
e) Isi jenaka adalah benar dan tidak dibuat- buat.
f) Bersesuaian dengan masa, tempat dan orangnya kerana adalah tidak manis bergurau di waktu seseorang berada dalam kesedihan dan sebagainya.
g) Menjauhi jenaka yang membuatkan orang lain ketawa secara berlebihan (ketawa terbahak-bahak) kerana banyak ketawa akan memadamkan cahaya hati.
iv) Sesungguhnya Rasulullah s.a.w apabila ketawa baginda hanya menampakkan barisan gigi hadapannya sahaja, bukan ketawa yang berdekah-dekah, mengilai-ngilai atau terkekeh-kekeh dengan maksud bahawa selaku seorang muslim kita hendaklah sentiasa menjaga batas kesopanan dalam ertikata yang sepatutnya.
Gelak ketawa dilarang Islam. Menurut pandangan Islam, bergelak tertawa adalah tidak baik dan makruh hukumnya. Ibn Mas’ud meriwayatkan dari Auf bin Abdullah bahawa biasanya Rasulullah S.A.W. tidak tertawa melainkan senyum simpul dan tidak suka melerek, iaitu tidak menoleh, kecuali dengan semua wajahnya. Hadis itu menunjukkan bahawa senyum itu sunat dan tertawa berbahak- bahak adalah makruh… . Maka itu seseorang yang sihat akal dilarang bergelak tertawa kerana mereka banyak bergelak ketawa di dunia akan banyak menangis di akhirat. Orang yang banyak menangis di dunia mereka akan banyak tertawa di syurga. Menurut Yahya bin Muaadz Ar-razi, ada empat perkara yang menghilangkan tertawa seseorang Mukmin :-
(1) Kerana memikirkan akhirat
(2) Kesibukan mencari keperluan hidup
(3) Risau memikirkan dosa
(4) Apabila tibanya musibah dan bala.
Jika seseorang sibuk memikirkan perkara itu, maka dia tidak banyak tertawa kerana banyak tertawa bukan sifat seorang Mukmin. Seperti yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas r.a. “Sesiapa yang tertawa ketika membuat dosa, maka dia akan menangis ketika akan masuk neraka.”
Oleh itu marilah sama-sama kita muhasabah diri dan kembali bertaubat kepada tuhan. Banyakkan menangis (kerana Allah) dari ketawa (yang sia-sia) itu adalah amalan yang lebih baik.
Sumber ilmu: http://tok-ayoh.blogspot.com/2004/07/ketawa-dalam-islam.html & http://rezka.multiply.com/journal/item/32
ish…macam kena kat diri aku sendiri pun ada jugak rasanya …huhuuh 😀
.-= etomyam menulis diblognya tentang.. Me And My Boss…What To Do Maa! =-.
hehe….same lah kite
salam.kalu cam tu kita nak ktwa ken a nmp barisan gigi depan je lah yek..huhuh
info yg manfaat..
tak suka org perli..bikin panas jer..huhu..
.-= Suri menulis diblognya tentang.. Woi, Bro Ada Masalah Ke?? =-.
hehehe…ada2 saje suri ni..camne pulak kalau pak cik mak cik yg dah tak dok gigi? leh la ketawa lagi kuat…hahaha…
Masalah gak ni, kalo dah ketawa tak ingat dah…. huhuhu
.-= Anjung Web menulis diblognya tentang.. Apa itu MyLook.com? Boleh Buat Duit !!! =-.
betul tu..kalau dah ketawa mmg tak ingat dunia..masalahnya kita ni biasanya bukan ketawa jer, kalau marah pun tak ingat orang dah..hehe..
Salam /Mari teman berteman bersama saya..
Jenaka atau gurau senda adalah satu perbuatan yang sinonim dgn gelagat seorang itu untuk mengembirakan orang sekelilingnya. Tetapi perlu dingat juga jangan sapai tabiat nie akan merosakan hubungan sesama insan kerana disebabkan ketawa orang dihadapan orang ramai menyebabkan maruah seseorang akan tergugat..
Tq..
.-= zairi faiezil menulis diblognya tentang.. Anugerah ABPBH 2009 =-.
Saya juga adalah orang yg sangat suka bergurau..cuma bimbang kalau2 terlebih-lebih..huhu..ketawa berdekah-dekah dgn ceria adalah perkara yg berbeza..hehe..
teringat masa kecik2 kena pelempang dengan guru agama pasal ketawa non stop…
.-= mancai menulis diblognya tentang.. sejarah Adobe Photoshop =-.
wakakaka…kelakar betul la bro..zaman sekolah memang kelakar..tp Islam tak ajar ummatnya memukul wajah orang lain..rotan lebih baik..
tu la…kdg2 heran gak tgk org ketawa berdekah2 spi x igt dunia..rs cam dunia ni diorg yg punya..especially org pompuan..he2..tp bkn sume pompuan ok..kene la respek org disekeliling sama..
tp stgh org tu ketawa berdekah2 sekadar nak tarik perhatian org lain je..renung2kan.. 🙂
.-= Kak Lina menulis diblognya tentang.. =-.
cmne nak buat lawak kalau bnyk sgt adab dia
.-= TerrickCEF menulis diblognya tentang.. Portography =-.
salam..
ibu kata ktwa kena tertib..lagi2 klu org tu anak dara..heheh..istri org pun sama gak le..
ktwa blh tapi jgnla agak keterlalun sgat,sb buruk sungguh rupanya tika ktwa tak bertempat..
tutup mulut..jgn baki ktwa melopong besar nnti di masuk lalat..ehehhe 🙂
.-= Suri menulis diblognya tentang.. Tips Mengatasi Masalah Dengkuran =-.
Nice posting.
Salam kenal dari Jakarta.
.-= ALRIS menulis diblognya tentang.. Dia Tidak Sempurna =-.
jika ktwa tak ingat dunia
..huhu..kekadang macam orang tak betul pun ada gak..huhu
.-= Suri menulis diblognya tentang.. Tips Mengatasi Masalah Dengkuran =-.
ketawa biarla berpada… sebab mematikan hati…tetapi selalu jugak ketawa.. tapi bila teringat 4 perkara diatas.. confirm berhenti on the spot..
.-= zik menulis diblognya tentang.. Negeri 9 menjulang piala FA Malaysia! =-.
hehehe…zik tentu seorang yg hebat boleh stop on the spot!
suri suka lhat ank ktwa dan seyum..
.-= Suri menulis diblognya tentang.. Tazkirah Buat Bakal Pengantin =-.
salam bro..
aku perangai cam kau gak. suka ketawa, kadabg2 susuh nak stop
.-= faizal menulis diblognya tentang.. Bioteknologi untuk Kehidupan =-.
haha..biasa la manusia..
t tasih kerana sudi mengingatkan.
fitrahnya manusia mmg perlu sentiasa diingat2kan…
.-= piewahid menulis diblognya tentang.. gay, lesbian dakwa dianiaya =-.
sama-sama..peringatan untuk diri sendiri juga sebenarnya! terima kasih juga kerana meninggalkan komen!
salam, sy nk minta izin utk amik link post artitel ni boleh x?
sy nk minta rakan sy membaca nya?jika diizinkan~
Oh..silakan eena, tak apa! Semoga ia jadi pengajaran kepada semua..InsyaAllah..
As’salam.. saya berminat nak berkongsi artikel ketawa ni.. boleh saya kongsi di laman blog saya.. akan saya kredit ke sini.. sharing is caring.. Terima kasih..
W’salam…
Boleh, silakan Salina. Terima kasih kerana sudi berikan kredit kepada saya.
banyak ketawa boleh menggelapkan hati..
ktawa merupakan sodakoh
Tpi ketawa itu mengganggu org hukumnya gmana.?
Apa pula hukumnya bila penceramah agama sendiri yang kerap kali buat orang ketawa berdekah sebab macam dah jadi trend pulak kebelakangan ini.
Bergantung kepada tujuan. Jika baik, baiklah ia, jika buruk, buruklah ia.