Home / buat duit / Langkah Membina Hubungan Baik Dengan Pelanggan

Langkah Membina Hubungan Baik Dengan Pelanggan

Pengguna internet adalah orang yang hauskan bahan-bahan yang mempunyai ‘nilai’ kepada mereka. Tidak kira samada bahan tersebut berbentuk video, ebook, audio, gambar, perisian, penulisan dan seumpamanya. Mereka mencari jawapan kepada masalah yang sedang melanda diri mereka. Kadang-kadang mereka tiada sebarang masalah, tetapi mereka suka mendapatkan ilmu-ilmu dan maklumat-maklumat baru yang mungkin bermanfaat bagi mereka.

Berniaga di internet memerlukan kemahiran yang baik dalam menjalinkan hubungan dengan pelanggan. Kadang-kdang pelanggan membeli bukan kerana mereka perlukan sangat produk yang kita hasilkan tetapi kerana kepercayaan mereka kepada kita. Mereka percaya kita adalah usahawan yang tulen, mereka percaya kita wujud, mereka percaya kita tidak akan menipu dan mereka percaya tiada apa yang perlu dibimbangkan jika berurus niaga dengan kita.

online-business

Mungkinkah kita akan berjaya sekiranya hanya menghasilkan laman web jualan yang menceritakan soal produk semata-mata? Jawapannya tidak! Kita perlu membina hubungan terlebih dahulu dengan bakal pelanggan kita. Namun bagaimanakah caranya untuk membina hubungan baik dengan pelanggan? Caranya adalah dengan memberikan informasi atau sebarang bentuk produk percuma kepada mereka.

Sebagaimana penerangan di atas, pengguna internet sukakan bahan-bahan yang mempunyai nilai kepada diri mereka. Buatlah apa sahaja samada artikel, ebook, video dan apa-apa lagi yang berkaitan dan berikan kepada bakal pelanggan anda secara percuma. Setelah itu pastikan anda sentiasa bertanya khabar mereka, berikan informasi berkaitan, ceritakan sedikit perkara-perkara harian anda dan jadikan mereka sebagai seorang sahabat.

Banyak manfaatnya jika anda berkawan dengan para pelanggan. Seandainya mereka tidak membeli sebarang produk daripada anda, mereka akan mencadangkan produk-produk anda kepada rakan-rakan mereka. Di sinilah terbentuknya kitaran perniagaan internet yang sihat. Anda tidak perlu meletakkan iklan merata tempat sebagaimana yang dilakukan oleh ramai usahawan yang baru berjinak-jinak dalam perniagaan internet. Lebih-lebih lagi secara spam. Cara ini tidak akan membawa anda ke mana-mana.

Di sini saya sertakan satu email yang dihantar kepada saya oleh seorang subscriber. Email ini adalah contoh respon bakal pelanggan saya apabila saya sentiasa berhubungan dengan mereka.

Wassalam…..
Dianza MInta maaf lambat bg respon.

Dianza Dioakan agar ibu Wan cepat sembuh dan disayangi Allah Selalu… Saya
berpendapat awak seorang yg sangat berbakat dalam Seni. Doa saya semoga sentiasa
murah rezeki kerana tidak pernah melupakan saya bile ada peluang percuma.

InsyaAllah saya akan tempaH sesuatu drpd Wan tentang famili saya apabila keja yg
harus saya selesaIKAN SIAP NANTI.
terima kasih banyak.

-DIANZA-

Semoga panduan ini dapat memberikan inspirasi kepada anda!

About wanwma

Check Also

TERHAD: STIKER KERETA KEMPEN AURAT SAYA MARUAH SAYA!

Dapatkan Stiker Kereta Kempen Aurat Saya Maruah Saya Edisi Terhad Di Sini! Stiker Kereta Kempen …

No comments

  1. baguih sangat idea dan tips ni, maknanya bukan susah nak jaga hati pelanggan, namun ramai yg pilih nak buat sombong ngan pelanggan huhuhu
    .-= etomyam menulis diblognya tentang.. Untung RM33 Juta Denda Cuma RM5k =-.

  2. ermm mcmtu ek..
    rasa mcm nak berniaga diinternet tapi tak ada skil..
    buang masa jugak la dok blogging semata – mata.. mcm takdak manfaat lain je..

    tq..
    .-= Luth Textile menulis diblognya tentang.. Sertai Kontes : Releven ke tidak hadiah berbanding syaratnya? =-.

    • takpe..cuba cari apa2 produk yg menarik utk dijual..lama-lama nanti jumpa la..setakat menjadi blogger pun tak salah..

      Blgger byk memberikan informasi2 yg bermanfaat, selagi ia disukai para pembaca, kita sudah dikira mempunyai pelanggan sendiri..mungkinada di antara pelanggan itu mahu mengiklankn prduk merka dlm blog kita? Siapa tahu kan..huhu..

  3. orang berbudi kita berbahasa. tak salah pun kalau kita beramah mesra dengan pelanggan2 kita walaupun di internet.
    .-= Amir menulis diblognya tentang.. (GAMBAR) Adelaide Festival 2010: Northern Lights =-.

  4. Betul, hati pelanggan kena jaga..
    bukan utk perniagaan internet je, tapi utk semua jenis site..
    .-= kulanz menulis diblognya tentang.. Malubang dan Lagenda Kapal Nahkoda Supirak =-.

  5. salam..wah itu sudah cukup bagus..

    rasa macam dah bertemu dgn pakar motivasilah pulak..hehehe..

    jgn marah , gurau jer
    .-= Suri menulis diblognya tentang.. Petua Menghilangkan Bintik Hitam =-.

  6. kalu xda pembeli, xkan ada penjual, begitulah sebaliknya..pembeli dan penjual saling memerlukan..xkira smd bisnes internet (online) ataupun offline.

    Terutama dlm bisnes online, “kebolehpercayaan” (trustworthy) adalah penting sb masing2 berurusan hanya di alam maya, tanpa bersua muka, mgkin juga tanpa perbualan..Kemesraan yg ujud antara kedua2 pihak memungkinkan adanya “repeated sales”..bukankah itu satu bonus utk bisnes anda.. (^_^)
    .-= Kak Lina menulis diblognya tentang.. =-.

  7. Maintainkan, customer yang sedia ada.. untuk kekalkan customer loyalty.. erm tapi bila customer dah ramai, ramai pula ragamnya setiap seorang…
    .-= zik menulis diblognya tentang.. Sambut Program Earth hour di kampung baru. =-.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *