Beberapa masalah Fiqhiyyah sembelihan
1-Sunat bagi lelaki menyembelih sendiri haiwan korbannya. Bagi wanita hendaklah mewakilkan kepada orang lain. Yang lebih dituntut ialah, melihat sembellihan tersebut seperti yang baginda Nabi menyuruh Sayyidah Fatimah melihat sembelihan kerana dari awal pancutan darah, dosa kita diampunkan oleh Allah.
2-Waktu ibadah korban adalah selepas terbit matahari dan dilakukan selepas solat raya.. Jika sembelihan sebelum raya, maka ia tidak dikira ibadah korban.
Dan berakhirnya waktu tersebut sehinggalah hari terakhir tasyriq .Seseorang bernazar melakukan ibadah korban lalu berakhir waktunya, maka ia tetap dikira wajib dan ia adalah qadha baginya.
3-Hukum ibadah korban adalah sunat muakad. Tetapi ia menjadi wajib sekiranya seseorang itu bernazar atau diwasiatkan oleh pewaris. Hukum pembahagian daging adalah sama seperti nazar.
Walaupun ia sunat muakad, namun ia dituntut seumpama wajib untuk bersedekah dengan sebahagian daging itu. Yang lebihnya, ia berhak terhadap dagingnya seperti yang sering diamalkan, 1/3 untuk sedekah, 1/3 hadiah dan bakinya untuk dirinya.
Korban hanya dilakukan kepada binatang korban yang berkaki empat sahaja samada unta, lembu, kerbau dan kambing. Maka, perlu dilihat pada umur haiwan tersebut, bukan sebarangan haiwan yang boleh disembelih. Kerana itu, orang yang menjadi wakil Ibadan korban, perlu berhati-hati dalam perkara ini.
Binatang korban hendaklah dalam keadaan sihat, tidak boleh cacat atau terdapat penyakit yang mengurangkan dagingnya.
Haiwan yang gemuk adalah lebih afdol dari hawian yang kurus walaupun disembelih sebanyak dua ekor.
Dari segi sudut warna juga turut diambil oleh syarak. Warna haiwan yang terbaik ialah putih, kuning, kelabu, putih bercampur dan hitam dan yang terakhir ialah warna hitam. Haiwan yang jantan yang afdol dari haiwan yang betina.
Jadi, memilih yang afdol seperti daging yang banyak, warna putih dan jantan adalah lebih dituntut.
Wajib bagi daging sembelihan korban itu diberikan dalam keadaan mentah berbeza dengan aqiqah afdol ialah yang dimasak.
Masalah: Jika niat korban dan aqiqah, bagaimana?
Imam Romli mengatakan harus berkongsi antara dua niat tersebut, manakala Imam Ibn Hajar berpendapat adalah tidak harus kerana kedua-duanya adalah ibadah yang berasingan.
Masalah: Adakah tergugur tuntutan jika sebahagian ahli keluarga yang membuat ibadah korban?
Jika salah seorang dari ahli keluarga melakukan ibadah korban, maka tergugurlah tuntutan kepada ahli keluarga lain dan pahala hanya bagi seseorang yang melakukan ibadah tersebut.
Pendapat Imam Al Bajuri di dalam Hasyiahnya, juga mengatakan pahala juga diperolehi oleh semua ahli keluarga dan tergugurlah tuntutan kepada mereka.
Masalah: jika dua atau tiga orang berkongsi satu bahagian, adakah dibolehkan dan mendapat pahala?
pendapat yang muktamad satu bahagian tidak boleh dikongsi lebih daripada seorang. Maka caranya hendaklah mereka yang berkongsi memberikan duit kepada seorang dengan niat pemilikan kepada orang tersebut (tamalluk), maka ini memadai.
Dan bagi pendapat Imam Al Bajuri pahala orang yang berkongsi ini juga turut diperolehi.
Wallahualam
Fawaid: Habib Alwi Salim Abu Futaim
Mudir Ribat Ahlil Quran