MEMELIHARA WAKTU

MEMELIHARA WAKTU
••••••••••••••••••••••••••••••••••
Allah bersumpah dgn masa.
Sesungguhnya manusia sentiasa dalam kerugian.
Kecuali mereka yg beriman dan beramal soleh,berpesan dgn kebenaran dan berpesan dgn kesabaran.
PERINGATAN SUSAH DIINGAT KERANA ITU KITA KENA SENTIASA MENASIHATI.
Rugi sekirannya mereka tak mentaati masa.
Org beriman memang sinonim dgn waktu kerana org beriman sentiasa menjaga waktu cth waktu solat,waktu bayar zakat.

APAKAH ADA DEFINISI YG TEPAT MENGENAI WAKTU DAN APAKAH MANUSIA BOLEH KENDALIKAN WAKTU?
Waktu itu adalah kehidupan.
Dari mula dilahirkan dan di kembalikan.
Mampu atau tidak kendalikan waktu adalah dgn mengikut acuan Allah.
Setiap anak dilahirkan bersih,ibubapalah yg mencorakkan menjadi yuhudi, nasrani atau majusi.
KITA YG MENCORAKKAN KEHIDUPAN KITA NAK IKUT ALLAH ATAU NAK IKUT NAFSU.
Kita akan balik ke negeri asal(akhirat)
Nak tak nak kita mesti melalui jalan ke akhirat.
Jalan² menuju syurga itulah laluan kita dan kita akan selamat.

BAGAIMANA NAK JAGA WAKTU?
Rebut 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara.
Waktu muda semua benda kita buat.
Ada tenaga.
Kita yg salah keadah nak jadikan waktu muda itu waktu ibadat.
Ada org yg bersukan tapi bersukan itu jadi ibadat kerana bersukan sambil menutup aurat.
Ada org yg solat,nampak buat amalan akhirat tapi utk dilihat oleh manusia akan jadi amal dunia.
Masa muda itu rebutlah utk ke masjid.
Masa sihat sebelum sakit,berebutlah nak buat tahajjud.
Kita kena jadualkan hidup kita dan kita kena ikut jadual yg telah kita tetapkan.
Waktu lapang jangan tunggu waktu sibuk.
Hidup ada halangan dan kita yg mengolah halangan itu.
Ada org yg sakit dan dia rasa seronok kerana rasa sakit itu akan mengingati dia pada Allah.
Nak dapat kebaikan pasti akan ada ujian.
Ujian adalah utk menguji tahap keimanan seseorang.
Ruang yg ada ini kembalilah semula pada Allah kerana kita tak tahu bila kita akan kembali pada Allah.

KENAPA MANUSIA LEKA TAK NAK JAGA 5 PERKARA SEBELUM SAMPAI 5 PERKARA?
Kita semua tahu solat itu wajib.
Manusia kena sentiasa dinasihati.
Manusia perlu sering diberi peringatan.
MANUSIA SENTIASA DALAM KERUGIAN KECUALI ORG YG BERIMAN DAN BERAMAL SOLEH,BERPESAN~PESAN DGN KEBENARAN DAN BERPESAN~PESAN DGN KESABARAN,EMPAT GOLONGAN INI SELAMAT DARI KERUGIAN.
Agama itu adalah nasihat dan perlu sentiasa diberi peringatan.
MANUSIA SENTIASA LUPA DAN PERLU SENTIASA DIBERI PERINGATAN.
Tak boleh kita sahaja yg baik dan kita mesti beri peringatan supaya org sekeliling kita juga jadi baik.
TANYALAH USTAZ INI JUGA ADALAH NASIHAT.

BAGAIMANA DGN ORG YG MELENGAH~LENGAHKAN SOLAT(lewat solat zohor kerana nak terus solat asar)?
BOLEH MELENGAHKAN SOLAT KETIKA:
Ketika kekurangan air.
Ketika dia tahu dia nak mati.
Yg takut bila kita melengahkan solat hingga kita mati.
Dan bila dia mati dia telah menanggung hutang solat.
Perempuan yg kedatangan haid,jika haid telah kering di pejabat pada waktu zohor,dia kena mandi di pejabat dan solat zohor di pejabat bukan mandi di rumah.
Jgn melengah~lengahkan solat hingga hampir masuk waktu solat lain.
SOLAT TELAH DITETAPKAN.

ADAKAH ORG YG KELAM KABUT TERGOLONG DGN ORG YG TAK PANDAI URUS WAKTU?
Gopoh gapah dan keluh kesah itu adalah perangai syaitan.
Urus waktu tidur kita dan bangun awal.
Bila kelam kabut akan ada benda yg tak sempurna.
Jika kita jaga waktu dgn tersusun ini adalah panduan dari Allah.
Selepas kita berusaha jaga waktu kita bertawakkallah pada Allah.

BILA KITA BERJANJI SEPATUTNYA KITA MESTI TEPATI JANJI DAN MASALAHNYA KITA MUDAH MUNGKIRI JANJI,APAKAH JANJI BOLEH DIPERMAIN~MAINKAN?
Tanda munafik ada 3:
1)Bila bercakap dia berdusta.
2)Bila berjanji dia tak tepati janji.
3)Bila diberi amanah dia mungkir.
Org munafik akan dimasukkan dalam neraka yg paling bawah.
Ada org cakap dia sedang OTW,sedang kan dia masih di rumah.
Adalah lebih baik kita bercakap benar.
Jangan ajar anak bercakap bohong.
*Ini bermakna kita telah ajar jadi org munafik.


DALAM ISLAM ADA KONSEP IN SHAA ALLAH(jika Allah izinkan)bila ada org ajak kita ke sesuatu tempat.
Bila kita cakap In Shaa Allah tapi memang kita tak pergi pun tempat tu ini bermakna kita telah berbohong pada diri sendiri.
SETIAP JANJI WAJIB BUAT.
Kita kena jaga amanah Allah cth kita guna tangan,mata kita ini utk apa.
Pada hari kiamat nanti mulut akan dikunci dan semua anggota kita akan bercakap.
KETIKA BERJANJI UCAPLAH IN SHAA ALLAH DAN BERUSAHA UTK TEPATI JANJI.

APAKAH BERDOSA SESEORANG YG SELALU TAK TEPATI MASA HINGGA ORG MENUNGGU TERLALU LAMA?
Berdosa kerana buat org tunggu terlalu lama.
Jika kita buang kesusahan org,kita akan ke syurga.
Ada org yg buang duri di jalanan org yg nak ke tempat ibadat,org ini masuk syurga.
MEMUDAHKAN URUSAN ORG LAIN AKAN MASUK SYURGA.
Jgn buat org tertunggu~tunggu.
PENANTIAN ITU SATU PENYIKSAAN.

BAGAIMANA NAK JAGA WAKTU KETIKA WALIMATUL URUS?
Ketika waktu zohor DJ boleh hentikan muzik dan laungkan azan.
Tuan rumah bersegeralah pergi sembahyang dulu.
Dewan² perlu ada tempat solat.
BOLEH BERGILIR~GILIR SOLAT DGN SUAMI.
Boleh jamak sekiranya tempat majlis walimahtul urus itu dua marhala.
Ketibaan pengantin, jangan sama dgn waktu azan.
TETAMU YG DATANG KE WALIMATUL URUS PADA WAKTU ZOHOR,KENA FAHAM JIKA TUAN RUMAH TAK ADA KERANA KETIKA ITU TUAN RUMAH SEDANG SOLAT.

APAKAH CABARAN MEMELIHARA WAKTU KERANA ANAK MUDA SIBUK MELAYARI LAMAN SOSIAL HINGGA TINGGAL WAKTU SOLAT?
Ini fenomena masa sekarang.
Gajet satu keperluan.
Kita mesti utamakan solat dari gajet.
Gajet boleh bawa kemusunahan.
Kita perlu ada ilmu utk nak bezakan mana yg buruk.
Nak dunia kena ada ilmu,nak akhirat kena ada ilmu dan nak dunia akhirat kena ada ilmu.
Amal tanpa ilmu akan jadi lintang pukang.
Kita kena nasihat pada anak² kita.
Ketika makan bersama keluarga,letakkan gajet di tempat lain.

ADAKAH ADA SOLAT MENGHORMATI WAKTU?
Dalam istilah agama tak ada solat menghormati waktu.
Jika kita ke satu tempat kita tak boleh nak bertayamum dan dan tak ada air nak berwuduk serta tak boleh nak tutup aurat ketika itu kita solat juga,inilah solat hormat waktu dan perlu solat semula.
CONTOH JIKA KITA TERJATUH DALAM KUMBAHAN NAJIS PADA WAKTU ZOHOR HINGGA DAH NAK MASUK WAKTU ASAR,TAK ADA SESIAPA TOLONG KITA,KITA KENA SOLAT JUGA DALAM KUMBAHAN NAJIS ITU DAN KENA GANTI SEMULA.
HARAM MENINGGALKAN SOLAT DGN SENGAJA.
DIA BERDOSA,KENA QADA DAN KENA BERTAUBAT.

WAKTU IBARAT PEDANG,KITA KENA BAGI WAKTU JIKA KITA TAK IKUT WAKTU,WAKTU YG AKAN POTONG KITA DAN KITA AKAN DAPAT WAKTU YG SIA² SAHAJA.

DI AKHIRAT KITA AKAN DITANYA WAKTU KITA,KITA GUNAKAN DIMANA.

#InShaaAllah_Aamiin
#BiarTahuJanganKeliru

Dipetik Daripada TANYALAH USTAZ TV9 (23.12.2018)

Oleh Da’i Niezal&Kepten Maritim Ustaz Nik Kamaruddin Yunoh

Add Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.