Breaking News
Home / hadis / Memperbanyakkan Zikir Tahlil

Memperbanyakkan Zikir Tahlil

Memperbanyakkan Zikir Tahlil
=======
1. Dalam hadis, Rasulullah mengingatkan kepada kita bahawa iman seseorang itu boleh menjadi lusuh dan usang. Lunturnya iman seseorang itu adalah disebabkan kerana dosa dan maksiat yang mereka lakukan. Sabda Rasulullah:

إِنَّ الإِيْمَانَ لَيَخْلُقُ فِي جَوْفِ أَحَدِكُمْ كَمَا يَخْلُقُ الثَّوْبُ، فَاسْأَلُوْا اللهَ أَنْ يُجَدِّدَ الإِيْمَانَ فِي قُلُوْبِكُمْ

“Sesungguhnya iman boleh menjadi menjadi lusuh di dalam jiwa sebahagian dari kamu sebagaimana lusuhnya pakaian. Maka mohonlah kepada Allah agar diperbarui iman di dalam hati kamu.” (HR al-Hakim dan al-Tabrani)

2. Bagi mengatasi isu ini, Rasulullah dikatakan pernah memberikan panduan kepada para sahabat bagaimana untuk memperbaharui iman mereka. Mereka digalakkan untuk mengungkapkan zikir Lailaha Illallah (iaitu lafaz tahlil). Sabda Rasulullah:

جَدِّدُوا إيْمَانَكُمْ قِيلَ يَا رَسُوْلَ اللهِ وَكَيفَ نُجدِّدُ إيْمَانَنَا قَالَ أَكْثِرُوْا مِنْ قَوْلِ لَا إلهَ إلَّا اللهُ

“Hendaklah kamu memperbaharui iman kamu. Lalu sahabat bertanya kepada Rasulullah: Bagaimana kami boleh memperbaharui iman kami? Rasulullah lantas menjelaskan: “Dengan memperbanyakkan menyebut (zikir) Lailaha illah.” (HR Ahmad)

3. Kalimah tahlil (lailaha illah) ini pada hakikatnya mengandungi ikrar tauhid dan pengabdian kita kepada Allah. Lebih kerap diulangi ikrar ini, lebih banyak kita mengingatkan diri bahawa manusia dijadikan untuk mengesakan dan mengabdikan diri kepada Allah.

4. Malah jiwa yang sentiasa berzikir disifatkan sebagai jiwa yang hidup. Sabda Rasulullah:

مثل الذي يذكر ربه والذي لا يذكره، مثل الحي والميت

Perumpamaan antara orang yang berzikir mengingat Allah dan orang yang tidak berzikir adalah seumpama orang yang hidup dengan orang yang mati. (HR al-Bukhari)

5. Oleh yang demikian, perbaharui iman kita dengan ucapan zikir Lailaha Illah. Hayati maksud kalimah yang diungkapkan agar kita menjiwa ikrar dan taat setia ini. Mudah-mudahan ia mendekatkan diri kita kepada Allah.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi

About mai

Check Also

Jika Tidak Malu Berbuatlah Ikut Sukamu

Jika Tidak Malu Berbuatlah Ikut Sukamu حَدَّثَنَا أَبُو مَسْعُودٍ عُقْبَةُ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *