Home / Artikel Cahaya Islam / Menangis Mengingatimu…

Menangis Mengingatimu…

Begitu banyak kisah hidup baginda dipahat menjadi sejarah agung yang tak mungkin kita lupakan. Di kesempatan ini, mari kita renungkan kembali sebuah kisah baginda dengan seorang pengemis Yahudi..

httpv://youtu.be/xVohCq2yTyM

Klik play video di atas untuk membaca sambil mendengar muzik.

“Wahai saudaraku, jangan engkau dekati Muhammad. Dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir. Apabila kalian mendekatinya kalian akan dipengaruhinya.” kata seorang pengemis Yahudi yang buta di suatu sudut pasar Madinah al-Munawwarah.

Ungkapan tersebut dilontarkan oleh si pengemis yang cukup benci dengan Baginda s.a.w. Setiap saat, pengemis itu tidak henti-henti menghamburkan kata-kata kesat tersebut di hadapan semua yang mengunjungi pasar itu. Berbeza pula dengan tindakan Baginda s.a.w. Setiap pagi, Baginda s.a.w. mendatanginya dengan membawa makanan. Tanpa berkata walau sepatah pun, Rasulullah s.a.w. menyuapi makanan ke mulut pengemis itu. Rutin harian Rasulullah s.a.w ini dilakukan sehinggalah menjelang ajal Baginda s.a.w.

Kasih-Nabi

Setelah Rasulullah s.a.w. wafat, maka tiada lagi orang yang menyuapi makanan kepada pengemis tersebut sebagaimana kebiasaan. Bersendiri si pengemis tanpa ada yang menemaninya untuk merasa sesuap makanan.

Suatu hari, Abu Bakar r.a, mengunjungi rumah anaknya Aishah.

“Wahai anakku, masih adakah lagi sunnah kekasihku yang belum aku kerjakan?” tanya Abu Bakar.

“Wahai ayahku, engkau adalah seorang ahli sunnah. Hampir tidak ada satu sunnah pun yang belum ayah lakukan melainkan satu sunnah sahaja.” ujar Aisyah menjawab pertanyaan ayahnya.

“Apakah itu?” tanya Abu Bakar.

Aisyah menjawab pertanyaan ayahnya, “Setiap pagi Rasulullah s.a.w. selalu pergi ke hujung pasar dengan membawa makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang ada di sana.”

Keesokan harinya Abu Bakar r.a. ke pasar tersebut dengan membawa makanan untuk diberikan kepada pengemis itu. Abu Bakar r.a. mendatangi pengemis itu lantas memberi makanan itu kepadanya. Ketika Abu Bakar mula menyuap makanan kepada pengemis tersebut, si pengemis marah sambil berteriak,

“Siapakah kamu?”

“Aku orang yang biasa” ujar Abu Bakar membalas pertanyaan si pengemis.

“Bukan! engkau bukanlah orang biasa yang mendatangiku. Apabila dia datang kepadaku, tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tetapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut dengan mulutnya. Setelah itu ia berikan pada ku dengan mulutnya sendiri”

Pengemis itu melanjutkan perkataannya berkenaan orang yang biasa menyuapinya kepada Abu Bakar r.a.

Abu Bakar r.a. tidak dapat menahan air mata kerinduannya terhadap Rasulullah s.a.w. Abu Bakar r.a. menangis sambil berkata kepada pengemis itu,

“Aku memang bukan orang yang biasa datang menyuapimu makanan. Aku adalah salah seorang daripada sahabatnya. Orang mulia yang selalu berbuat baik kepadamu itu telah tiada. Dia adalah Muhammad, utusan Allah s.w.t.”

Abu Bakar r.a. menceritakan perkara yang sebenarnya kepada si pengemis.

Setelah mendengar cerita Abu Bakar r.a., pengemis tersebut sambil menangis berkata, “Benarkah demikian? Selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, dia tidak pernah memarahiku sedikitpun, dia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, dia begitu mulia.” Selepas meluahkan segala kekesalannya, pengemis Yahudi tersebut akhirnya melafazkan syahadah di hadapan Abu Bakar r.a.

“Sesungguhnya aku diutuskan hanyalah untuk menyempurnakan akhlak yang mulia”
(Hadith Sahih yang diriwayatkan oleh Malik, Ahmad, Hakim, At-Tabrani dan Bukhari)

Sesungguhnya budi pekerti yang baik dan sempurna itu hanyalah ada pada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Baginda s.a.w. walaupun cukup mengetahui pengemis buta itu selalu menghamburkan kata-kata yang menghina Baginda s.a.w., Baginda s.a.w tetap memperlakukan pengemis tersebut dengan akhlak yang baik dan terpuji.

Sebagai umat Nabi Muhammad s.a.w, kita seharusnya mengambil pengajaran di sebalik kisah kasih yang telah ditunjukkan oleh Baginda. Walaupun kita tidak mampu untuk mengikuti keseluruhan sunnah Baginda s.a.w, tidak alasan untuk kita tidak berusaha meneladani sedikit sebanyak sunnah Baginda s.a.w.

About wanwma

Check Also

Tiba-tiba, orang sihat pulak mati.

NIAT NAK BANGUN 4.00 PAGI Kita di Padang Mahsyar nanti kita akan menyesal, “Kenapa aku …

No comments

  1. Alhamdulillah..
    terima kasih atas penceritaan tsbut..bersedekahlah..smoga amalan..rzki kita akan murh hendaknya..

    selamat menyambut Maulidul Rasul untuk semua sahabat..tuan rumah juga.. 😉

  2. salam maulidur rasul…kisah di atas boleh mntiskan air mata..terlalu mulia..semoga kehidupan kita dipermudahkn dgn amalan baik yg berterusan.

  3. Yea, sebagaimana abg, sy jg menangis membacanya.

    Actually cerita ni mmg dah dgr cerita. BUT no matter, kalau sy baca 2 hari lg pn cerita ni mesti akan mengalir air mata.

    Pernah saya doa utk kembali ke zaman Rasulullah.. rindu sgt. Moga diri Rasulullah ada dlm diriku.

    Moga kita berusaha untuk mentaati segala perintah Allah dengan cara Nabi Muhammad SAW.

    Salam Maulud Nabi… 🙂
    .-= Joe menulis diblognya tentang.. Gadget Tambahan 2010! =-.

  4. salam Maulidul Rasul untuk semua..

    Jadikan amalan dgn perbanyakkan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w smg hidup kita di berkati..insyaAllah..

  5. Salam maulidur rasul gak untuk semua..

    dikesempatan ni sama2 la kita panjatkan kesyukuran kehadrat ilahi kerana dilahirkan dalam Islam dan mempunyai seorang Rasul yg sungguh mulia budi pekertinya..sama2 la kita mencintai beliau dan mengingati beliau selalu..sama2 la jugak kita berselawat ke atas beliau..

  6. Saya berasa sebak. Saya pernah membacanya sebelum ini. Sekali lagi saya membaca cerita yg sama tetap terasa sebak. Terimakasih mengingatkan kami.

  7. Selamat menyambut maulidur rasul n selamat beramal..
    .-= zik menulis diblognya tentang.. Sambutan Maulidur Rasul =-.

  8. insaf dan sedar kelemahan diri bila baca entry ni…terima kasih bro..
    .-= 1tomyam menulis diblognya tentang.. Bila Anak Bagi Nota Khas Untuk Bapa Sendiri =-.

  9. Subhanallah…
    mengalir air mataku, mengenangkan kembali kisah
    perjuangan baginda Rasulullah sallallahu’alaihiwassalam
    Baginda menunjukkan contoh akhlak yang mulia..
    Budi pekerti yang tinggi, yang tiada tolok bandingan…
    Moga kita dapat sama-sama mengambil iktibar…
    InsyaAllah…:-)

    • Betul..baginda adalah contoh akhlak terbaik! Sering menangis mengingati baginda..Moga kita diberikan akhlak mulia seperti junjungan kita itu! InsyaAllah..

  10. ya ALLAH, bantulah aku untuk mengasihi kekasihMU ini lebih dr y lain2…amiin…..sgt merinduimu ya Rasulullah……

  11. Assalam wma.

    Boleh saya tau tajuk lagu background untuk artikel ni. Lagunya sangat syahdu..mengalir air mata sambil membaca artikel..sgt menyentuh kalbu.

    Terima kasih.

  12. Ini ialah muzik dari lagu doaku Hadad alwi…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *