MIMPI

JENIS-JENIS MIMPI

Terdapat 3 jenis mimpi iaitu;

Pertama, mimpi yang baik, menyenangkan yang didatangkan oleh Allah swt sebagai petanda untuk perkara akan datang atau yang telah berlalu.

Kedua, mimpi yang dipengaruhi oleh fikiran seseorang sama ada berbentuk khayalan atau angan-angan sebelumnya sehingga terbawa-bawa di dalam tidur.

Ketiga, mimpi buruk atau gambaran yang dimasukkan oleh syaitan ke dalam tidurnya, bertujuan untuk menakutkan atau menyedihkan seseorang.

Seperti sabda Nabi saw;

“Mimpi itu ada tiga, iaitu mimpi yang baik atau khabar gembira dari Allah azza wa jalla, mimpi dari fikiran seseorang sebelum tidur dan mimpi yang berasal dari gangguan syaitan.”Hadis Riwayat Ahmad

WAKTU YANG PALING TEPAT MIMPINYA

Terdapat dua waktu yang paling tepat dan benar mimpinya iaitu, pertama waktu malam (sahur) ini kerana waktu tersebut datangnya rahmat dan keampunan dari Allah, dan diamnya syaitan.

Kedua, waktu siang ketika qailullah iaitu waktu yang disunatkan tidur sebelum masuknya waktu Zohor.

c&p

Add Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.