Home / Minda / (Motivasi) Bagaimana Mengubah Hidup Anda?

(Motivasi) Bagaimana Mengubah Hidup Anda?

Zahirnya…

Kelihatan seorang lelaki termenung di sebuah jendela, duduk di atas kerusi malas dan seperti kebanyakan lelaki lain, rokok sentiasa menjadi peneman. Sering saya melihat keadaan seumpama ini. Kadang-kadang situasi ini sering juga menimpa diri, cuma bezanya saya tidak merokok…

Tidak kira lelaki atau wanita, kadang2 kita terusik dengan perjalanan hidup kita. Rasa dibelenggu masalah, kesusahan, kesempitan dan pelbagai igauan yang menyebabkan kita terfikir sejenak untuk mengubah nasib diri, ingin melakarkan masa depan yang lebih sempurna. Kadang-kadang usikkan ini berjaya mengalirkan air mata. Namun begitu tiada sebarang keajaiban berlaku. Kita masih berada dalam keadaan yang sama walaupun telah bertahun-tahun meniti usia.

Bagaimana hendak berubah? Anda termenung panjang…………..termenung…termenung…sehingga kadang-kadang tertidur….setelah kembali sedar, anda kembali ke dunia asal di mana anda masih orang yang sama yang memikul pelbagai masalah, beban kewangan, kerja yang membosankan dan masih menaruh sedikit impian untuk berubah.

man_thinking

Pengenalan

Artikel ini dihasilkan khas buat mereka yang ingin berubah tetapi sering mengalami situasi yang sama di mana perubahan yang diharapkan sentiasa tidak membuahkan sebarang hasil. Mengubah hidup adalah suatu perkara subjektif yang menjadi cebisan impian setiap insan. Namun cebisan ini bukan suatu yang mendamaikan sebaliknya sentiasa mengganggu emosi diri.

Saya melihat ramai sahabat-sahabat yang ingin berubah. Perubahan yang dimaksudkan di sini ialah perubahan ke arah kebaikan. Adalah menjadi suatu kesedihan yang mendalam buat saya apabila melihat renungan rakan yang menghitung nasib diri. Namun apalah daya saya selain menaburkan kata-kata semangat dan suntikan motivasi untuk mereka.

Perasaan yang membelenggu diri ini membuatkan saya terpanggil untuk menulis dan mengulas pandangan buat sesiapa yang ingin berubah. Mungkin saya bukanlah orang yang tepat dalam membicarakan soal ini, tetapi adalah satu kerugian yang besar jika saya tidak berkongsi pengalaman bagaimana saya sendiri berubah dari masa ke semasa sehingga Alhamdulillah, saya menjadi orang yang lebih baik dari sejarah lama.

Walaupun tidak memiliki kejayaan yang besar, tetapi saya sentiasa gembira meskipun berada dalam keadaan getir. Kerana saya sedar, perubahan yang saya alami memungkinkan saya untuk lebih berjaya dan saya gembira,  merenung dengan gembira, bukan merenung sayu melihat masa depan. Biarlah kita belum begitu berjaya tetapi sekurang-kurangnya kita menuju ke arah itu.

Bermula dari pengenalan ini, saya akan mengulas pelbagai isu berkaitan soalan di atas. Saya akan mengupas pelbagai perkara yang memungkinkan kita untuk menjadi lebih baik dan lebih berjaya dari masa silam. Semoga panduan ini berjaya membantu diri saya sendiri dan seterusnya sesiapa yang sanggup merendahkan hati, membuka minda dan memberi laluan kepada diri sendiri untuk belajar.

Sekian..

Sambungan…

  1. Kenapa Perlu Berubah
  2. Mendalami Rasa
  3. Apa yang saya impikan
  4. Jangan Jadi Diri Sendiri

About wanwma

Check Also

“Betapa sering Allah menghukum kamu tapi engkau tidak terasa.”

Seorang pelajar mengadu kepada ustaznya, “Ustaz, betapa banyak kita berdosa kepada Allah dan tidak menunaikan …

13 comments

  1. Berubah.. berhijrah daripada jahat menjadi baik, daripada kikir kepada penderma, daripada pemarah kepada penyabar.. semuanya memerlukan pengorbanan. Apabila kita kita berjaya berubah, itu adalah jihad yang paling besar!
    .-= samdaddycool menulis diblognya tentang.. Klik jer.. duit masuk mencurah-curah. =-.

  2. Assalamualaikum.
    Saya memang teruja setiap kali membaca artikel-artikel motivasi seumpama ini. Mungkin kerana kecenderungan saya lebih kepada motivasi. Mengubah hidup perlukan langkah pertama untuk membina lingkungan kebiasaan yang baru. Langkah pertama untuk mengubah hidup ialah menentukan matlamat diri sendiri. Apa yang ingin dicapai dan diimpikan andai tiada impian sukar untuk menentukan pelan tindakan dan usaha ke arah itu.
    .-= Motivasi Kerja menulis diblognya tentang.. Peluang Dalam Kesukaran =-.

  3. betul wan, kdg2 aku cube berubah tapi tak berjaya. aku mcm tak brp mampu nak buat sndiri. slalu rse aku perlukan someone utk fix prangai aku ni.adeyh.
    .-= naz menulis diblognya tentang.. I can cook, so can you? =-.

    • Aku pun sama gak naz…nak berubah kena ambik masa..aku dah 5 tahun cuba berubah..walaupun tak berubah banyak tapi aku belajar banyak perkara..huhu

  4. siti nuurrul hidayah

    aq ponw nak b’rbah and i want succes.i will buktikan pada mue omg yang saya bleh berjaya dalam banyak perkara…doakan i berjaya and dapat pew yang saya nak.AMIN

    • InsyaAllah..selagi Siti kuatkan hati, kukuhkan minda, tabahkan diri dan perjuang tanpa kenal erti berputus asa, Siti sentiasa menghampiri kejayaan.

      Saya doakan semoga Siti berjaya mencapai cita-cita yang diidamkan. Besar harapan saya untuk melihat orang-orang yang tabah sentiasa menemui kejayaan! Salam perjuangan!

  5. saya teringin nak jadi insan yg cemerlang..namun, slalunya bermula dgn baik tetapi berakhir dgn sdkt kekecewaan…kekecewaan tu brmula pabila rasa malas menguasai diri…dah lama sedar, tapi betapa susahnya mmbuang rasa jemu dan tertekan dgn bebanan kerja…emmm…

  6. assalamualaikum

    saya juga mengalami msalah yang sma untuk berubah… setiap perubahan yang saya cube lakukan tidak pernah berjaya…. sye cbe untuk mengubah diri menjadi seorang yang tidak baik menjadi baik ….. setiap malam sye berfikir bagaimana dgan mse depan saye … kalo sye tidak berubah… ada kalanya sye mersakan diri sye seperti hngt-hngat tahi ayam….kte nak berubah tapi tak berubah…. tapi sye percaya setiap perubahan datngya pd diri sendiri….

  7. Salam,

    Saya ingin menjadi insan yang baik. saya adalah seorang ibu tunggal telah banyak pengalaman dan dosa yang telah saya lalui tapi saya masih tidak dpt ‘the will power’ to do it. The strenght is still not there. aLL I need is orang yang boleh membimbing saya ke jalan yang benar dan baik. My life is so complicated. Long story to tell. /but i know inyallah i will 1 day but when i dont know.

    • bukan mudah ingin berubah (.) kekadang apabila sesuatu perkara itu datang tak tahu di manakah jalan penyelesaiannya (.) Kecuali rujuk kepada yang satu (.)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *