Home / Minda / (Motivasi) Bekerjasama Bukan Bergantung!

(Motivasi) Bekerjasama Bukan Bergantung!

Suatu masa dulu ketika bekerja di syarikat swasta, saya memang hanyalah pekerja biasa yang hanya melakukan kerja seperti mana diarahkan. Jika tiada sebarang kerja, apa lagi…macam korang semua la jugak! Mengular sana sini, bersembang, tertido (bukan sengaja nak tido, tapi dah bosan sangat sampai tertidur) dan seumpamanya. Tapi hidup saya berubah….. dengan kesungguhan saya menyertai MLM dan minat untuk berniaga, saya membuat keputusan untuk berhenti kerja. Pendapatan saya masa berhenti kerja bukanlah dari bidang MLM tetapi dari hasil kerja saya sebagai seorang pelukis jalanan.

Saya keluar dari dunia pekerjaan dan tersentak dengan dunia perniagaan yang hampir saja membunuh cita-cita saya. Pelbagai andaian, kata-kata negatif  dan cabaran dihempas ke atas diri ini. Tiada sokongan keluarga, tiada sokongan rakan dan tiada bukti kejayaan yang dapat saya jadikan tempat bergantung. Hanya satu kekuatan yang ada pada ketika itu iaitu motivasi. Saya menjadikan buku motivasi sebagai teman, seminar MLM sebagai tempat menimba ilmu, kata-kata semangat sebagai panduan dan doa sebagai tempat mengadu.

Pada suatu seminar MLM yang saya hadiri, saya tertarik dengan satu tajuk yang sehingga kini berjaya memberi perubahan besar dalam hidup saya. Tajuk itu ialah:

‘BEKERJASAMA BUKAN BERGANTUNG!’

Ya! Selepas itu barulah saya sedar…kenapa saya begitu lemah? Sebabnya saya ada  mantaliti ‘bergantung’ kepada orang lain. Bergantung di sini antaranya bermaksud ‘berharap’ orang lain memberikan sokongan, projek, melindungi dan menjadi pelanggan. Perhatikan gambar di bawah:

kerjasama1

Apabila kita bergantung kepada orang lain, kita memerlukan sokongan daripada mereka. Jika mereka lari dan meninggalkan kita, kita akan jatuh! Berbeza pula jika kita bekerjasama. Jika salah seorang dari kita jatuh pun, kita masih boleh berdiri. Jika tiada sebarang sokongan pun kita masih mampu bertahan!

kerjasama

Penerangan ini mudah, tetapi untuk melaksanakannya bukanlah perkara mudah seperti yang disangkakan. Apabila anda berusaha ke arah untuk bekerjasama, ramai orang tidak dapat bekerjasama dengan baik, ramai juga orang akan mula ‘bergantung’ kepada anda. Namun, apa yang perlu anda pegang ialah, anda perlu berdiri pada kaki sendiri. Biarlah orang lain tidak dapat bekerjasama dengan anda, biarlah orang lain ‘bergantung’ kepada anda, yang penting anda tidak ‘bergantung’ kepada orang lain dan anda boleh bekerjasama dengan sesiapa sahaja.

Sebenarnya perkara ini tidaklah seringkas sepenulisan ini. Ia boleh dijadikan sebuah buku motivasi yang sangat tebal dan kalau anda perasan terdapat banyak buku motivasi tentang ‘team work’ yang membawa maksud yang sama dengan apa yang ingin saya sampaikan di sini. Bagaimanapun, tidak guna berceloteh panjang jika ia tidak diaplikasikan dalam kehidupan anda. Cubalah praktikkan ditempat kerja atau tempat belajar anda sekarang, jadilah orang yang sama-sama berusaha membangunkan syarikat selain melakukan tugas harian semata-mata. Seperti kata kartun Wonder Pet:

“APA YANG PENTING, BEKERJASAMA!”

About wanwma

Check Also

MEMBERI HUTANG

MEMBERI HUTANG? 1. Jika kawan yang nak berhutang, gaya hidup lebih mewah dari kita. Elakkan …

No comments

  1. monolog-adakah aku yang pertama?
    huhuhu

    camne ni
    sy masih lagi half2
    separuh bergantung separuh bekerjasame

    p/s: katun 2 kamu lukis kah?
    so kawaii!! cute.hoho
    .-= teh menulis diblognya tentang.. Stop Running! =-.

    • Tidak menjadi masalah pun jika separuh bergantung dan separuh bekerjasama, yang penting jangan hanya mengharapkan orang lain.

      Cuba bayangkan jika tempat kita bergantung hilang secara tiba2? Ia boleh menyebabkan kita hampa…

      Yup..kartun2 tu semua saya lukis. hehehe…

  2. Bukan ke sebagai manusia yang tidak mungkin sempurna, memerlukan satu sama lain?

    Tiap orang ada bidang masing2 dan masing2 memainkan peranan yang sepatutnya

    • Ya! kita tidak sempurna, sebab itu kita kena bekerjasama..tidak boleh hidup bergantung kepada orang lain seperti yang terjadi kepada pengemis(yg sihat) dan sebagainya.

      kita saling memerlukan bukan bermaksud hanya sebelah pihak membantu kita. Tetapi kita perlu saling bantu-menbantu dan inilah dia yang dipanggil kerjasama.

  3. Salam bro wanwma,

    Apa yang penting ? kerjasama!
    Yes dengan kerjasama sesuatu kerja dapat diselesaikan dengan mudah. Contohnya, sebuah ebook yang memiliki 100 m/s boleh siap dalam masa 1 jam jika ianya ditulis oleh 100 orang (1 orang 1 page). Ini sebagai contoh aje 🙂

  4. apa yang penting kerjeeesamee hoho
    yup betul tu.

    bergantung ni bahaya, boleh bergantung untuk sementara jangan selamanya
    .-= waka menulis diblognya tentang.. Ganda Duit International – GDI =-.

  5. Assalamualaikum wanWMA, Post di atas memang menarik.

    Ia mengingatkan saya pada sebuah buku karangan Dr. Stephen R.Covey ‘ 7 tabiat orang yang amat berkesan’

    wan kata,

    “Pada suatu seminar MLM yang saya hadiri, saya tertarik dengan satu tajuk yang sehingga kini berjaya memberi perubahan besar dalam hidup saya. Tajuk itu ialah:

    ‘BEKERJASAMA BUKAN BERGANTUNG!’

    Ayat itulah juga yang dimaksudkan oleh penulis di atas,

    Dr Covey mengatakan,

    Sinergi berada di sekeliling kita. Jika anda tanam dua poko berdekatan, akar akan bercantum aduk dan meningkatkan mutu tanah supaya kedua-dua pokok boleh tumbuh dengan baik bersama-sama. Jika anda melekatkan bersama dua papan kayu, papan itu akan dapat menyokong lebih daripada beban yang boleh disokong jika diasingkan.

    Cabaran ialah untuk menggunakan prinsip kerjasama kreatif yang kita belajar dariada alam semula jadi, dalam interaksi sosial kita. Kehidupan berkeluarga memberi banyak peluang untuk memerhati sinergi dan untuk berlatih prinsip ini.

    Begitulah tulisan Dr Covey, saling tak tumpah sebagaimana intipati posting wan di atas

    Oh ya wanwma, bila wan ada kelapangan sila singgah di blog saya dan mohon tuliskan sesuatu di ruangan “idea & impian ye”. Impian saya adalah untuk mengumpulkan 100 impian . Boleh jadi ada impian kita nanti yang serupa, maka sudah tentu kita boleh bekerjasama (bersinergi)

    Selamat menyambut Lebaran Syawal yang bakal menjelma

    Salam ceria, salam inspirasi

    Singgah ye wan dan mohon tuliskan sesuatu di ruangan ‘idea & impian” bila ada kelapangan..

    Assaalmualaikum

    pssss….lukisan kartun itu cantik!
    .-= Fathuri menulis diblognya tentang.. Cerita & impian Ramadhan 2009 (episod 23) =-.

    • Terima kasih fathuri, mmg ilmu-ilmu motivasi ni tak jauh bezanya dgn ilmu yg dicurahkan oleh para pengkaji dan penceramah motivasi…ia saling berkait..cuma kita jer yang perlu banyak membaca dan mengambil iktibar…

      sayangnya ramai orang yang hanya membaca tetapi di mindanya kosong…mungkin mereka masih belum melalui saat sukar yang boleh memotivasikan diri supaya berubah..

  6. tak salah klu nak menyertai MLM ni, ramai org tak tahu kelebihan MLM. tiada yang memaksa untuk menyertainya. bg aku MLM ni byk juga ilmu yg dapat dipraktikkan. serius aku juga ada menyertai seminar MLM, tp tidak bermakna aku menyertainya. sekadar ingin menambah ilmu di dada dan memberi motivasi kepada diri aku. 🙂

    • Banyak bukti menunjukkan MLM yg lama tu benar dan mempunyai rangkaian perniagaan yg luas. Mslh org kita suka benda yg baru. Bagi mereka jika start awal, mereka boleh duduk atas…entah apa2…itu dah jadi sistem piramid, bukan MLM dah…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *