ORANG YANG ALLAH CINTAI

  1. Orang yang bertaqwa. Allah berfirman yang bermaksud : “Sesungguhnya Allah menyukai orang yang bertaqwa.” ( Surah al-Tawbah 9: 4 )
  2. Orang yang cepat-cepat bertaubat. Allah berfirman yang bermaksud : ” Sesungguhnya Allah menyukai orang yang bertaubat dan menyukai orang yang menyucikan diri.” ( Surah al-Baqarah 2: 222)
  3. Orang yang adil. Allah berfirman yang bermaksud: ” Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berlaku adil.” (Surah al-Mumtahanah 60: 8)
  4. Orang yang bertawakal. Allah berfirman yang bermaksud : ” Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang bertawakal kepada-Nya.” ( Surah Ali’Imran 3: 159 )
  5. Orang yang berbuat kebaikan. Allah berfirman yang bermaksud : ” Dan berbuat baiklah, kerana sesungguhnya Allah menyukai orang yang berbuat baik.” ( Surah al-Baqarah 2: 195)
  6. Orang berjuang pada jalan Allah. Allah berfirman yang bermaksud : Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang pada jalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.” ( Surah al-Saff 61: 4)

Add Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.