PENYAKIT WAS-WAS

SOALAN :

Adakah benar kata orang bahawa orang yang was-was ketika bersuci tidak dapat pahala dengan bersucinya itu?

JAWAB :

Memang benar orang yang was-was ketika bersuci tidak dapat pahala bersucinya itu dari kerana dia telah jatuh kepada melakukan maksiat ketika bersuci.

Tersebut pada himpunan fatwa mufti Tunisia :

مما يحرم الثواب المذكور في حديث (من توضَّأَ كما أمر وصلَّى كما أمر غُفِرَ له ما تقدمَ من ذنبه) الوسوَسَةُ التي تؤدّي بصاحبها إلى الإسرافِ في الماءِ، كثيرٌ من الناس يُسرِفُون في الماء بسببِ الوسوسة هؤلاءِ وقعوا في المعصية، وقيل لنا عن رجلٍ إنه كان في سفر فنزل إلى فندق فكان يتوضأ ويُسرف حتى كاد أن يُنهى الماءَ في (الفندق) لشدةِ إسرافه، الله تعالى يعافينا من هذه الوَسوسة، الله يعافينا، هذا حُرِمَ الثوابَ ووقَع في المعصية لأن صاحبَ الفندق لا يرضى أن يُستنفَدَ الماءُ الذي في الفندق، فهذا الذي وقع في ذنبٍ كبير وحُرِم الثوابَ مثلُ هذا وضوؤُه وصلاتُه لا شىءَ.

Artinya :

“Setengah dari perkara yang menegah ganjaran yang tersebut pada hadith :

من توضَّأَ كما أمر وصلَّى كما أمر غُفِرَ له ما تقدمَ من ذنبه

Yang bermaksud : Siapa berwuduk sebagaimana yang disuruh dan mengerjakan solat sebagaimana yang disuruh nescaya akan diampunkan baginya dosanya yang telah lalu.”

Yaitu was-was yang membawa empunyanya kepada melampau dan membazirkan air.

Ramainya orang yang melampau-lampau pada menggunakan air dengan sebab was-was mereka itu jatuh kepada maksiat.

Diberitahu kepada kami ada seorang yang bermusafir lalu singgah di sebuah hotel lalu ia berwuduk dan membazirkan air sehingga hampir habis air di hotel tersebut kerana bersangatan melampaunya. Semoga Allah memelihara kita semua dari penyakit was-was ini. Perbuatan begini adalah memang menegahkan ganjaran dan menjatuhkan kepada maksiat dari kerana sungguhnya empunya hotel sudah tentu tidak redha bahawa dihabiskan air di hotelnya itu.

Maka ini jelas jatuh pada dosa yang besar dan ditegah akan pahala dan ganjaran sebagaimana wuduknya dan solatnya menjadi sia-sia.”

Wallahua’lam

c&p fbustaz azhar idrus(original)

Add Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.