Home / Informasi / (Perniagaan) Bagaimana Firefox menghasilkan wang?

(Perniagaan) Bagaimana Firefox menghasilkan wang?

Firefox sebagaimana yang diketahui ramai adalah salah satu aplikasi percuma yang digunakan oleh jutaan orang. Mungkin anda juga sedang melayari internet dengan menggunakan Firefox seperti mana saya sekarang.

Tapi pernahkah anda terfikir bagaimana pencipta atau orang yang menguruskan Firefox ini beroleh pendapatan? Pernahkah anda membayar apa2 sahaja yang anda gunakan apabila menggunakan aplikasi ini? Bagi saya tidak pernah walaupun 1 sen.

Jika begini, bagaimana mereka mendapatkan dana untuk mengupah programmer atau membelanjakan wang untuk menghasilkan perisian2 percuma ini?

Mozila adalah sebahagian dari perisian di bawah naungan Firefox. Ia bermula sebagai ‘Non-profit Company’ atau syarikat yang tidak menjana keuntungan. Namun kini tidak lagi memandangkan mereka mendapat keuntungan sebanyak $40,000,000 setiap tahun. Wahh…banyak giler tu…jom kita selidik cara mereka menghasilkan wang! Perhatikan gambar di bawah:

mozila firefox

Untuk setiap browser Firefox, kita akan dibekalkan dengan  search engine toolbar dan Google sebagai default. Google membayar wang yang besar kepada Firefox dengan meletakkannya sebagai default. Selain itu  Firefox Start Pagejuga menggunakan engin pencari dari Google dan ini telah memberikan keuntungan yang besar kepada Firefox. Ia bermula dengan ikatan perjanjian antara Firefox dengan Google di mana Firefox mendapat keuntungan 85% dari hasil carian tersebut. Perjanjian ini akan tamat pada tahun 2011. Ini memberikan Firefox kebebasan kewangan dan masa yang lama untuk menghasilkan pelbagai perisian percuma dari masa ke semasa.

Selain itu Firefox juga menjana mendapatan melalui jualan T-Shirt dan menerima wang sumbangan dari orang ramai atas usaha mereka menghasilkan aplikasi percuma. Bagi jenama Firefox yang memiliki ramai peminat, menjual T-Shirt, dan beberapa aksesori memberikan keuntungan yang besar kepada mereka.

Ini baru sebahagian daripada pendapatan yang boleh kita gambarkan. Anda boleh bayangkan sendiri berapa banyak sumber pendapatan yang boleh diperolehi oleh Firefox. Untuk penerangan lebih lanjut, anda boleh mendownload laporan ini: Laporan Mozila Firefox

About wanwma

Check Also

43 Tahun

  SubahanAllah. Ini adalah gambar seorang Jemaah Haji berasal dari Pakistan yang telah tersebar di …

No comments

  1. Tapi sekarang google dah buat chrome..
    Diorang kena cari jalan lain tu…
    Kalau tak nanti ilang income

    • Chrome hanya alternatif buat mereka yang melayari internet secara pantas dan ringkas. Ia berbeza dengan konsep yang diketengahkan oleh firefox..

  2. Very good info … thank you very much
    .-= Wongndeso menulis diblognya tentang.. Terrorists from Malaysia is dead =-.

  3. heh,nice! aku baru tau info ni.sgt bagus!aku tweet artikel ni wan. =)
    .-= naz menulis diblognya tentang.. Eid : Batu Pahat, Kuala Klawang dan Gaza =-.

  4. Assalamualaikum Tuan,

    Posting di atas menarik dan mencetus motivasi.

    Akarnya adalah idea. Pohonnya adalah usaha. Rantingnya adalah kerjasama. Buahnya adalah kejayaan.

    Salam ceria & inspirasi

    Assalamualaikum
    .-= pemburu impian menulis diblognya tentang.. Diari sehari seorang kawan (updated-7) =-.

  5. Salam bro wan,

    Macam tu rupanya ye. Bagus juga tak terfikir selama ni macamana firefox boleh untung…
    .-= Mantra menulis diblognya tentang.. WordPress: Bagaimana untuk Setup Gravatar =-.

  6. yup firefox mmg jana duit tanpa kita sedar.. hehe.. tp chrome ftw.. ^^

  7. yup. aku tau part jual t-shirt tu. yang percent tu pun aku tahu. tapi aku cuma tak pasti berapa percent..
    .-= titan menulis diblognya tentang.. Pay Per Lead Terbaru: 12Month Internet Millionaire =-.

  8. Tepat jangkaan saya.dari mula dulu.saya terfikir kenapa firefox boleh beriklan di google adwords.sebenar mestilah google menjalinkan kerjasama.

    Twitter pun begitu.google, facebook, microsoft dan dll menjalinkan kerjasama.jadi dapatlah duit untuk terus bernafas.
    .-= mesticun menulis diblognya tentang.. Terbitnya blog Mesticun.co.cc =-.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *