QADHA SOLAT WAJIB

ADAKAH MEMADAI RAJIN SOLAT SAHAJA TANPA QADHA YANG TELAH DITINGGALKAN?

Soalan :

Apakah hukum orang yang rajin menunaikan solat yang wajib dan sunat sekadar kemampuannya padahal dia hampir sepuluh tahun meninggalkan solat?

Jawab :

Berkata Syeikh Ali Jum’ah :

فيجب على المسلم أن يحافظ على الصلاة قدر استطاعته، وأن يؤديَها في أوقاتها، فإذا نسي صلاةً أو نام عنها، فليُصَلِّها عند تذكُّرِه لها، فإذا ترك الإنسان الصلاة لمدة طويلة -كما هو الحال في واقعة السؤال- فليقضِ ما فاته منها بأن يصلي مع كل فريضة حاضرة فريضة مما فاتته، والله تعالى يتولى سرائر خلقه.
والله سبحانه وتعالى أعلم

Artinya : Maka wajib atas orang Islam bahawa memelihara atas solat sekadar kemampuannya. Dan wajib bahawa ia tunaikannya di dalam waktunya.

Maka apabila ia lupa akan satu solat atau tertidur darinya maka wajib ia kerjakannya ketika ia teringat.

Maka apabila seorang itu meninggalkan solat bagi masa yang sangat lama sebagaimana dalam soalan maka wajib ia qadha semua solat yang telah luput darinya itu dengan bahawa ia kerjakan serta solat yang tunai bersama solat yang qadha.

Wallahua’lam”

C&P FB USTAZ AZHAR IDRUS (ORIGINAL)

Add Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.