RUKUN SOLAT

Firman Allah SWT

وَأَقِيمُواْ الصَّلاَةَ وَآتُواْ الزَّكَاةَ وَارْكَعُواْ مَعَ الرَّاكِعِينَ

Terjemahan

Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk.(Al-Baqarah:43)

Solat adalah rukun islam yang kedua selepas mengucap dua kalimah syahadah. Rukun solat itu terdiri daripada 13 rukun iaitu:

1.Qiyam atau berdiri betul jika tidak mampu boleh  dengan duduk dan jika tidak mampu juga boleh dengan berbaring.

2. Niat – dilafazkan ketika mengangkat takbiratul ihram.

3. Takbiratul ihram – mengucpkan perkataan Allahu Akbar.

4. Membaca al fatihah – bermula dengan Bismillh … hingga Waladhaallin.

5. Rukuk dengan thumakninah -membongkok 90 darjah.

6. I’tidal dengan thumakninah- berdiri betul selepas rukuk.

7. Sujud 2 kali dengan thumakninah- membongkok sehingga dahi berada separas dengan lantai.

8. Duduk antara 2 sujud- duduk sebentar selepas sujud yang pertama.

9. Duduk ketika membaca tahiyyat akhir.

10. Membaca tahiyyat akhir.

11. Selawat keatas Nabi Muhammad SAW pada tahiyyat akhir.

12. Salam yang pertama – memalingkan muka kearah kanan dan memberi salam diikuti pula sebelah kiri juga dengan salam.

13. Tertib- megikut aturan, turuan atau urutan sperti yang dahulu didahulukan dan yang kemudian dikemudiankan.perkara lain yang dilakukan dalam sembahyang dalam rukun ini dinamakan sunat.

Tetapi tahukah kita yang rukun rukun ini terbahagi kepada 3 rukun lain iaitu rukun qauli, rukun qalbi dan juga rukun fi’li.

Rukun Qauli ialah rukun perkataan atau bacaan yang kita perlu sebut dengan jelas bacaanya dan boleh didengar oleh telinga kita sendiri. Antara rukun qauli adalah:

  1. Takbiratul ihram
  2. Membaca Al Fatihah
  3. Membaca tahiyyat akhir
  4. Selawat keatas Nabi Muhammad SAWpada tahiyyat akhir
  5. Salam

Rukun Qalbi adalah yang kita perlu lakukan dalam hati sahaja. Rukun ini 2 sahaja iaitu:

  1. Niat
  2. Tertib

Rukun Fi’li adalah perbuatan yang kita lakukan dalam solat. Antara rukun fi’li adalah

  1. Qiyam atau berdiri betul
  2. Rukuk
  3. I’tidal
  4. Sujud
  5. Duduk antara 2 sujud
  6. Duduk ketika membaca tahiyyat akhir.

Semoga dengan infomasi ini dapat membantu kita dalam medirikan solat dengan betul dan dapat membetulkan solat kita dengan lebih baik lagi dan diterima oleh allah swt. Sesungguhnya solat adalah tiang agama jika tanpa tiang bagaimanakah agama kita ?? Rumah jika tanpa tiang akan roboh apatah lagi dengan agama kita.

 

Add Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.