RUMAH YANG DIKATAKAN SEBAGAI RUMAH SYAITAN

 

Abu Hurairah r.a. berkata :

“إِنَّ الْبَيْتَ لَيَضِيقُ عَلَى أَهْلِهِ وَتَهْجُرُهُ الْمَلَائِكَةُ ، وَتَحْضُرُهُ الشَّيَاطِينُ ، وَيَقِلُّ خَيْرُهُ ، أَنْ لَا يُقْرَأَ فِيهِ الْقُرْآنُ ”

artinya : “Sesungguhnya rumah akan terasa sempit atas penghuninya dan para malaikat lari darinya dan hadir duduk di dalamnya segala syaitan dan sedikit kebaikkannya bahawa tidak dibaca di dalam rumah itu akan Al-Quran.”

(Hadith Sunan Ad-Darimi)

Faedah :

– Bacalah Quran sementara kita masih bernyawa kerana kebaikkan yang terlalu banyak yang akan kita perolehi samada di dunia mahu pun di akhirat.

– Orang yang tidak suka membaca Al-Quran ialah orang yang yang tidak ada kebaikkan dalam hidupnya.

– Rumah yang kecil akan terasa luas jika di baca di dalamnya akan Al-Quran manakala istana yang besar akan terasa sempit jika tidak dibaca akan Al-Quran di dalamnya.

– Para malaikat suka datang ke rumah yang dibaca di dalamnya akan Al-Quran maka banyaklah rahmat pada rumah tersebut.

– Rumah yang besar dan hebat setara mana sekalipun jika tidak di baca akan Al-Quran di dalamnya maka rumah tersebut adalah adalah rumah syaitan.

Wallahua’lam

KREDIT :  https://www.facebook.com/Ustaz.Azhar.Idrus.Original

Add Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.