SEMBAHYANG LIHAT AL QURAN

SEMBAHYANG MELIHAT QURAN

Soal :

Adakah harus bagi orang yang sembahyang membaca daripada Al-Quran?

Jawab :

Yang demikian itu adalah harus.

Telah diriwayatkan dari Aisyah r.a. isteri Nabi saw bahawasanya telah menjadi imam akan beliau olih budaknya (hamba yang telah dimerdekakan) bernama Zakwan pada mushaf pada bulan Ramadhan. Telah mengeluarkan kisah ini olih Al-Baihaqi dan mentakliknya olih Imam Bukhari.

Tersebut pada kitab Al-Mudawwanah : “Berkatan Ibnu Wahab telah berkata Ibnu Shihab : Adalah orang-orang pilihan kami membaca mereka pada helaian Quran pada bulan Ramadhan dan menyebut mereka itu bahawa budak bagi Aisyah r.a. mengimami beliau membaca pada mushaf pada bulan Ramadhan. Berkata Imam Malik dan Al-Laith seumpama itu.”

Berkata Imam Nawawi:

Ini satu cabang : Jikalau seorang membaca Quran dari mushaf di dalam sembahyang tidaklah batal sembahyangnya samada ia hafal atau tidak. Bahkan wajib atasnya yang demikian itu jika ia tidak hafal fatehah sebagaimana telah lalu sebutnya. Jikalau ia membalikkan helaian mushaf tidaklah membatalkan sembahyang. Dan jikalau memandang ia pada tulisan selain Quran dan mengulang-ulang ia pada hatinya tidak juga batal sembahyangnya sekalipun lama tetapi makruh ia. Telah menaskan atasnya olih Imam Syafie pada kitab Imlak dan para ashab bersetuju. Dan kemudian berkata apa yang kami telah sebut yaitu tidak batal sembahyang membaca dari Quran inilah pendapat mazhab kami dan mazhab Malik dan Abu Yusuf dan Imam Muhammad dan Ahmad.

Dan telah berkata Abu Hanifah dengan batal.

Telah berkata Abu Bakar Ar-Razi : Maksud Abu Hanifah apabila tidak ia hafal Quran dan membaca banyak pada mushaf. Adapun jika ia hafal atau tidak hafal dan membaca sedikit seperti satu dua ayat maka tidak batal sembahyang. Dan hujjah baginya bahawa ia memerlukan kepada berfikir dan memandang. Yang demikian itu adalah perbuatan yang banyak.

Dan seperti mana seorang yang lain menegur didalam sembahyang berhujjah olih ashab kami dengan bahawa hendaklah dengan bacaan. Dan adapun fikir dan pandang tidak membatalkan sembahyang dengan ittifaq apabila adalah ia bukan mushaf maka jika pada mushaf lebihlah utama tidak batal. Dan adapun teguran dalam sembahyang tidak membatalkan sembahyang disisi kami tanpa khilaf.” (Kitab Al-Majmu’ Syarah Al-Muhazzab)

Wallahua’lam

Sumber : fb ustaz azhar idrus

 

Add Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.