Home / Artikel Cahaya Islam / (Soalan Pembaca) Kalau Allah Baik, Kenapa Allah Cipta Kejahatan?

(Soalan Pembaca) Kalau Allah Baik, Kenapa Allah Cipta Kejahatan?

Ini adalah antara soalan yang sudah lama ditanya tetapi saya agak khuatir untuk menjawabnya. Bukan kerana tidak mahu menjawab tetapi ia seolah-olah hanyalah sebuah soalan yang mahu mempersendakan ketetapan Allah. Ketahuilah bahawa akan rosaklah iman seseorang apabila mereka mempertikaikan apa jua yang Allah tentukan. Namun kita perlu bersangka baik. Mungkin dia benar-benar ingin mengetahui tentang persoalan tersebut. 

Jawapan yang ingin saya kemukakan di sini bukanlah berdasarkan pandangan saya, tetapi saya petik dari firman Allah dalam Al-Quran. Maka usahlah menyalahkan saya seandainya tidak dapat memberikan jawapan yang tepat. Saya berkongsi sekadar apa yang saya pelajari.

Pada pengamatan saya, soalan ini ditanya kerana adanya artikel yang bertajuk ‘Kalau Allah baik, kenapa Allah cipta neraka?’. Artikel itu saya masukkan dalam blog ini pada bulan Nov 2009. Dalam artikel itu ada menjelaskan bahawa jika Allah tidak cipta neraka maka kita semua akan lakukan kejahatan. Rogol, bunuh, mencuri dan lakukan apa sahaja yang kita mahu kerana tiada neraka. Orang baik atau jahat semua masuk syurga. Disebabkan itu si pembaca mula terfikir…’Oh, kalau begitu kenapa Allah cipta kejahatan?’ lalu bertanya kepada saya.

Sebenarnya jawapan kepada soalan ini ringkas saja.  Jawapan saya ialah:

Jika Allah tidak cipta kejahatan, bagaimana kita tahu adanya kebaikan?

Ringkas saja jawapan ini, kan. Tapi cuba kita fikir dan amati betul-betul. Renung sejenak dan berikan jawapan. Apa itu kebaikan? Wujudkah kebaikan tanpa kejahatan? Kenapa kita boleh berfikir tentang kebaikan sedangkan tiada kejahatan dalam dunia ini? Kenapa perkara yang baik itu dianggap baik? Siapa yang meletakkan ia sebagai baik? Dan akhirnya kita akan temui pelbagai soalan yang lebih banyak sehinggalah kita kembali berfikir..

Kenapa Allah cipta aku? Kenapa Allah cipta manusia dan kenapa Allah cipta alam ini?

Maka Allah menjawab dengan sejelas-jelasnya di dalam Al-Quran surah al-Dzariyat : ayat 56:

“Dan Aku (Allah) tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah Ku (Allah)”

Kita ini adalah hamba yang diciptakan untuk menyembah Allah. Dan Allah berikan akal dan fikiran supaya kita berfikir tentang kebesaran-Nya. Tetapi apa yang kita lakukan adalah mempersoalkan pelbagai perkara yang Allah ciptakan. Ketahuilah bahawa sebelum kita bertanya, malaikat terlebih dahulu sudah bertanya kepada Allah tatkala Nabi Adam ingin diciptakan. Soal malaikat, bukankah manusia ini akan merosakkan dunia dengan kejahatan seperti penghuni dunia sebelum ini (jin)? Lalu Allah berfirman:

“Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya” (Surah Al Baqarah 2:30).

Cukuplah ayat ini sebagai sandaran untuk kita percaya bahawa Allah lebih tahu akan apa yang diciptakan-Nya. Ada perkara kita perlu tanya dan  mendapatkan penerangan yang jelas. Seperti cara-cara melakukan amal ibadat dan sebagainya. Namun ada perkara yang kita tidak perlu banyak soal. Cukuplah sekadar menerima apa saja yang diciptakan oleh Allah. Usahlah kita lupa bahawa syaitan dijanjikan neraka kerana mempersoalkan tentang kejadian manusia dan tidak mahu menerima ketentuan Allah. Sebaliknya malaikat terus patuh dengan ketetapan Allah meskipun Allah hanya berfirman seperti ayat di atas.

Dan Allah juga berfirman supaya apabila kita mendengar tentang ayat-ayat Allah, maka katakanlah “Kami dengar dan kami taat!”

Firman Allah: “Sesungguhnya ucapan orang-orang yang beriman apabila diajak untuk kembali kepada Allah dan Rasul-Nya agar Rasul itu memberikan keputusan hukum di antara mereka hanyalah dengan mengatakan, “Kami mendengar dan kami taat”. Dan hanya merekalah orang-orang yang berbahagia.” (QS. An Nuur [24]: 51)

Jadi usah biarkan diri kita diperbodohkan syaitan. Pelbagai soalan boleh ditanya, pelbagai andaian boleh dibuat tetapi ia hanyalah tipu daya syaitan untuk memesongkan akidah kita. Saya senaraikan soalan-soalan yang pernah ditanya orang dalam internet dan ketahuilah semuanya hanyalah tentang perkara yang sama sebagaimana yang saya telah jelaskan.

  1. Kalau Allah itu hebat, kenapa Allah tidak menciptakan Tuhan yang lebih hebat dariNYA?
  2. Kenapa Allah cipta malaikat?
  3. Kenapa Allah cipta jin?
  4. Kenapa Allah cipta babi? Walhal ia haram dimakan.
  5. Kenapa Allah cipta monyet?
  6. Kenapa Allah cipta manusia?
  7. Kenapa Allah cipta malam dan siang? Matahari dan bulan?
  8. Kalau Allah hebat kenapa tak cipta sebuah batu besar yang Allah sendiri tak boleh angkat?

Soalan seumpama ini sebenarnya hanyalah mainan syaitan untuk memperbodohkan kita. Ia bukan bermaksud ingin bertanya dan mendapatkan jawapan, tetapi untuk mempersoalkan tentang kekuasaan Allah. Saya rasa cukuplah sekadar itu penjelasan saya tentang persoalan di atas. Semoga ia dapat menyelesaikan masalah yang difikirkan oleh pihak yang bertanya.

About wanwma

Check Also

Halal, Haram dan Syubhah

Halal Haram dan Syubhat   عَنْ أَبِي عَبْدِ اللَّهِ النُّعْمَانِ بْنِ بَشِيرٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا …

No comments

  1. informasi yang berguna.. menjawab pelbagai soalan.. terima kasih banyak2 bro

    • Allah Maha Besar, setiap yang diciptaNya adalah bersifat makhluk bagiNya. Jika Allah mencipta Allah satu lagi, ianya bersifat makhluk yang dijadikan Allah jua. Pada akhirnya Allah juga yang Maha pencipta tiada yang menciptanya. Awaludin makrifatullah. yakni ” awal agama mengenal Allah “. Cukup lah Allah mencipta makhluk yang dinamakan Firaun, Dajjal , iblis dan jin yang sudah menyesatkan jutaan umat manusia yang manusia banyak menyengutuiNya.

      Kesemua soalan 1-8 merupakan soalan soalan manusia “awal agama mengenal dunia”. Wallaualam…

  2. betol tu..thanx..informasi berguna..
    Allah cipta kejahatan? Allah bagi garis panduan..Allah bagi akal untuk kita pilih yang baik ke yang jahat..

    kita pilih buat jahat. then, kenapa pulak nak salah kan Allah?

    thanx.

  3. Maaf mencelah.. pada saya 8 soalan yang saudara listkan itu mmg secara terang boleh dikatagorikan sebagai soalan bodoh.

    tetapi tidak bagi soalan yg menjadi tajuk utama artikel ini.. ada maksud tersirat yg apabia dikaji.. ia mendekatkan kita kepada tuhan.. sedangkan Allah itu sendiri melemparkan sejuta satu rahsia-Nya di dunia ini untuk diterokai dan itu lah hakikat kejadian kita sebagai khalifah dimuka bumi ini. MENCARI RAHSIA ALLAH (sirrullah)

    bagaimana pula kalau saya berikan satu persoalan..?
    dimana nampak memesongkan.. tetapi sebenarnya ada jawapan yang konkrit dari persoalan ini…

    “Allah itu Maha Besar.. Allah juga Maha Mencipta..
    bolehkah Allah mencipta sesuatu yang lagi besar dariNya? kalau boleh maka tiada Maha besar baginya dan jika tidak maka tiada Maha pencipta baginya?

    • saya setuju dengan Faris Bakhtiar …. ilmu tu luas…jangan sesekali kita cuba menyekatnya….bak kata m.nasir di bait2 lagunya…………..>>>>>>>>>>>………………Lihat dunia dari mata burung Atau lihat dari dalam tempurung Yang mana satu engkau pilih…………<<<<<<<<<<<<<<<……. ia bermaksud Dua rangkap yang atas tu jelas dan terang, menyuruh kita berfikir antara melihat dari mata burung, with an open minddan berpandangan jauh atau sekadar mahu melihat seperti katak di bawah tempurung. Hanya melihat tempurung dan diri sendiri. Itupun kalau ada cahaya. Kalau tak ada? Gelap gelitalah jawabnya. Maka, pilihlah dengan akal dan iman yang dianugerahkan.maaf jika ada terkasar bahasa cuma sedikit komen sahaja untuk wat renungan…

      • Saya tidak pernah menyekat orang untuk mencari ilmu, saya juga tidak memberikan jawapan berdasarkan pendapat sendiri. Saya hanya menjelaskan apa yang telah ditulis di dalam Al-Quran dan Hadis.

  4. salam..maapla yer cik kak menyibuk..bila baca artikel sedara ni barulah cik kak teringat yang banyak tanya tu adalah dari hati yang banyak syak wasangka…bukankah iblis mempersoalkan kemuliaanya tentang mengapa dia mesti sujud kepada Adam sedangkan dirinya lebih mulia kerana diciptakan dari api…sedangkan adam dari tanah…(kalu cik kak tak silap yer kalau silap sila betolkan) bila kita byk mempersoalkan tentang sesuatu sedangkan kita tahu contohnya iblis tadila kan sbab megah sgt yang dirinya tu mulia..kekadang persoalan kecil boleh menjadi besar dan besar dan besar…kerana tidak mahu belajar dan mengaku tentang sesuatu yang lebih baik…maapla yer cik kak bukan pandai pun sekadar nyibuk jer

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *