SUNAT-SUNAT DALAM SEMBAHYANG SIRI 1

Perkara sunat didalam sembahyang

1.Angkat tangan ketika takbir

Ketika melafazkan takbiratul ihram di sunatkan menggangkat kedua belah tangan separas bahu samada seseorang itu iman atau makmum.

Abdullah bin Umar r.a. berkata :

أَنَّ اَلنَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم كَانَ يَرْفَعُ يَدَيْهِ حَذْوَ مَنْكِبَيْهِ إِذَا اِفْتَتَحَ اَلصَّلَاةَ

Artinya : “Sunguhnya Nabi saw adalah baginda mengangkat kedua belah tangannya setentang paras bahu apabila memulakan sembahyang.” (Hadith Syaikhain)

Dan diriwayatkan daripada :

عن وَائِلُ بْنُ حُجْرٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّهُ رَأَى النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَفَعَ يَدَيْهِ حِينَ دَخَلَ فِي الصَّلَاةِ كَبَّرَ حِيَالَ أُذُنَيْهِ. رواه مسلم

Artinya : Dari Wail bin Hujr r.a. sungguhnya dia telah melihat akan Nabi saw mengangkat dua tangannya ketika masuk ke dalam sembahyang bertakbir baginda setentang dengan dua telinganya.’ (Hadith Muslim)

Jika seseorang itu tidak menggangkat tangan ketika melafazkan takbir tanpa uzur maka solatnya sah tetapi perbuatan tersebut makruh kerana tidak mengikut perbuatan Rasulullah SAW.

Tersebut pada Kitab al-Majmu’ Syarah al-Muhazzab  ada beberapa hikmah yang disyariatkan mengangkat kedua belah tangan ketika memulai solat.

  1. Tanda kita membesarkan dan mengangungkan allah swt dan kerana mengikut amalan Rasulullah SAW
  2. Tanda kita menyerah dan menerima segala hukum Allah
  3. Tanda mentauhidkan Allah dari segala kesyirikan
  4. Tanda kita sangat mengharapkan ganjaran pahala yang Allah  sediakan
  5. Tanda kita membuang segala ingatan hati kepada dunia kerana mahu berhadapan mengingatkan allah dalam solat.

2.letak tangan selepas takbir

Sunat selepas memgangkat takbir diturunkan kedua tangan dan diletakkan tangan yang kanan keatas tangan yang kiri pada badannya.

Diriwayatkan daripada Sahl bin Sa’ad r.a. katanya :

كان الناسُ يؤمَرون أن يضَع الرجلُ اليدَ اليُمنى على ذِراعِه اليُسرى في الصلاةِ

Artinya : “Adalah dahulu manusia diperintahkan bahawa meletakkan akan tangan yang kanan ke atas tangan yang kiri di dalam sembahyang.” (Hadith Bukhari)

Tempat letak tangan yang paling afdal adalah di atas pusat dan dibawah dari dada.

Berkata Imam Al-Muzani :

ويرفع يديه إذا كبر حذو منكبيه ويأخذ كوعه الأيسر بكفه اليمنى ويجعلها تحت صدره

Artinya : “Dan mengangkat kedua tangannya apabila bertakbir setentang kedua bahunya dan kemudian memegang akan pergelangan tangannya yang kiri dengan tapak tangannya yang kanan dan diletakkannya di bawah dada.” (Kitab Mukhtasar Muzani)

Afdal dengan cara memegang akan tangan kiri itu pada pergelangannya.Tetapi sah solat seseorang itu yang tidak memegang tangan kirinya pada pergelangan tetapi dipegang pada belakang tapak tangan yang kiri atau dipegangnya pada lengan yang kiri. Makruh hukumnya meletakkan tangan yang kiri diatas tangan yang kanan tetapi solatnya tidak terbatal.

sumber ;https://www.facebook.com/Ustaz.Azhar.Idrus.Original

Add Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.