SUNAT-SUNAT DALAM SEMBAHYANG SIRI 10

12. Membaca Doa Qunut Subuh

Disunatkan membaca doa qunut dalam sembahyang subuh pada rakaat yang kedua ketika iktidal.

Sunat membaca doa qunut ini adalah termasuk sunat ab’ad yakni jika siapa yang terlupa membacanya maka disunatkan sujud sahwi dua kali sebelum memberi salam.

Diriwayatkan dari Anas bin Malik r.a. katanya :

أن النبي صلى الله عليه وسلم قنت شهرًا يدعو عليهم – أي: على قاتلي القراء – ثم ترك، فأمَّا في الصبح فلم يزل يقنت حتى فارق الدنيا

Artinya : “Sungguhnya Nabi saw membaca doa qunut selama sebulan mendoakan kehancuran atas mereka (orang kafir yang membunuh para penghafal Al-Quran) kemudian baginda meninggalkannya. Maka adapun pada sembahyang subuh maka baginda senantiasa membaca qunut hingga baginda berpisah dengan dunia.” (Hadith Al-Baihaqi , Ad-Daraquthni , Al-Hakim dan lainnya)

Daripada Abdullah bin Abbas r.a. katanya :

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- يُعَلِّمُنَا دُعَاءً نَدْعُو بِهِ فِى الْقُنُوتِ مِنْ صَلاَةِ الصُّبْحِ اللَّهُمَّ اهْدِنَا فِيمَنْ هَدَيْتَ ، وَعَافِنَا فِيمَنْ عَافَيْتَ ، وَتَوَلَّنَا فِيمَنْ تَوَلَّيْتَ ، وَبَارِكْ لَنَا فِيمَا أَعْطَيْتَ ، وَقِنَا شَرَّ مَا قَضَيْتَ ، إِنَّكَ تَقْضِى وَلاَ يُقْضَى عَلَيْكَ ، إِنَّهُ لاَ يَذِلُّ مَنْ وَالَيْتَ تَبَارَكْتَ رَبَّنَا وَتَعَالَيْتَ

Artinya : “Telah mengajar akan kami olih Rasulullah saw akan satu doa yang kami berdoa dengannya pada qunut sembahyang subuh yaitu :

اللَّهُمَّ اهْدِنَا فِيمَنْ هَدَيْتَ ، وَعَافِنَا فِيمَنْ عَافَيْتَ ، وَتَوَلَّنَا فِيمَنْ تَوَلَّيْتَ ، وَبَارِكْ لَنَا فِيمَا أَعْطَيْتَ ، وَقِنَا شَرَّ مَا قَضَيْتَ ، إِنَّكَ تَقْضِى وَلاَ يُقْضَى عَلَيْكَ ، إِنَّهُ لاَ يَذِلُّ مَنْ وَالَيْتَ تَبَارَكْتَ رَبَّنَا وَتَعَالَيْتَ

(Hadith Al-Baihaqi dan pada riwayat Nasaaie ada tambahan selawat atas Nabi saw)

Bacaan Lengkap Doa Qunut Subuh

اَللّهُمَّ اهْدِنِىْ فِيْمَنْ هَدَيْتَ
وَعَافِنِى فِيْمَنْ عَافَيْتَ
وَتَوَلَّنِىْ فِيْمَنْ تَوَلَّيْتَ
وَبَارِكْ لِىْ فِيْمَا اَعْطَيْتَ
وَقِنِيْ شَرَّمَا قَضَيْتَ
فَاِ نَّكَ تَقْضِىْ وَلاَ يُقْضَى عَلَيْكَ
وَاِ نَّهُ لاَ يَذِلُّ مَنْ وَالَيْتَ
وَلاَ يَعِزُّ مَنْ عَادَيْتَ
تَبَارَكْتَ رَبَّنَا وَتَعَالَيْتَ
فَلَكَ الْحَمْدُ عَلَى مَا قَضَيْتَ
وَاَسْتَغْفِرُكَ وَاَتُوْبُ اِلَيْكَ
وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدَنَا مُحَمَّدٍ النَّبِيِّ اْلاُمِّيِّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

Artinya :

Ya Allah tunjukkanlah akan daku sebagaiman mereka yang telah Engkau tunjukkan
Dan berilah kesihatan kepadaku sebagaimana mereka yang Engkau telah berikan kesihatan
Dan peliharalah daku sebagaimana orang yang telah Engkau peliharakan
Dan berilah keberkatan bagiku pada apa yang telah Engkau kurniakan
Dan selamatkan aku dari bahaya kejahatan yang Engkau telah tentukan
Maka sesungguhnya Engkaulah yang menghukum dan bukan dihukum atas Engkau
Maka sesungguhnya tidak akan hina orang yang Engkau pimpin
Dan tidak akan mulia orang yang Engkau musuhi
Maha berkat Engkau wahai Tuhan kami dan Maha tinggi Engkau
Maka bagi Engkau segala pujian di atas apa yang Engkau hukumkan
Aku memohon ampun dari Engkau dan aku bertaubat kepada Engkau
(Dan semoga Allah) mencurahkan rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad, keluarga dan para sahabatnya.

Disunatkan imam membaca qunut subuh dengan lafaz jamak dan kuat sehingga didengar dan diaminkan olih para jemaah.

Dan disunatkan bagi imam dan makmum dan yang sembahyang sendirian mengangkat kedua tangan ketika berdoa.

Pada lafaz puji-pujian selepas lafaz doa maka disunatkan imam dan makmum sama-sama membacanya.

Disebut pada kitab Muqaddimah Hadramiyyah :

يأتي الإمام بلفظ الجمع ويسن الصلاة على النبي صلى الله عليه وسلم في آخره ورفع اليدين فيه والجهر به للإمام وتأمين المأموم للدعاء ويشاركه في الثناء.

Artinya : “Imam hendaklah membaca (doa qunut) dengan lafaz jamak dan disunatkan membaca selawat ke atas Nabi saw pada akhirnya (qunut), juga disunatkan mengangkat kedua-dua tangan padanya dan membaca secara kuat oleh imam, manakala makmum mengaminkan doa dan turut sama dengan imam membaca puji-pujian”.

Dan tidak disunatkan menyapu kedua tangan kepada muka selepas berdoa dengan doa qunut.

Berkata Imam Nawawi :

اختلف أصحابُنا في رَفعِ اليدين في دعاء القنوت ومسح الوجه بهما على ثلاثة أوجه، أصحّها: أنه يستحبّ رفعهما ولا يمسح الوجه

Artinya : “Telah berselisih olih ashab kami pada hukum mengangkat tangan pada doa qunut dan menyapu muka atas tiga wajah. Pendapat yang paling sahih ialah disunatkan mengangkat dua tangan dan tidak sunat menyapu kepada muka.” (Al-Majmu’ Syarah Al-Muhazzab)

Beberapa Masalah

Jika sembahyang dibelakang imam yang tidak membaca qunut maka harus makmum membaca qunut dan harus juga ia meninggalkannya.

Berkata Syeikh Ibnu Hajar Al-haitami :

وَلَوِ اقْتَدَى شَافِعِيٌّ بِحَنَفِيٍّ فِي الصُّبْحِ وَأَمْكَنَهُ أَنْ يَأْتِيَ بِهِ وَيَلْحَقَهُ فِي السَّجْدَةِ اْلأُولَى فَعَلَ وَإِلاَّ فَلاَ ، وَعَلَى كُلٍّ يَسْجُدُ لِلسَّهْوِ عَلَى الْمَنْقُولِ الْمُعْتَمَدِ بَعْدَ سَلاَمِ إمَامِهِ.

Artinya: “Jika seorang yang bermazhab Syafi‘e mengikut (berimamkan) seorang yang bermazhab Hanafi di dalam sembahyang Subuh (sedangkan imam tidak membaca doa qunut kerana di dalam mazhab Hanafi tidak disunatkan membaca doa qunut). (Jika) dia (makmum Syafi‘e) dapat membaca doa qunut dan sempat mendapatkan imam pada sujud pertama, (maka sunat) dia melakukan (perkara tersebut). Jika dia tidak dapat melakukannya, maka tidak (disunatkan dia melakukannya dan batal sembahyangnya jika dia tertinggal dua rukun sembahyang yang panjang). (Walau bagaimanapun) dalam semua hal (tersebut), dia (disunatkan) bersujud sahwi menurut qaul muktamad selepas salam imamnya.” (Tuhfah Syarah Minhaj)

Jika seorang terlupa membaca qunut lalu ia turun untuk sujud maka jika sudah melakukan sujud tidak bolih lagi naik membaca doa qunut kerana membaca doa qunut hanyalah sunat maka tidak bolih meninggalkan rukun yang sudah dikerjakan untuk kembali melakukan yang sunat.

Adapun jika turun belum sampai had sujud maka harus ia bangun semula membaca qunut dan sunat ia sujud sahwi sebelum salam kerana kelupaannya itu.

Jika turun baru sedikit sahaja kemudian kembali baca qunut maka tidak disunatkan sujud sahwi kerana sedikit pergerakannya.

Jika makmum terlupa turun sujud dan imam membaca qunut maka hendaklah makmum itu bangun semula membaca qunut bersama imam.

Adapun jika makmum sengaja meninggalkan qunut dan turun ia kepada sujud maka tidak lagi bolih ia naik tetapi perbuatan ini adalah dilarang kerana sengaja meninggalkan imam.

Doa Qunut Di Sisi 4 Mazhab

1. Mazhab Hanafi

Sunat baca qunut pada sembahyang witir dan qunut nazilah. Tidak sunat qunut pada subuh.

2.Mazhab Maliki

Sunat baca qunut pada sembahyang subuh. Tidak sunat qunut witir dan naizlah.

3. Mazhab Syafie

Sunat baca doa qunut pada sembahyang subuh dan qunut pada witir dan qunut nazilah.

3.Mazhab Hambali

Sunat baca qunut witir dan nazilah. Tidak sunat pada sembahyang subuh.

wallahua’lam

kredit: fb ustaz azhar idrus (original)

Add Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.