SUNAT-SUNAT DALAM SEMBAHYANG SIRI 11

13. Sunat-Sunat Ketika Sujud

Disunatkan ketika turun kepada sujud mengucapkan takbir tetapi tidak disunatkan mengangkat kedua tangan ketika mengucapkan takbir tersebut.

Diriwayatkan dari Ibnu Umar r.a. :

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَرْفَعُ يَدَيْهِ حَذْوَ مَنْكِبَيْهِ إِذَا افْتَتَحَ الصَّلَاةَ وَإِذَا كَبَّرَ لِلرُّكُوعِ وَإِذَا رَفَعَ رَأْسَهُ مِنْ الرُّكُوعِ رَفَعَهُمَا كَذَلِكَ أَيْضًا وَقَالَ سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ رَبَّنَا وَلَكَ الْحَمْدُ وَكَانَ لَا يَفْعَلُ ذَلِكَ فِي السُّجُودِ

Artinya : “Sungguhnya Rasulullah saw adalah baginda mengangkat kedua tangan setentang paras bahu apabila memulai sembahyang dan bagi rukuk dan apabila mengangkat kepalanya dari rukuk diangkat akan kedua tangannya dan mengucap ‘sami’allahu liman hamidah rabbana lakalhamdu’ dan adalah baginda tidak berbuat demikian (mengangkat dua tangan) pada ketika sujud.”(Hadith Bukhari)

Dan sunat memulai ucapan takbir dengan mulanya badan bergerak untuk turun sujud dan selesai ucapan takbir dengan sampainya segala anggota sujud pada tempat sujud.

Dan sunat ketika turun sujud ini meletakkan dua lutut dahulu kemudian kedua tangan dan kemudian akan dahinya ke tempat sujud.

Diriwayatkan dari Wail bin Hujr r.a. katanya :

رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا سَجَدَ يَضَعُ رُكْبَتَيْهِ قَبْلَ يَدَيْهِ، وَإِذَا نَهَضَ رَفَعَ يَدَيْهِ قَبْلَ رُكْبَتَيْهِ

Artinya : “Aku telah melihat akan Rasulullah saw apabila sujud baginda meletakkan kedua lututnya sebelum kedua tangannya. Dan apabila bangun beliau mengangkat akan kedua tangannya sebelum kedua lututnya.” (Hadith Abu Daud, Tirmizi, Nasaai, Ibnu Majah & Daruqutni)

Berkata Imam Ibnu Munzir :

وقد اختلف أهل العلم في هذا الباب ، فممن رأى أن يضع ركبتيه قبل يديه عمر بن الخطاب ، وبه قال النخعي ، ومسلم بن يسار وسفيان الثوري ، والشافعي وأحمد وإسحاق وأبو حنيفة وأصحابه وأهل الكوفة

Artinya : “Sungguhnya telah bersalahan para ulama pada bab ini yaitu turun ketika sujud. Maka setengah ulama berpendapat bahawa meletakkan dua lututnya dahulu sebelum dua tangannya yaitulah Umar r.a. dan dengannya berpendapat olih An-Nakhaei dan Muslim bin Yasar dan Sufyan At-Thauri dan Syafie dan Ahmad dan Ishaq dan Abu Hanifah dan ashabnya dan ulama-ulama Kufah.” (Kitab Al-I’tibar)

Berkata Imam Syafie :

“Maka jika seorang itu meletakkan dahinya dahulu dari dua tangannya atau dua tangannya dahulu dari dua lututnya maka aku makruhkan yang demikian itu. Tetapi tidak perlu diulangi dan tidak sunat sujud sahwi.”

Dan sunat meletakkan semua bahagian dahinya ketika sujud itu dan juga menyentuhkan hidungnya ke tempat sujud.

Jika mengenakan sebahagian sahaja dahi ke tempat sujud tanpa uzur maka hukumnya adalah makruh.

Jika hanya dahinya sahaja kena pada tempat sujud maka sudah sah sujudnya sekalipun hidungnya tidak kena pada tempat sujud. Tetapi sunat ia kenakan akan hidungnya ke tempat sujud seperti dahi.

Kemudian sunat ketika sujud itu kedua kakinya direnggangkan antara satu sama lain dan dihadapkan jari-jari kaki dan tangan ke arah kiblat.

Berkata Imam Syairazi :

ويفرج بين رجليه ويوجه أصابعه نحو القبلة

Artinya : “Dan sunat merenggangkan antara dua kakinya ketika sujud dan dan menghadapkan segala jari jemarinya ke arah kiblat.” (Kitab al-Muhazzab)

Abu Humaid r.a. berkata ketika menceritakan cara sujud rasulullah saw :

إذا سجد فرج بين رجليه

Artinya : “Apabila baginda sujud baginda merenggangkan antara kedua kakinya.” (Hadith Bukhari)

Diriwayatkan juga daripada Abu Humaid r.a. :

أن النبي صلى الله عليه وسلم سجد واستقبل بأطراف أصابع رجليه القبلة

Artinya : “Bahawasanya Nabi saw sujud dan menghadapkan dengan segala jari-jari kakinya akan kiblat.” (Hadith Bukhari)

Dari Barra’ bin ‘Azib r.a. katanya :

كان رسول الله صلى الله عليه وسلم إذا سجد فوضع يديه بالأرض استقبل بكفيه وأصابعه القبلة

Artinya : “Adalah Rasulullah saw apabila baginda sujud maka diletakkan akan dua tangannya pada bumi dan dihadapkan dengan dua tapak tangannya dan segala jari tangannya ke kiblat.” (Hadith Baihqi)

Dan sunat keadaan jari-jari tangan ketika sujud itu dirapatkan.

Diriwayatkan dari Wail bin Hujr r.a. katanya :

كان النبي صلى الله عليه وسلم إذا ركع فرج أصابعه وإذا سجد ضم أصابعه

Artinya : “Adalah Nabi saw apabila ia rukuk merenggangkan segala jari tangannya dan apabila ia sujud dirapatkan segala jari-jarinya.” (Hadith Baihaqi)

Dan sunat ketika sujud itu direnggangkan kedua lutut.

Berkata Imam Nawawi :

قال الشافعي والأصحاب : يستحب للساجد أن يفرج بين ركبتيه وبين قدميه

Artinya : “Telah berkata olih Imam Syafie dan para Ashab : Disunatkan bagi orang yang sujud merengangkan antara dua lututnya dan antara dua tapak kakinya.” (Kitab Al-Majmu’ Sayarh Al-Muhazzab)

Dan sunat diangkat akan dua siku ketika sujud dari lantai.

Diriwayatkan dari Barra’ bin ‘Azib r.a. Rasulullah saw bersabda :

إذا سجدت فضع كفيك وارفع مرفقيك

Artinya : “Apabila kamu sujud maka letakkan dua tapak tanganmu dan angkatlah akan kedua sikumu.” (Hadith Muslim)

Dan sunat orang yang sujud membaca di dalam sujud itu akan :

سبحان ربي العظيم

Dari Huzaifah r.a. katanya :

ثُمَّ سَجَدَ فَقَالَ : سُبْحَانَ رَبِّيَ الأَعْلَى

Artinya : “Kemudian Nabi saw sujud dan berkata : Maha suci Allah yang Maha Tinggi.” (Hadith Muslim)

Atau

سبحان ربي الأعلى وبحمده

Telah diriwayatkan dari ‘Uqbah bin ‘Amir r.a. katanya :

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا سَجَدَ قَالَ : سُبْحَانَ رَبِّيَ الأَعْلَى وَبِحَمْدِهِ ثَلاثًا

Artinya : “Adalah Rasulullah saw apabila baginda sujud membaca akan : Maha suci Allah yang Maha Tinggi dengan kepujian-Nya tiga kali.” (Hadith Abu Daud)

Dan sunat juga membaca ketika sujud ini bacaan-bacaan lain dan doa yang ada datang pada hadith-hadith Nabi saw antaranya :

سبحانك اللهم ربنا وبحمدك اللهم اغفر لي

Diriwayatkan dari Aisyah r.a. katanya :

كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُكْثِرُ أَنْ يَقُولَ فِي رُكُوعِهِ وَسُجُودِهِ : سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ رَبَّنَا وَبِحَمْدِكَ ، اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي

Artinya : “Adalah Nabi saw banyak membaca dalam rukuk dan sujudnya : Maha suci Engkau Tuhan kami dan dengan kepujian Engkau. Ya Allah ampunkan aku.” (Hadith Bukhari)

Dan

سُبُّوحٌ قُدُّوسٌ رَبُّ الْمَلائِكَةِ وَالرُّوحِ

Diriwayatkan dari Aisyah r.a. juga :

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَقُولُ فِي رُكُوعِهِ وَسُجُودِهِ : سُبُّوحٌ قُدُّوسٌ رَبُّ الْمَلائِكَةِ وَالرُّوحِ

Artinya : “Sungguhnya Rasulullah saw adalah ia membaca dalam rukuknya dan sujudnya : Maha suci dan maha tulus Engkau Tuhan para malaikat dan Jibril.” (Hadith Muslim)

Tetapi jika seorang yang sujud itu mahu yang ringkas maka memadai dibaca akan tasbih sahaja yakni sebanyak 3 kali.

Berkata olih Imam Nawawi :

ولكن الأفضل أن يجمعَ بين هذه الأذكار كلها إن تمكن من ذلك بحيث لا يشقّ على غيره ، ويقدّم التسبيح منها ، فإن أراد الاقتصارَ فيستحبُّ التسبيح . وأدنى الكمال منه ثلاث تسبيحات ولو اقتصر على مرّة كان فاعلاً لأصل التسبيح

Artinya : “Dan tetapi yang afdhal ialah membaca semua himpunan zikir-zikir tersebut sekeliannya jika mungkin dari yang demikian itu sekira-kira tidak menyusahkan atas yang lain. Dan didahulukan bacaan tasbih atas yang lain. Maka jika seorang itu hendak keringkasan maka disunatkan baca tasbih sahaja. Dan sekurang-kurang sempurna daripada bacaan tasbih ialah 3 kali. Jika seorang itu membaca tasbih sekali sahaja maka hukumnya bolih kerana ia sekurang-kurang dinamakan tasbih.” (Kitab Al-Azkar)

Add Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.