SUNAT-SUNAT DALAM SEMBAHYANG SIRI 12

14. Sunat Keika Duduk Antara Dua Sujud

Disunatkan bangun dari sujud dengan mengucapkan takbir dan tidak sunat diangkat akan kedua tangan.

Kemudian duduk ia yaitulah dinamakan duduk antara dua sujud.

Berkata Imam Nawawi :

والسنة : أن يكبر لجلوسه ويبتدئ التكبير من حين يبتدئ رفع الرأس ويمده إلى أن يستوي جالسا فيكون مده أقل من مد تكبيرة الهوي من الاعتدال إلى السجود

Artinya : “Dan sunat bahawa takbir seorang bagi duduknya itu dan memulai ucapan takbir dari ketika memulai angkat kepala dan bekekalan takbir itu sampai ia duduk dengan betul. Maka sunat bahawa panjang takbirnya itu lebih pendek dari takbir ketika turun dari iktidal kepada sujud.” (Al-Majmu’)

Cara duduk yang afdhal ialah duduk iftirasy yaitu punggung diletak atas kaki yang kiri manakala tapak kaki yang kanan didirikan dengan jari-jari kaki dilipatkan dan mengarah ke kiblat.

Jika duduk seorang ketika ini akan duduk yang lain dari duduk iftirasy maka tidak batal sembahyangnya tetapi duduk ifitrasy adalah afdhal.

Umar bin Khatab r.a. berkata :

ﻣِﻦْ ﺳُﻨَّﺔِ ﺍﻟﺼَّﻠَﺎﺓِ ﺃَﻥْ ﺗَﻨْﺼِﺐَ ﺍﻟْﻘَﺪَﻡَﺍﻟْﻴُﻤْﻨَﻰ، ﻭَﺍﺳْﺘِﻘْﺒَﺎﻟُﻪُ ﺑِﺄَﺻَﺎﺑِﻌِﻬَﺎ ﺍﻟْﻘِﺒْﻠَﺔَﻭَﺍﻟْﺠُﻠُﻮﺱُ ﻋَﻠَﻰ ﺍﻟْﻴُﺴْﺮَﻯ

Artinya : “Termasuk sunnah sembahyang ialah bahawa menegakkan tapak kaki yang kanan dan mengadapkan segala jari-jarinya ke kiblat dan duduk atas kaki yang kiri.” (Riwayat Nasaai)

Sunat meletakan tapak tangan kanan di atas paha yang kanan manakala tapak tangan yang kiri di atas paha yang kiri. Dan sunat bahawa segala hujung jarinya dekat hujung kedua lutut melurus ke arah kiblat.

Berkata Imam Nawawi :

ويستحب أن يضع يديه على فخذيه قريبا من ركبتيه منشورتي الأصابع وموجهة إلى القبلة

Artinya : “Dan disunatkan bahawa meletakkan kedua tangannya atas kedua pahanya dekat dengan dua lututnya dalam keadaan segala jari terhanjur arah kiblat.” (Syarah Al-Muhazzab)

Menurut pendapat yang paling sahih disunatkan merapatkan segala jari tangannya ketika diletakkan di atas paha itu.

Kemudian sunat di baca akan doa duduk antara dua sujud yang datang dalam beberapa hadith.

Antaranya doanya ialah :

رَبِّ اغْفِرْلِيْ وَارْحَمْنِيْ وَاجْبُرْنِيْ وَارْفَعْنِيْ وَارْزُقْنِيْ وَاهْدِنِيْ وَعَافِنِيْ وَاعْفُ عَنِّي

Artinya : Wahai Tuhanku ampunkan aku dan kasihkan aku dan tampung kekuranganku dan angkatkan aku dan rezekikan aku dan tunjukkan aku dan sihatkan aku dan maafkan aku.

Maksud doa ini sebagaimana disebut olih ulama ialah :

رَبِّ اغْفِرْلِيْ
سؤال اللَّه المغفرة، وهو محو الذنوب، وسترها عن الناس أي

Artinya : Memohon kepada Allah akan keampunan yaitulah dihapuskan segala dosa dan menutupnya dari pengetahuan manusia.

وارحمني
أي تعطَّف عليَّ

Artinya : Berlembutlah wahai Allah ke atasku.

وعافني
أي سلّمني من جميع الآفات، والفتن، والنجاة من البلايا والمحن في الدين والدنيا والآخرة

Artinya : Selamatkan aku wahai Allah dari segala kebinasaan dan segala fitnah dan berilah kelepasan dari segala bala dan ujian pada agama dan di dunia serta akhirat.

وارزقني
أعطني ما ينفعني عطاءً واسعاً بما يغنيني عن سواك، من الرزق الحلال أستعين به على القيام بالتكاليف المطلوبة

Artinya : Kurniakan akan daku kurniaan yang memberi guna akan daku sebagai kurniaan yang luas dengan apa yang mengkayakan aku dari selain-Mu daripada rezeki yang halal yang aku dapat bertolong dengannya atas mendirikan kewajipan yang diperintahkan.

واهدني
أرشدني ووفقني للحق الذي الصلاح فيه الحال

Artinya : Tunjuk dan bimbinglah aku dan jadikan aku selari dengan kebenaran yang elok padanya segala kelakuan.

اجبرني
سأل اللَّه أن يجبره لما فيه سدّ حاجته، وأن يردَّ عليه ما ذهب من خير، وأن يعوّضه

Artinya : Permohonan kepada Allah bahawa menampung apa yang kurang pada segala hajat kehidupan dan dikembalikan apa yang baik yang telah hilang dan menggantikannya.

وارفعني
سأل اللَّه أن يرفع قدره في الدنيا والآخرة

Artinya : Permohonan kepada Allah bahawa mengangkat olih Allah akan kedudukannya di dunia dan akhirat.

Jika seorang itu diam sahaja ketika duduk antara dua sujud ini tanpa membaca sebarang doa maka sembahyangnya sah dan tidak disunatkan melakukan sujud sahwi sebelum salam tetapi sengaja meninggalkan membaca doa ini adalah makruh kerana Rasulullah saw selalu membacanya.

Duduk antara dua sujud ini adalah termasuk rukun yang pendek olih itu tidaklah seorang itu memanjangkan duduknya melainkan sekejap sahaja.

Berkata Imam Nawawi :

وينبغي أن لا يطوله طولا فاحشا ، فإن طوله ففي بطلان صلاته خلاف

Artinya : “Dan sayugia bahawa tidak melamakan duduk akan sebagai lama yang keji (melampau). Maka jika dilamakan duduknya maka pada batal atau tidak sembahyangnya itu ada perselisihan ulama.” (Kitab Al-Majmu’ Syarah al-Muhazzab)

Wallahua’lam

kredit : https://www.facebook.com/Ustaz.Azhar.Idrus.Original/?tn-str=k%2AF

Add Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.