SUNAT-SUNAT DALAM SEMBAHYANG SIRI 17

19. Kata Sayyidina Dalam Selawat

Perkataan sayyidina berarti pemimpin kami yang berasal dari perkataan sayyid yang berarti pemimpin.

Jadi bila disebut sayyidina Muhammad maka artinya pemimpin kami Nabi Muhammad saw.

Para ulama dan salafus solih sehingga oang-orang yang kemudian selalu memanggil Muhammad dengan Nabi Muhammad atau Sayyidina Muhammad saw.

Ketika membaca selawat olih orang yang sembahyang di dalam tahyat samada tahyat awal atau tahyat akhir telah berlaku perbedaan pendapat di kalangan ulama.

Sebahagian mereka mengatakan tidak disunatkan menambah perkataan sayyidina sebelum menyebut nama Nabi Muhammad saw.

Maka bacaan selawatnya hanyalah :

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ فِى الْعَالَمِينَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ. 

Manakala sebahagian ulama pula mengatakan sunat menambah perkataan sayyidina sebelum menyebut nama Nabi Muhammad saw.

Maka jadilah bunyi selawatnya :

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى سَيِّدِنَا اِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا اِبْرَاهِيْمَ وَبَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ كَمَا بَرَكْتَ عَلَى سَيِّدِنَا اِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا اِبْرَاهِيْمَ فِى الْعَالَمِيْنَ إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْدٌ

Ulama-ulama yang mengatakan sunat ditambah perkataan sayyidina itu berdalil dengan beberapa hadith yang antaranya :

Hadith riwayat dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah saw bersabda :

أَنَا سَيِّدُ وَلَدِ آدَمَ يَومَ القِيَامَةِ ، وَأَوَّلُ مَن يَنشَقُّ عَنهُ القَبرُ

Artinya : “Aku adalah sayyid bagi keturunan Adam pada hari kiamat. Akulah orang yang pertama kali terbelah kuburnya.” (Hadith Muslim)

Allah swt juga telah memberi gelaran sayyid kepada Nabi Yahya a.s. dalam firman-Nya :

فَنَادَتْهُ الْمَلَائِكَةُ وَهُوَ قَائِمٌ يُصَلِّي فِي الْمِحْرَابِ أَنَّ اللَّهَ يُبَشِّرُكَ بِيَحْيَىٰ مُصَدِّقًا بِكَلِمَةٍ مِنَ اللَّهِ وَسَيِّدًا وَحَصُورًا وَنَبِيًّا مِنَ الصَّالِحِينَ

Artinya : “Maka menyeru Nabi Zakaria a.s. olih malaikat dan baginda sedang bersembahyang di mihrab bahawa Allah memberi khabar gembira kepada mu dengan Nabi Yahya a.s. yang membenarkan kalimah dari Allah dan sebagai sayyid dan menjaga diri dan seorang Nabi dari kalangan solihin.” (Ali-Imran : 39)

Pandangan Ulama-Ulama Berkaitan Lafaz Sayyidina Ketika Selawat Dalam Sembahyang

Berkata Imam Syarwani :

وتقدم عن شيخنا أن المعتمد طلب زيادة السيادة وعبارة الكردي واعتمد النهاية استحباب ذلك وكذلك اعتمده الزيادي والحلبي وغيرهم وفي الايعاب الاولى سلوك الادب أي فيأتي بسيدنا وهو متجه اه

Artinya : “Dan telah terdahulu perkataan guru kami bahawa yang muktamad ialah menuntut tambahan sayyidina. Dan ibarat Syeikh Kurdy dan yang muktamad pada kitab Nihayah disunatkan yang demikian itu. Dan seperti demikian berpegang akan dia olih Syeikh Ziady dan Syeikh Halaby dan selain mereka itu. Dan pada kitab I’ab yang utama ialah menjalani jalan beradab yakni mendatangkan lafaz sayyidina dan yaitu satu wajah.” (Hasyiah Syarwani)

Tersebut dalam kitab Fathul Muin:

ولا بأس بزيادة سيدنا قبل محمد

Artinya : “Dan tidak mengapa dengan tambahan perkataan sayyidina sebelum nama Nabi Muhammad.”

Tersebut pada kitab Asnal Matholib :

قَالَ ابْنُ ظَهِيرَةَ الْأَفْضَلُ الْإِتْيَانُ بِلَفْظِ السِّيَادَةِ كَمَا صَرَّحَ بِهِ جَمْعٌ وَبِهِ أَفْتَى الْجَلَالُ الْمَحَلِّيُّ جَازِمًا بِهِ قَالَ ؛ لِأَنَّ فِيهِ الْإِتْيَانَ بِمَا أُمِرْنَا بِهِ وَزِيَادَةَ الْإِخْبَارِ بِالْوَاقِعِ الَّذِي هُوَ أَدَبٌ فَهُوَ أَفْضَلُ مِنْ تَرْكِهِ

Artinya : “Telah berakata Imam Ibnu Zohirah yang afdhal ialah menyebut lafaz sayyidina sebagaimana telah menerangkan dengannya olih satu kumpulan ulama dan dengannya berfatwa olih Syeikh Jalaluddin Mahalli yang memutuskan dengannya. Berkata ia : Kerana padanya ia mendatangkan dengan perkara yang disuruh kita dengannya dan tambahan menyatakan yang waqi’ yang ialah adab dan yaitu afdhal daripada ditinggalkan.” (Asnal Matholib)

Berkata Syeikh Muhmmad Abdul Rahman Al-Maliki :

وَذَكَرَ عَنْ الشَّيْخِ عِزِّ الدِّينِ بْنِ عَبْدِ السَّلَامِ أَنَّ الْإِتْيَانَ بِهَا فِي الصَّلَاةِ يَنْبَنِي عَلَى الْخِلَافِ هَلْ الْأَوْلَى امْتِثَالُ الْأَمْرِ أَوْ سُلُوكُ الْأَدَبِ؟ ( قُلْت ) وَاَلَّذِي يَظْهَرُ لِي وَأَفْعَلُهُ فِي الصَّلَاةِ وَغَيْرِهَا الْإِتْيَانُ بِلَفْظِ السَّيِّدِ وَاَللَّهُ أَعْلَمُ 

Artinya : “Dan telah menyebutkan dari Syeikh ‘Izzuddin Ibnu Abdissalam bahwa menambah lafaz sayyid dalam sembahyang berdasarkan perbedaan pendapat apakah yang utama antara mengikuti perintah Nabi atau menjalani adab? Saya berkata: Yang jelas bagi saya dan yang saya lakukan di dalam sembahyang atau lainnya adalah menyebut Sayyid.” (Kitab Mawahib al-Jalil Syarah Mukhtasar Syeikh Khalil)

Berkata Imam al-Hashfaki Al-Hanafi :

وَنُدِبَ السِّيَادَةُ لِأَنَّ زِيَادَةَ الْإِخْبَارِ بِالْوَاقِعِ عَيْنُ سُلُوكِ الْأَدَبِ فَهُوَ أَفْضَلُ مِنْ تَرْكِهِ 

Artinya : “Dan disunatkan kata sayyidina kerana penambahan pemberitahuan dengan yang waqi’ sebagai jalan adab maka yaitulah yang afdhal dari meninggalkannya.” (Dur al- Mukhtar)

Berkata Dr Wahbah Zuhaili :

قال الشافعية والحنفية :تندب السيادة لمحمد في الصلوات الإبراهيمة؛ لأن زيادة الإخبار بالواقع عين سلوك الأدب، فهو أفضل من تركه

Artinya : “Telah berkata ulama Syafi’iyah dan Hanfiyah disunatkan kata sayyidina dalam selawat bag Nabi Muhammad pada segala selawat Ibrahimiyah kerana sungguhnya menambah khabar dengan yang sebenar sebagai menjalani jalan adab. Maka ia lebih afdhal dari meninggalkannya.” (Al-Fiqh Al-Islamy)

Berkata Syeikh Ali Juma’ah Mufti Mesir :

ومما سبق نعلم أنه ذهب إلى استحباب تقديم لفظة «سيدنا» قبل اسمه الشريف في الصلاة وغيرها من العبادات كثير من الفقهاء المذاهب الفقهية : كالعز بن عبد السلام، والرملي، والقليوبي، والشرقاوي من الشافعية، والحصكفي، وابن عابدين، من الحنفية وغيرهم كالشوكاني. أما تقديم سيدنا على اسمه الشريف في غير العبادات، فلا خلاف على جوازه بين أحد من العلماء، فهو إجماع ولا عبرة لمن شذ ممن عجز عن الجمع بين الأدلة، وهو ما نختاره ونرجحه في مقام سيد الخلق وحبيب الحق سيدنا محمد صلي الله عليه وسلم فالأدب مقدم دائما معه صلي الله عليه وسلم والله تعالى أعلى وأعلم

Artinya : “Dari apa yang telah lalu sebutnya dapat kita ketahui telah berjalan kepada disunatkan mendahulukan lafaz sayyidina sebelum nama Nabi saw yang mulia di dalam sembahyang dan ibadat yang lain olih ramai dari kalangan para ulama fuqahak pada mazhab fiqah seperti Imam ‘Izuddin Abdul Salam dan Syeikh Ramli dan Syeikh Qalyubi dan Syeikh Syarqawi daripada Syafi’iyah dan Syeikh Haskafi dan Imam Ibnu Abidin daripada Hanifiyah dan selain dari mereka itu seperti Imam Syaukani.

Adapun mendulukan sayyidina atas nama Nabi saw yang mulia pada selain ibadah maka tidak ada perselisihan atas harusnya antara seorang pun daripada ulama. Maka ialah ijmak dan tidak diambil kira bagi mereka yang ganjil daripada orang-orang yang lemah dari menghimpunkan segala dalil. Dan ialah yang kami pilih dan kami kuatkannya pada maqam pemimpin segala kaum dan kekasih yang haq Sayyidina Muhammad saw. Maka adab didulukan selamanya serta Nabi saw. Wallahua’lam.” (Fatwa Syeikh Ali Jum’ah)

Kesimpulan :

Masalah menyebut sayyidina sebelum menyebut nama Nabi Muhammad saw didalam sembahyang adalah masalah ijtihad yang berlaku padanya perbedaan pendapat dikalangan para ulama. Olih itu kita hendaklah meraikan perbedaan pendapat tersebut.

Siapa yang membaca sayyidina maka ia adalah sunat disisi sebahagian ulama dan siapa yang tidak membaca sayyidina maka sembahyangnya telah sah tidak ada sebarang kekurangan dan sebahagian ulama berjalan kepada membenarkan kata sayyidina dalam sembahyang tetapi membaca selawat yang asal daripada hadith adalah lebih kuat.

Berkata Imam Al-Hafiz Ibnu Hajar :

نعم إتباع الألفاظ المأثورة أرجح

Artinya : “Ya. Mengikut lafaz yang asal adalah lebih kuat.” 

Ulama berkata :

فكل له رأيه والمسألة مسألة اجتهاد فقهي واختلاف فرعي ولا داعي لجعلها مسألة مهمة تنشر وكأنها من أركان الصلاة أو مبطلاتها فالأمة فيها ما فيها مما هو أهم من ذلك 

Artinya : “Maka semua ada baginya pandangan dan masalah ini (kata sayyidina) adalah masalah ijtihad dalam urusan fiqah dan perselisihan yang cabang. Tiadalah menyeru yang menjadikannya sebagai masalah yang sangat besar dan mustahaq yang tersebar seolah-olah ia adalah rukun sembahyang dan yang membatalkan sembahyang. Maka umat ini ada perkara yang lebih besar dan lebih penting dari yang demikian itu.”

C&P : https://www.facebook.com/Ustaz.Azhar.Idrus.Original/?tn-str=k%2AF

Add Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.