SYAITAN MENGHASUT

Soalan :

Apakah hukumnya saudara mara bagi isteri telah memberi galakkan kepada isteri tersebut supaya bercerai dengan suaminya? Sedangkan suaminya adalah suami yang baik.

Jawab :

Saudara bagi isteri yang menggalakkan isteri itu bercerai dari suaminya adalah syaitan dan perbuatannya itu adalah haram dan dilaknat dan Nabi saw tidak mengakuinya sebagai umat.

Berkata Syeikh Ali Juma’ah Mufti Mesir :

هذا التصرف حرام شرعًا، بل من كبائر الذنوب؛ لقول النبي صلى الله عليه وآله وسلم: «وَمَنْ أَفْسَدَ امْرَأَةً عَلَى زَوْجِهَا فَلَيْسَ مِنَّا» رواه ابن حبان.

Artinya : “Perlakuan sebegini adalah haram di sisi syarak bahkan ia termasuk dosa yang sangat besar kerana sabda Nabi saw : ‘Dan siapa yang merosakkan hubungan seorang isteri dengan suaminya maka bukanlah ia dari umatku.’ Hadith riwayat Ibnu Hibban.” (Darul Ifta Mesir)

Orang yang merosakkan hubungan suami isteri adalah syaitan dari tentera iblis.

Rasulullah saw bersabda :

إِنَّ إِبْلِيسَ يَضَعُ عَرْشَهُ عَلَى الْمَاءِ ثُمَّ يَبْعَثُ سَرَايَاهُ فَأَدْنَاهُمْ مِنْهُ مَنْزِلَةً أَعْظَمُهُمْ فِتْنَةً يَجِيءُ أَحَدُهُمْ فَيَقُولُ فَعَلْتُ كَذَا وَكَذَا فَيَقُولُ مَا صَنَعْتَ شَيْئًا قَالَ ثُمَّ يَجِيءُ أَحَدُهُمْ فَيَقُولُ مَا تَرَكْتُهُ حَتَّى فَرَّقْتُ بَيْنَهُ وَبَيْنَ امْرَأَتِهِ قَالَ فَيُدْنِيهِ مِنْهُ وَيَقُولُ نِعْمَ أَنْتَ

Artinya : “Sesungguhnya singgahsana iblis itu berada di atas laut. Kemudian iblis mengutus tenteranya. Maka syaitan yang paling dekat kedudukannya adalah yang paling hebat godaannya. Di antara mereka ada yang berkata : ‘Saya telah melakukan godaan begini begini.’ Iblis berkata : ‘Kamu belum melakukan apa-apa.’ Kemudian datang syaitan yang lain dan berkata : ‘Saya menggoda seseorang sehingga ketika saya meninggalkannya, dia telah bercerai dengan istrinya.’ Kemudian iblis mengajaknya untuk duduk berhampirannya dan berkata : ‘Sebaik-baik syaitan adalah kamu.’” (Hadith Muslim)

Wallahua’lam

c&P fb ustaz azhar idrus

Add Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.