TAKBIR RAYA

Firman Allah :

وَلِتُكْمِلُواْ ٱلْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُواْ ٱللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

Artinya : “Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangan puasa dan bertakbirlah membesarkan Allah kerana Dia telah menghidayahkan kamu semua kepada Islam semoga kamu semua menjadi orang-orang yang bersyukur.” (Al-Baqarah : 185)

ثم روى عن سعيد ابْن الْمُسَيِّبِ وَعُرْوَةَ بْن الزُّبَيْرِ وَأَبي سَلَمَةَ وَأَبي بَكْرِ بْنَ عَبْدِ الرَّحْمَنِ أنهم كانوا يُكَبِّرُونَ لَيْلَةَ الْفِطْرِ فِي الْمَسْجِدِ يَجْهَرُونَ بِالتَّكْبِيرِ .

Artinya : “Telah diriwayatkan daripada Sa’id bin al-Musayyib dan ‘Urwah bin az-Zubair dan Abu Salamah dan Abu Bakar bin Abdul Rahman bahawasanya mereka bertakbir pada malam raya idilfitri di masjid dan mereka menguatkan suara ketika bertakbir itu.”

Takbir Raya Fitri

Takbir pada hari raya fitri adalah takbir mursal yaitu tidak dikaitkan dengan masa.

Maka sunat bertakbir pada sebarang masa bermula dari masuknya 1 Syawal sampailah masa ditunaikan solat hari raya keesokkannya.

Diriwayatkan dari Ummu athiyah r.a. katanya :

كُنَّا نُؤْمَرُ أَنْ نَخْرُجَ يَوْمَ الْعِيدِ، حَتَّى نُخْرِجَ الْبِكْرَ مِنْ خِدْرِهَا، حَتَّى نُخْرِجَ الْحُيَّضَ فَيَكُنَّ خَلْفَ النَّاسِ، فَيُكَبِّرْنَ بِتَكْبِيرِهِمْ، وَيَدْعُونَ بِدُعَائِهِمْ يَرْجُونَ بَرَكَةَ ذَلِكَ الْيَوْمِ وَطُهْرَتَهُ‏.‏

Artinya : “Kami disuruh untuk keluar pada hari raya sehingga kami mengeluarkan anak-anak dara daripada tempat tinggal mereka, sehingga kami mengeluarkan wanita yang sedang haidh dan mereka duduk di belakang orang ramai. Mereka bertakbir bersama takbir orang ramai dan berdoa dengan doa mereka dan mereka mengharapkan keberkatan dan kesucian hari raya tersebut.” (Sahih Bukhari)

Maka sunat bertakbir samada olih orang persendirian atau berjemaah samada tua atau muda dan lelaki mahu pun wanita.

Dan tidak ditetapkan dengan tempat maka sunat bertakbir di rumah atau di masjid dan surau atau sedang dalam kenderaan dan sedang duduk atau berjalan dan samada orang mukim atau pun sedang musafir.

Berkata Imam Syafie :

فَإِذَا رَأَوْا هِلالَ شَوَّالٍ أَحْبَبْتُ أَنْ يُكَبِّرَ النَّاسُ جَمَاعَةً , وَفُرَادَى فِي الْمَسْجِدِ وَالأَسْوَاقِ , وَالطُّرُقِ , وَالْمَنَازِلِ , وَمُسَافِرِينَ , وَمُقِيمِينَ فِي كُلِّ حَالٍ , وَأَيْنَ كَانُوا , وَأَنْ يُظْهِرُوا التَّكْبِيرَ , وَلا يَزَالُونَ يُكَبِّرُونَ حَتَّى يَغْدُوَا إلَى الْمُصَلَّى , وَبَعْدَ الْغُدُوِّ حَتَّى يَخْرُجَ الإِمَامُ لِلصَّلاةِ ثُمَّ يَدَعُوا التَّكْبِيرَ

Artinya : “Maka apabila telah kelihatan anak bulan Syawal maka aku sunatkan agar orang ramai bertakbir tidak kira sama ada secara berjemaah atau bersendirian dan samada di masjid, di pasar, di jalan mahupun di rumah. Dan tidak kira sama ada mereka orang musafir atau bermukim dalam semua keadaan di mana sahaja mereka berada dan hendaklah mereka bertakbir dengan kuat. Mereka hendaklah terus bertakbir sehinggalah mereka bergerak ke tempat solat (untuk solat raya) dan terus bertakbir bila sudah sampai di tempat solat sehinggalah imam keluar untuk mendirikan solat. Kemudian hendaklah mereka berhenti bertakbir.” (Al-Umm Imam Syafie)

عَنِ ابْنِ عُمَرَ : ” أَنَّهُ كَانَ يُكَبِّرُ إِذَا غَدَا إِلَى الْمُصَلَّى يَوْمَ الْعِيدِ

Artinya : “Diriwayatkan daripada Ibnu ‘Umar r.a. bahawa beliau bertakbir dalam perjalanan menuju ke tempat solat pada hari raya.”

Lafaz Takbir

Ada berbagai lafaz takbir yang disebut olih para ulamak dan semunya bolih diucapkan olih kita samada yang ringkas atau yang panjang.

Antaranya ialah :

اللَّهُ أَكْبَرُ ، اللَّهُ أَكْبَرُ ، اللَّهُ أَكْبَرُ ، لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ ، وَاللَّهُ أَكْبَرُ ، اللَّهُ أَكْبَرُ ، وَلِلَّهِ الْحَمْدُ

Lafaz takbir ini diriwayatkan dari Ibnu Mas’ud r.a.

Dan lafaz takbir yang panjang ialah :

اللَّهُ أَكْبَرُ ، اللَّهُ أَكْبَرُ ، اللَّهُ أَكْبَرُ ، لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ ، وَاللَّهُ أَكْبَرُ ، اللَّهُ أَكْبَرُ ، وَلِلَّهِ الْحَمْدُ
اللَّهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيرًا وَسُبْحَانَ اللَّهِ بُكْرَةً واَصِيْلاً, لَااِلٰهَ اِلَّا اللَّهُ وَلَانَعْبُدُ اِلَّا إِيَّاهُ مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّيْنَ, وَلَوْ كَرِهَ الكَا فِرُونَ, لَااِلٰهَ اِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ, صَدَقَ وَعْدَهُ, وَنَصَرَ عَبْدَهُ, وَأَعَزَّجُنْدَهُ وَهَزَمَ الْاَحْزَابَ وَاحْدَهُ, لَااِلٰهَ اِلَّااللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ

Lafaz ini disebut olih Imam Syafie dalam Kitab Al-Umm.

Kaum Wanita Bertakbir

Berkata Imam Ibnu Rajab :

ولا خلاف في أن النساء يكبرن مع الرجال تبعاً ، إذا صلين معهم جماعة ، ولكن المرأة تخفض صوتها بالتكبير .

Artinya : “Dan tiada khilaf pada bahawa kaum wanita sunat juga bertakbir bersama mengikut kaum lelaki bertakbir apabila solat mereka bersama. Dan tetapi kaum wanita bertakbir dengan perlahan.” (Kitab Fathul Baari)

Wallahua’lam

c&p fb ustaz azhar idrus (original)

Add Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.